Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 Oktober 2012

Kita tidak akan merasakan kesakitan...

... sehinggalah kita sendiri dihinggapi kesakitan itu.  Maka, janganlah sewenang-wenangnya kita membuat tohmahan terhadap mereka yang kita lihat sihat semalam tetapi tiba-tiba tidak berdaya di hari ini.

Kita juga tidak akan tahu bila (kecuali orang-orang yang terpilih mungkin akan mendapat tanda-tanda awal) maut akan menjemput kita.  Dalam gurau senda dan bergelak ketawa bersama semalam, tidak mustahil hari ini kita akan kehilangan - hilang kawan mahu pun hilang nyawa kita sendiri.  Adakah kita bersedia, atau setidak-tidaknya ada sedikit ingatan lalu mulut mengucapkan 'Astaghfirullah, Subhanallah' dan kita terus berhenti dari menuturkan yang bukan-bukan.

Apakah agaknya perasaan orang yang menuturkan kata-kata berbisa kepada ibu Adam Syukri itu.  Tahukah bahawa anak kecil itu telah ditetapkan syurgalah tempatnya, InsyaAllah.  Begitu juga dengan ibuayahnya.  Adam adalah saham akhirat mereka.

Gambar ini dirakam oleh Jururawat yang bertugas -
masih mampu senyum (sekarang pun senyum juga).
Lupa pula hendak menyarung tudung sedondon
yang dibekalkan. Hari ini, kaki yang dibedah itu
belum lagi mampu dilipat seperti dalam gambar.

70 ulasan:

  1. As salam Kak Cik,

    Moga cepat sembuh! ALLAH memberi ujian mengikut kemampuan hambaNYA... Saya sentiasa ingat kata2 ni... Moga tdk diuji diluar kemampuan saya... Betul Kakcik! Adam Syukri saham akhirat ibubapa dia... Setiap kejadianada hikmahnya... kadangkala kita terlepas pandang akan hal ini & mengatakan dunia tdk adil etc etc... Tp mmg benar dunia tdk ada yg adil... ALLAH SAW yg Maha Adil... Bila kita terima hakikat ini hati kita pasti menjadi tenang :))

    BalasPadam
  2. salam
    betul tu kakcik...kita hanya akan merasainya jika kita berada dlm keadaan tersebut

    BalasPadam
  3. salam
    kakcik sakit apa?
    sorry sebab agak ketinggalan sebab saya
    baru balik.
    Kenapa kaki kakcik?
    semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  4. Moga kakcik cepat semboh, sape tunggu kakcik? Zana tak boleh call smlm.....belum topup lg.
    Kakcik jgn sedih2 tau, ramai yg syg ni:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik dah balik ke rumah dah... Ingat nak ke pejabat, tapi kepala kakcik sakit sangat... :(

      Padam
    2. mak nih...baru kuar hosp dh nk masuk office....bwk2 la rehat byk ckit mak...

      Padam
  5. harap kak cik cecepat sembuh... rehat cukup cukup tau...

    BalasPadam
  6. tak baik buruk sangka kan..

    psstt: banyakkan rehat.. moga kakcik cepat sembuh.. ;)

    BalasPadam
  7. Bykan berehat kakcik dan cepat sembuh..yer.. jgn lupa makan ubat yg dibekalkan oleh doktor

    BalasPadam
  8. Tak faham kenapa ada org hatinya busuk..mungkin depa sakit mental sebab berasa SUKA/JELEK dengan kesakitan orang...

    tapi apapun kakcik rehat2lah..semoga cepatlah sembuh....

    BalasPadam
  9. Sayu pulak kakak tengok kakcik atas katil. Moga kakcik tabah dan sembuh segera.

    BalasPadam
  10. betul tuh kak cik..ingat mati itu sunat. bila2 masa dan ketika saja...andai perjanjian sudah sampai masanya, tiada terlewat mahu pun awal walau sedetik. Akk rehat puas2 yer..make sure akk betul2 sembuh tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kak chik pulih seperti sediakala ye.banyakkan berehat : )biasalah tu kebanyakan manusia cam tu membantunya idak tapi kalau nak mengutuk mengeji bagi kat dia.

      Padam
  11. semoga kakcik cepat pulih&sembuh seperti biasa.
    jaga diri baik2 ya kak.

    BalasPadam
  12. semoga segera sembuh agar terlaksana janjitemu kita pada hari Ahad ini .. Dato' LF sedang berkobar-kobar tu !

    * gambar bola tu sebenar tersalah publish .. belum berapa mahir dengan dashboard baru ni.

    BalasPadam
  13. kakcik sebut pembedahan je saya dah rasa ngilu.. semoga cepat sembuh ya kakcik..

    BalasPadam
  14. Kakcik....semoga lekas sembuh. Cair hati sy tengok Kakcik sakit mcm nie.....

    Walau apapun, Kakcik nmpk comel dlm pic tu.

    =D

    BalasPadam
  15. Apa yang mereka kata tentang mak Adam Syukri tu? Terlepas pandang plak.. huhu. Kakchik, dah okay ke? Dah sihat?

    BalasPadam
  16. kakcik kenapa? kenapa dgn kaki kakcik? byk plak soklan saya..moga cepat sembuh ye kakcik..

    ye kakcik..betul tu..hanya org yg penah & sdg sakit jek memahami tentang kesihatan & kesakitan..

