Kawan-kawan kakcik

Ahad, 18 September 2011

Huru-hara di Al Rawsha...

... dicetuskan oleh 4 anak, 5 menantu dan 13 cucu Allahyarham Mansor dan Allahyarhamah Zaliha ...

Alamak! salah eja la...



















Terima kasih kepada adik perempuanku yang melangsaikan bil ini :


terlebih kenyanglah ni...











45 ulasan:

  1. meriah.. makan pun mesti bersemangat..he he

    BalasPadam
  2. Selalu juga ye family Kakcik mkn di sini. Sedap ye?
    Yg penting, wpun tak sedap mknn tp bile berkumpul ramai-ramai mesti happening!

    BalasPadam
  3. Wow! 20 orang utk VIP room! Hebat tu... bukan senang nak dapat peluang macam.

    Apapun gathering macam ni sangat syok dan meriah sebab bleh buah huru-hara dalam bilik khas tanpa ganggu pelanggan lain. hehehe

    BalasPadam
  4. apa-apa pun kakcik nampak sangat ceria!!! :D

    BalasPadam
  5. bestnya....kira2nya family gathering ni berjayalah kak...sebab tenguk menu dan wajah2 kepuasan dr semua yg hadir.

    BalasPadam
  6. perghhh kalo sejumlah tu, mesti menunya sedap2kan

    BalasPadam
  7. cik ina tak pernah lagi makan kat restoran arab. sedap ke kak chik?

    BalasPadam
  8. heh3 kakcik...
    takder rezeki kita nak jumpa lah.
    semalam (mlm tadi) saya dah siap2 nak bawak anak2 makan kt rawsha, sekali tu Mak Limah ngan anak menantu sampai plak melenggang lenggong...tapi dia taknak pi sama pasal tak pakai baju cantik, katanya.
    nak pinjam baju saya, takder yg muat muahahaha...

    tak pepasal saya kenalah turunkan semula senduk dan periuk yg dah digantung...masakkan untuk makan malam depa whuaaaaa!!!!!

    derang taknak tp tak bestlah kan dtg jauh2 tak bagi makan heavy...
    lagipun kan beraya namanya...

    kesian my16 lah, arini nak balik semula ke maktab...lenkali lah bawak dia ke rawsha...

    kalau tak, mungkin saya dpt cam wajah kakcik har3....

    BalasPadam
  9. seronoknya kakchik pergi ramai2,...berbaloi je bayar dengan kemeriahan keluarga2

    BalasPadam
  10. meriahnya kakcik oi...:) seronok makan besar dengan keluarga macam ni...

    serving nasi tu untuk berapa orang kakcik..?

    BalasPadam
  11. mak oiiii.....sekali makan sama ngan gaji saya sebulan tuh akak....

    BalasPadam
  12. alhamdullilah ...

    rezeki dikongsi bersama keluarga tersayang..itulah sebaiknya, moga bertambah berkah .

    next, ajak2lah saya eks.. hehe

    BalasPadam
  13. kakcik... seronoknya berkumpul ramai2..siap posing ateh meja lagi tu. hehe

    BalasPadam
  14. Berselera nampaknya makanan makanan tu.
    Bertambahlah erat silaturrrahim antara keluarga.

    BalasPadam
  15. norh...

    kakcik tak makan sangat, tapi kemeriahan itu yang penting. Itulah semuanya ahli keluarga yang kakcik ada buat masa ini. :)

    BalasPadam
  16. Sufia...

    kakcik bukanlah penggemar makanan Arab. Tapi demi kegembiraan bersama keluarga, kakcik ikutkan saja. :)

    BalasPadam
  17. Azie...

    kalau tak duduk dalam bilik tu, kakcik bimbang orang lain tak boleh makan disebabkan huru hara dari 'anak-anak' kakcik! :)

    BalasPadam
  18. Musang...

    memang seronok dapat berkumpul semua sekali begitu. :)

    BalasPadam
  19. gB...

    kakcik dah jadi orang tua sekarang. Agaknya begitulah cerianya hati mak kakcik dulu bila semua anak2 dapat berkumpul bersama. :)

    BalasPadam
  20. Ida...

    memang sangat meriah perhimpunan kami itu. Kemudian sambung lagi berkumpul di rumah kakcik. :)

    BalasPadam
  21. Su...

    yang penting, tiada pembaziran dan semua orang puas hati. :)

    BalasPadam
  22. Cik Ina...

    jujurnya, kakcik bukan peminat makanan Arab. Kakcik cuma jamah sikit2 saja dan layan saja ahli keluarga lain yang sangat teruja. :)

    BalasPadam
  23. kaklong...

