Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 November 2012

Bolehkah orang Islam makan masakan orang bukan Islam...


Pertanyaan dari Norhaizan di catatan kakcik yang INI

Oleh kerana kakcik bukanlah orang yang sangat arif untuk memberikan jawapan, maka kakcik telah mencari sumber yang boleh memberikan jawapan yang jelas.  Hasilnya, kakcik mendapat artikel ini (sila klik untuk ke pautan) untuk kita kongsikan bersama.

Sedikit sedutan (bagi yang bermasalah untuk ke pautan yang kakcik berikan itu)...

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM dimakan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.




Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.



Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-


Orang Kafir Najis


Firman Allah S.W.T.


“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]


Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

22 ulasan:

  1. tq share info ni kakcik.
    semoga kita sama2 tahu..sbb sy selalu org bertanya tentang hal ini kerana family inlaw non muslim~

    BalasPadam
  2. Boleh jdk gile klu kite too obses dgn hal2 mcm ni. Walau apapun, menghindar tu lebih baik dr hati tertanya2 je kan? Takut t jatuh jdk was-was lak.

    BalasPadam
  3. cheqna agak was2..jadi better masak kat umah na g kedai yang kompem orang islam yang masak =)

    BalasPadam
  4. mmg benar..yg tak bole bila melibatkan hal2 penyembelihan dan dua syarat kuali/pmangkuk mesti suci dan bahan2 yg digunakn jgn yg haram..yg penting bersih
    tp sy cuba elak dr mkn dikedai2 org nonmuslim..lebih elok mkn dikedai2 org yg bertakwa..hehe

    BalasPadam
  5. Kalau nak dihuraikan tak cukup satu N3 kakcik. Kena rajin mencari buku-buku yg ilmiah... Perlukan penghuarian lebih detail ni kakcik.

    BalasPadam
  6. "Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal." - saya kira ini juga menjawab persoalan bersalam dengan orang bukan islam ada anjing di rumahnya, betul tak mak? sebab saya ada ramai kawan non muslim yg baik dengan saya, siap berpeluk2 kalau berjumpa. pompuan la tapi. :)

    BalasPadam
  7. saya pun baru je bincang benda ni dengan mak saya 2-3 minggu lepas..sbb saya pernah kata ngan mak saya makan makanan jepun.. mak saya tak suka sbb orang kapir yang buat.. :D

    BalasPadam
  8. tq kakcik... kdg2 kita terlupa blh ke tak...main mkn jer kan...so sbnrnya mmg blh slagi tdk mlanggar hukum syarak...

    BalasPadam
  9. thanks kak cik, ilmu yang sangat manfaat .
    terima kasih berkongsi di sini :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana menjawab kemusykilan saya.

    BalasPadam
  11. kakcik,
    kalau tidak was-was, boleh makan kan kakcik.

    BalasPadam
  12. thanks utk share kakcik, mmg sgt berguna...

    BalasPadam
  13. Info yg sgt.. berguna.. TQ Kak Chik share info ini..

    BalasPadam
  14. klau yakin, boleh mkn..tp klau was2 jgn mkn..

    bnda2 mcm ni still bleh confuse lg...

    cth klau org india, bela anjing. tp xmkn babi (vegeterian). bleh ke kita mkn mknan yg dia masak?

    BalasPadam
  15. Kalau katakan org bukan islam tu dah pegang daging babi. Tapi tgn dia tak samak pastu dia pegang plak makanan yg dia masak utk kita. Cemana?

    BalasPadam
  16. terima kasih kak cik..ramai yang tak tau tentang hal ni termasuklah saya sendiri..

    BalasPadam
  17. Kita boleh makan asalkan tiada kesan segera,,hukum sains..

    BalasPadam
  18. kalau ada kedai islam..saya pergi kedai Islam dulu..bukan saja kedai makan..kedai alat tulis atau apa saja..kalau tak ada baru lah menuju pada mereka..yelah.melayu islam kita nie bukan ramai sangat pun yg berniaga..

    BalasPadam
  19. Thanks berkongsi ilmu kakcik :) dah paham dah
    Tp tetap takleh telan laaa kakcik.....geli...hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com