    BalasPadam
  17. kadang bila sakit baru ingat DIA.. (ye, itu saya)

    BalasPadam
  18. Kak Cik Aina terlepas perkembangan kerana dah beberapa hari tak update blog. Balik kampung kerana nenek semakin uzur. Berehat banyak2 beri ruang untuk tempat yang sakit tu sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  19. bykan rehat kakcik..
    baru lepas operate tu....

    semoga kakcik cepat sembuh ye!

    BalasPadam
  20. semoga cepat sembuh yerk.. berehatlah.. ujian Allah tanda Dia sayangkan kita...
    selalu mak pesan gituler... kalau senangjer kita tak sedar....

    BalasPadam
  21. Saya selalu berdoa agar Allah tidak memberi ujian berat sebab takut tidak terdaya menanggungnya. Kpd Kakcik semoga pulih spt sediakala secepat mungkin, amin....

    BalasPadam
  22. agak agak minggu depan kakcik dah boleh ligat berjalan tak? ;)

    BalasPadam
  23. salam...

    kak chik operate lutut ke?biar betul2 pulih baru masuk keje kak chik, moga kak chik cepat sembuh seperti biasa...

    BalasPadam
  24. Salam...Semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik kepada kakcik dan keluarga kakcik.

    BalasPadam
  25. kak cik operate lutut yer...moga cepat sihat n sembuh yer

    BalasPadam
  26. moga cepat sembuh kak..saya setuju kata2 akak tu..take care

    BalasPadam
  27. moga cepat sembuh ye kakcik

    BalasPadam
  28. salam kakcik...moga cepat sembuh ya....

    BalasPadam
  29. salam kak.. moga cepat sembuh... masih tersenyum menawan gitu...

    BalasPadam
  30. Kak Chik...jangan banyak gerak tau..jg keshatan...

    BalasPadam
  31. salam kakakkk
    mereka yg mengutuk dan mengeji tuu x di berikan peluang utk memahami kak .. kesiann kann
    kita doakan sama2 agar mereka diberikan hidayah ..

    akak semoga cepat sembuh tau !!! ...

    BalasPadam
  32. semoga cepat sembuh ye kakcik..amin...

    BalasPadam
  33. Kakcik..semoga cepat sembuh. doakan kesihatan kakcik kembali pulih sesegar senyuman :)

    BalasPadam
  34. smoga cepat sembuh kakcik..mmg btl kita x tahu sakit bila2 masa akn dtg..bykkn berehat kak..

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum Kakcik,

    Awat Kakcik...pasai apa pulak nih,sakit apa....?semoga kakcik cepat sembuh ya...Betoi tu..setuju sangat dengan N3 Kakcik..mesti kena sentiasa ingatkan Allah..,semuanya tak mustahil,bila2 pun boleh berlaku dengan kehendakNya...

    BalasPadam
  36. Alahai!!! cr pun ketinggalan...udah lama tak singgah sini...

    BalasPadam
  37. Assalam,

    Salam kenal. Apa pun yg terjadi sy tak tahu hujung tak tahu pangkal, yg pasti tgk dr gmbr akk tengah diuji. Semoga terus kuat dan sihat ya? Setuju dgn kata2 di atas. Apa pon boleh terjadi. Kun fa ya kun.

    BalasPadam
  38. Beri peluang badan sihat dulu kakcik...Jangan difikir kerja2 ofis tu....... semoga sembauh sepenuhnya..

    BalasPadam
  39. setiap apa yg Allah turunkan pd kita, itu tandanya Allah sayangkan kita.....Maaf ye kakcik krn saya tidak tahu pun kakcik tidak sihat..Saya doakan agar kakcik cepat sembuh...Jaga diri dan banyakkan rehat ye.

    BalasPadam
  40. hidup ini memang gitu. dah terantuk baru terngadah...

    BalasPadam
  41. bykkan berehat yer kakcik....doa saya untuk kak cik semoga kakcik cepat sembuh dan dpt nikmati kehidupan yg lebih baik

    BalasPadam
  42. Manusia memang mudah untuk berkata-kata, tapi itula kita kena juga beringat, mungkin nanti kita akan juga merasai kesakitan tersebut dan mungkin juga dari cara yang berlainan.
    Allah itu Maha Adil kan ;D

    BalasPadam
  43. betul tu.. jika ada yang sakit kita kene sama-sama doa agar dia cepat sembuh. tak bagus kata bukan-bukan kat orang sakit..

    BalasPadam
  44. assalamualaikum kakcik...semoga segalanya akan berjalan dgn lancar dan kakcik akan cepat2 sembuh yer...:)

    BalasPadam
  45. sedih tengok adik adam hari tu dalam MHI :'(

    kakcik cepat2 sembuh! :)

    p/s : kakcik jalan2 kat Bukit Gambang ke 7/10 tu? :)

    BalasPadam
  46. assalam kakcik...kakcik kan org kuat (maaf..gurau2 ja), bak kata pcl semagat kena kuat..dan menerima keaadaan seadanya dgn penuh syukur dan nikmat olehNya. doakan kakcik cepat sembuh spt biasa.

    BalasPadam
  47. slm Kakcik..sori lewat sggh ke sini...spi xtau akak xsihat rupanya...semoga cpt yea...

    BalasPadam
  48. Salam pagi Rabu Kak Chik....moga cepat sembuh ya...

    BalasPadam
  49. kuakan semangat kak cik.. semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  50. salam kakcik..kakcik dah kuar hospital? dah sihat? saya doakan kakcik semakin sihat:)

    BalasPadam
  51. betul kata kak cik tu....

    kak cik moga cepat sembuh ya...

    BalasPadam
  52. Semoga cepat sembuh...tabah hadapi dugaan. Pasti ada hikmah disebalik kepahitan itu..insyaallah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com