    Alhamdulillah, ada sedikit rezeki yang dapat dikongsi2. :)

    BalasPadam
  24. Q...

    kakcik rasa kalau Q datang, belum tentu Q nak tegur kakcik. Silap2 Q perhatikan sahaja - maklumlah, kakcik bukan kenal Q. :(

    Eh! kakcik nak bagi cadangan ni. Apa kata Q sediakan beberapa helai jubah bersaiz besar kat rumah Q tu. Nanti sesiapa datang dan tiada baju, Q boleh sewakan. Hehehe...

    Tengoklah gaya kakcik dan keluarga, memang kami belasah pakai apa yang ada je! :)

    BalasPadam
  25. Eri...

    bukan selalu kami dapat berkumpul semua sekali macam tu. Tambah pula adik ipar dan dan dua anak buah kakcik tinggal di Ipoh. Kebetulan masa kakcik ke balik dari Penang pada hari Jumaat, kakcik singgah ambil mereka di Ipoh. Hari Ahad mereka balik semula ke sana dengan bas.

    BalasPadam
  26. Siti...

    satu pinggan besar nasi tu, cukup untuk dimakan oleh 4 atau 5 orang. :)

    BalasPadam
  27. eelobor...

    ucop wilcha kata 'nampak sangat menipunya...'. Takkanlah gaji eelobor hanya RM709.00 sebulan! :)

    BalasPadam
  28. LiNda...

    kalau turun ke KL/Pandan Indah, bagitahulah. Mana tahu kalau kita boleh pergi makan sama2 kat situ. :)

    BalasPadam
  29. Cyana...

    itu sebab kena ambil tempat dalam bilik, kalau tidak tunggang langgang pulak Rawsha tu dikerjakan dek anak2 kakcik! :)

    BalasPadam
  30. Cikgu...

    Alhamdulillah, itulah yang saya harapkan. Agar hubungan persaudaraan di antara kami tetap erat sampai ke akhir hayat. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  31. banyaknya pahala yang melangsaikan bil tu... insyaAllah

    BalasPadam
  32. AM...

    InsyaAllah. Semoga Allah terus mengurniakan rezeki yang banyak lagi berkat buat adik kakcik itu. :)

    BalasPadam
  33. minggu lepas, saya ngan adik (8 thn) pergi beli pisang goreng kat stall bawah pokok, masa nak balik, ada sorang pakcik tu (kami tak kenal, dia tunggu pisang goreng gak) panggil kami ke kereta dia (kereta dia besar warna hitam) dan dia keluarkan satu kotak KFC agak besar juga dan berikan kepada kami, kami tak nak tapi dia beri juga, dia cakap:

    "ambillah nak, pakcik sedekah"
    sambil mengusap kepala adik saya.

    "terima kasih pakcik"
    jawab adik dan saya hampir serentak.

    sampai kat rumah, kami cerita kat mak (ayah kami dah meninggal dua tahun yang lalu, mak kerja tukang sapu kat mydin) dan kami lihat mak menitiskan air mata.

    setelah sekian lama, itulah dapat kami merasa ayam KFC (banyak pulak tu dan semestinya mahal) yang selalu juga kami idamkan, ...kami bagaikan bermimpi.

    BalasPadam
  34. Ala...

    rezeki yang Allah bagi itu sebenarnya adalah untuk dikongsikan. Bak kata bidalan 'hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah'. Semoga rezeki pakcik itu akan dilipatgandakan oleh Allah SWT dan dapatlah dia terus menyumbang kepada yang memerlukan. :)

    BalasPadam
  35. makanan arab ek..izan tak pernah g restoran arab,mcm best je..meriah sungguh tgk family akak semua ni.mkn2,borak2 =)

    BalasPadam
  36. ~izan~...

    kakcik pun tak berapa 'kena dengan tekak', makan Arab ni. Jika diberi pilihan, kakcik lebih suka makanan barat. :)

    Adik beradik kakcik kalau berkumpul, memang gamat jadinya.

    BalasPadam
  37. Q...

    kakcik pun tak tahu (dan jujurnya ada 'sesuatu' yang kakcik fikirkan...)

    BalasPadam
  38. sungguh meriah suasana, makanan n bil itu... hehehehe... terliur2

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com