Pertanyaan dari Norhaizan di catatan kakcik yang INI |
Oleh kerana kakcik bukanlah orang yang sangat arif untuk memberikan jawapan, maka kakcik telah mencari sumber yang boleh memberikan jawapan yang jelas. Hasilnya, kakcik mendapat artikel ini (sila klik untuk ke pautan) untuk kita kongsikan bersama.
Sedikit sedutan (bagi yang bermasalah untuk ke pautan yang kakcik berikan itu)...
TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM dimakan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.
Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.
Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-
Orang Kafir Najis
Firman Allah S.W.T.
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]
Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.
tq share info ni kakcik.
BalasPadamsemoga kita sama2 tahu..sbb sy selalu org bertanya tentang hal ini kerana family inlaw non muslim~
Boleh jdk gile klu kite too obses dgn hal2 mcm ni. Walau apapun, menghindar tu lebih baik dr hati tertanya2 je kan? Takut t jatuh jdk was-was lak.
BalasPadamcheqna agak was2..jadi better masak kat umah na g kedai yang kompem orang islam yang masak =)
BalasPadammmg benar..yg tak bole bila melibatkan hal2 penyembelihan dan dua syarat kuali/pmangkuk mesti suci dan bahan2 yg digunakn jgn yg haram..yg penting bersih
BalasPadamtp sy cuba elak dr mkn dikedai2 org nonmuslim..lebih elok mkn dikedai2 org yg bertakwa..hehe
Kalau nak dihuraikan tak cukup satu N3 kakcik. Kena rajin mencari buku-buku yg ilmiah... Perlukan penghuarian lebih detail ni kakcik.
BalasPadam"Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal." - saya kira ini juga menjawab persoalan bersalam dengan orang bukan islam ada anjing di rumahnya, betul tak mak? sebab saya ada ramai kawan non muslim yg baik dengan saya, siap berpeluk2 kalau berjumpa. pompuan la tapi. :)
BalasPadamsaya pun baru je bincang benda ni dengan mak saya 2-3 minggu lepas..sbb saya pernah kata ngan mak saya makan makanan jepun.. mak saya tak suka sbb orang kapir yang buat.. :D
BalasPadamtq kakcik... kdg2 kita terlupa blh ke tak...main mkn jer kan...so sbnrnya mmg blh slagi tdk mlanggar hukum syarak...
BalasPadamthanks kak cik, ilmu yang sangat manfaat .
BalasPadamterima kasih berkongsi di sini :)
pengkongsian yg baik.. terima kasih kakcik
BalasPadamTerima kasih kerana menjawab kemusykilan saya.
BalasPadamkakcik,
BalasPadamkalau tidak was-was, boleh makan kan kakcik.
thanks utk share kakcik, mmg sgt berguna...
BalasPadamInfo yg sgt.. berguna.. TQ Kak Chik share info ini..
BalasPadamklau yakin, boleh mkn..tp klau was2 jgn mkn..
BalasPadambnda2 mcm ni still bleh confuse lg...
cth klau org india, bela anjing. tp xmkn babi (vegeterian). bleh ke kita mkn mknan yg dia masak?
tq kakcik
BalasPadamlepas ni x was was lagi
Kalau katakan org bukan islam tu dah pegang daging babi. Tapi tgn dia tak samak pastu dia pegang plak makanan yg dia masak utk kita. Cemana?
BalasPadamtqs kongsi ni kakcik..!!!
BalasPadamterima kasih kak cik..ramai yang tak tau tentang hal ni termasuklah saya sendiri..
BalasPadamKita boleh makan asalkan tiada kesan segera,,hukum sains..
BalasPadamkalau ada kedai islam..saya pergi kedai Islam dulu..bukan saja kedai makan..kedai alat tulis atau apa saja..kalau tak ada baru lah menuju pada mereka..yelah.melayu islam kita nie bukan ramai sangat pun yg berniaga..
BalasPadamThanks berkongsi ilmu kakcik :) dah paham dah
BalasPadamTp tetap takleh telan laaa kakcik.....geli...hehe