Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Ogos 2012

Apa masalahnya bila wanita berkahwin dengan lelaki yang lebih muda...

... atau janda berkahwin dengan teruna?

Gambar-gambar berikut kakcik ambil dari sisipan Mega (Utusan Malaysia) bertarikh Selasa 28.08.12 : 

Bahagia atau tidak terpulanglah bagaimana kita mengaturkan kehidupan -
atau kita lebih suka sekiranya ada orang lain yang mengaturkan untuk kita?
Andai dirasakan tidak sanggup menempuh gelombang, tinggalkanlah lautan
dan kembalilah ke daratan yang mungkin dirasakan lebih selamat. Namun
harus juga diingat bahawa di mana sahaja, dugaan tetap ada.

Dari 5 pasangan yang dipaparkan ini, rasanya hanya dua yang ada
'sedikit' masalah setakat ini.

Kalau sudah dirasakan serasi, eloklah segera dibina ikatan yang lebih suci.

38 ulasan:

  1. usia tak penting yg penting matang sebelum usia tu..

    BalasPadam
  2. lelaki tua kawen pompuan muda..org tak kata apa
    tp kalau sebaliknya..banyak mulut yg akan komen

    BalasPadam
  3. bukan faktor usia yang penting, tapi bagaimana mereka menguruskan rumahtangga itu sendiri... bagi is la (^___^)

    BalasPadam
  4. kedua-dua pihak kena saling bertolak ansur dan memahami untuk menjaga masjid yang dibina tersergam indah ini..

    BalasPadam
  5. betul betul..usia tak penting..yang pntng camana caranya mengemudi rumahtangga itu..=)

    BalasPadam
  6. setuju kak
    lumrah kehidupan , walau bagaimana sekalipun badai tetap ada dimana2 ..
    kuatkan iman dan berkahwin atas landasan islam dan tuntutan bukan kerana nafsu .. insyaallah ..

    tapi kematangan selalu jadi penyelamat kan akk ;)

    BalasPadam
  7. setuju...my future husbang org bujang jugak...

    BalasPadam
  8. saya suka pasangan shiela majid ngan acis..

    BalasPadam
  9. usia bukan ukurannya, tapi bagaimana pasangan tu menguruskan rumahtangga masing-masing. Walau suami lebih muda, isteri tetap harus hormat dia sebagai suami kan kak, barulah bahagia rumahtangga.

    BalasPadam
  10. Jika sudah saling menyukai tiada salahnya...yg penting bagaimana kemuafakatan antara keduanya selepas berkahwin...

    BalasPadam
  11. Hmm...taktau la kak cik..kalau dah jodoh kan..?

    BalasPadam
  12. kalu dh jodoh n takdir kawin ngn lelaki mude ke tua sama je... yg pntingnyer camne cara mencoraknya...

    BalasPadam
  13. Rita dgn Aidil tu saya tau bermasalah. Satu couple lagi siapa kak cik? Erra atau linda jasmin?

    BalasPadam
  14. hehehe...kalau dah jodoh...yg penting give and take..

    BalasPadam
  15. jodoh ajal dan maut urusan ALLAH kan kak.doa yg terbaik utk mereka..smoga kekal bahagia:)

    BalasPadam
  16. usia bukan ukuran, yang penting saling hormat menghormati.

    BalasPadam
  17. Salam singgah kakchik,

    Sekarang ni mmg ramai camtu kan, jsudah jodoh .

    BalasPadam
  18. usia xkisah pun kan kakcik janji bahagia.....dan saling memahami...

    BalasPadam
  19. Heheee....penyanyi dangdut shida tu berkahwin dgn cikgu seklh anak saya....ehhh terkeluar tajuk ni...;-)
    Oo tak tahu pulk yg erra lbh tua dr suami nya .....nmpk sgt tk follow hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan cikgu sekolah tu plak org jengka kan....adik kepada kakak angkat saya....

      Padam
  20. insya allah, bahagialah mereka. tak kisah usia kan.

    BalasPadam
  21. Mereka yg nak kawin tu kena tau risiko yg dihadapi, kekadang keluarga tak suka....kwn2 mengata...kena bnyk sabar:-)

    BalasPadam
  22. Jodoh rahsia ALLAH. Selepas bertemu jodoh selebihnya kenalah pandai menyesuaikan diri dan bertolak ansur.

    BalasPadam
  23. yg penting bahagia
    apa ada pada umo?? ia nya cuma angka semata2 :)

    BalasPadam
  24. Selagi membawa bahagia...bg rietta tiada masalah...

    BalasPadam
  25. paling setuju ayat dan gambar yang akhir sekali tu..hehe

    BalasPadam
  26. salam lebaran dan selamat hari raya buat kakcik sekeluarga..betol tu, beza usia tak semestinya tak bahagia dan yg penting cara kita berkomunikasi dgn pasangan kita..

    BalasPadam
  27. Kita doakan kebahagiaan kita,seterusnya utk org sekeliling kita juga.

    BalasPadam
  28. yang penting saling sayang menyanyangi dan ikhlas..

    BalasPadam
  29. yang kawin sama umur pun ramai yang tak bahagia

    BalasPadam
  30. apa yg boleh kita buat hanyalah mendoakan kebahagian mereka saja.

    BalasPadam
  31. ajal maut, jodoh pertemuan tu di tangan tuhan kan!

    BalasPadam
  32. As salam Kakcik,

    Seronok topik ni sampai ralit baca komen kat atas tu semua... Tak tahulah nak komen... Tapi betullah jodoh, ajal & maut itu semua rahsia ALLAH... Sdgkan Rasulullah SAW dulu pun kahwin dgn Siti Khadijah yg sudah berusia... Rasanya tiada masalah bab usia ni... Andai lelaki & wanitanya mencontohi kekasih ALLAH ini :))

    BalasPadam
  33. jodoh di tgn tuhan..apa hak kita nk persoalkan bab umur ni..sy tua 2 bulan dr en.suami heheh kecoh la tua 2 bulan pun hehehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com