Kakcik telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan di laman sosial facebook. Bagaimanapun, semalam kakcik telah menarik diri dari kumpulan tersebut tersebut kerana menyedari tiada sumbangan yang dapat kakcik beri lagipun waktu kakcik bersama facebook adalah sangat terhad.
Sebelum keluar dari kumpulan itu, kakcik sempat melihat beberapa keping gambar yang diletak oleh ahli kumpulan. Gambar seorang gadis dan seorang remaja lelaki lengkap berpakaian sekolah. Yang perempuannya bertudung dan berbaju kurung - bagi kakcik walau apapun bangsanya (tak semestinya Melayu) pakaian yang dipakai melambangkan bahawa dia seorang Islam.
Sedih kakcik melihat aksi-aksi mereka! Tak perlu rasanya kakcik letak gambar atau huraikan apa yang mereka lakukan. Tapi ianya cukup membuat hati kakcik sebagai seorang ibu menjadi ngilu dan pedih!
Mungkinkah dengan senang hati kakcik boleh mengatakan 'Pedulikanlah, itu bukan anak aku. Aku dah beri pendidikan secukupnya buat anak-anakku. Tak mungkin mereka akan berbuat sesuatu yang akan memalukan'. Bolehkah kakcik yakin dengan kata-kata kakcik sendiri sedangkan jauh di sudut hati, kakcik tetap bimbang manalah tahu kiranya anak-anak kakcik adalah dari kalangan bila 'di hadapan ibubapa, pijak semut, semut pun tak sakit sedangkan bila di belakang ibubapa, terserempak dengan gajah, gajah pun lari lintang pukang'?
Masalahnya sekarang, kita lebih percaya pada kata-kata anak berbanding dengan kata-kata mereka yang cuba bersikap prihatin! :(
Kakcik bercuti hari ini, bukan sekadar untuk menghayati keindahan langit tapi untuk beberapa urusan peribadi... |
:(
BalasPadamtakut nak menegur bukan kerana apa
tp kita juga ada anak...
dan anak2 skrg terlebih ajar..kalau tegur boleh bersikap kuang ajar.kat kwsn rumah saya..sy mmg ngaku takut nak tegur sbb nanti mak bapak boleh dtg rumah maki kita balik
Selamat hari raya kakcik,
BalasPadamBukan saja anak jiran takut nak tegur tapi anak anak sedara sendiri juga. Pernah saya bagitau biras saya pasal anak dara nya yang kerumah orang tua saya tengah tengah malam bersama boyfriend nya semata2 nak ajak anak saya minum kat gerai padahal anak dara dia baru 4 hari masuk kolej. Apa yang saya dapat?..Ipar yang lain semua pulau kan saya kata saya menyibuk dan biras saya 2 tahun tak bertegur dengan saya....
Sedih betul la..
pepatah pernah mengatakan, sayang anak di tangan2kan..
BalasPadamzaman sekarang banyak ibu bapa lebih percaya cakap anak2..cakap salah,tak cakap kita rasa bersalah..last2 ramai yang buat tak tahu je..tapi sayang..yang rosaknya anak bangsa kita juga..huhu
BalasPadamya allah, moga anak2 kita dijauhkan dari perkara sebegitu, macamana nak atasi masalah ini, semoga pendidikan yang kita berikan dapat membantu anak2 di masa hadapan
BalasPadamerm...tgh menghadapinya jgk skrg mak...tp simpan sndri je lah :(
BalasPadamnak tegur tak mampu kakcik, yang mampu berdoa je semoga anak2 dijauhkan dari perkara2 dan kawan2 yang begitu.. sambil didik molek2 sekadar termampu.. huhuu..
BalasPadamtapi langit tu mmg indah mak.. :)
BalasPadamhakikat yang harus kita telan...anak2 zaman skrg semakin advanced..terpulang pada kita memberi didikan...risau..
BalasPadampernah menegur kelakuan buruk seorang remaja... sudahnya saya yang disumpah seranah. How?
BalasPadamMendidik anak zaman skang adalah sangat mencabar. Peringatan utk saya juga.
BalasPadamSaya pun risau jgk dengan masalah sosial remaja skrg nie..sebab saya pun ada anak yang sedang meningkat dewasa.. Kita dah cuba mendidik dengan sebaik mungkin tapi tu laa kan takut jugak.. di belakang kita..tak tau apa yg dibuatnya..
BalasPadam"anak-anak sekarang, tak macam anak-anak zaman dulu"..itu yang selalu mak saya cakap..." :-(
BalasPadamMemang banyak dugaan untuk membesarkan anak2 sekarang..
BalasPadambyk cabaran sekarang kan kakcik
BalasPadamacu yg dikategorikan dalam "sosial" nie pun tak berani sampai macam tu..takut tengok remaja sekarang mak
BalasPadambetul tu kakcik mmg sentiasa kena pantau anak2 sendiri
BalasPadamTerlalu byk ibu bapa yg membela ank mereka dan menyalahkan org yg prihatin...kdg kala jd tkut pula nk khabarkan pada ibu bapa...takut disalah erti....
BalasPadam