Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Jun 2012

Law Kana Bainana...



Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
 juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.


Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...




Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
Dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,


Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

20 ulasan:

  1. assalamualaikm kakcik, chik na pun suka nonton program ni, banyak pengajaran yg kita dapat dr sifat rasulullah s.a.w... semoga kita semua diberi syafaat darinya

    BalasPadam
  2. sungguh syahdu melodi lagu itu .. tapi malangnya saya tak tahu makna 'law kana bainana' itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap saya, law kana bainana bermaksud 'sekiranya Rasulullah bersama kami'. :)

      Padam
  3. ala kak, saya takde speaker la. tak boleh nak dengar apa2. huhuhu...

    BalasPadam
  4. salam kakcik

    mendalam maksudnya ye

    BalasPadam
  5. saya takleh view, error. ada masalah dengan sistem

    BalasPadam
  6. As salam Kak Cik,

    Salam Jumaat! Law Kana Bainana... :'(

    BalasPadam
  7. tenang dengar lagu ni kakcik di pagi jumaat lak tu..:)

    BalasPadam
  8. sedapnya.. mana mak jumpa lagu ni?
    best!! :)

    BalasPadam
  9. Suka ngan lagu nie.. kalau buka TV Al-Hijrah selalu gak dengar lagu nie..

    BalasPadam
  10. Sy rs tersentuh hati Kakcik. Lemahnya sy ni....

    =(

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    tima kasih bagi lirik, sedap dan menusuk hati. Selawat ke atas Junjungan Muhammad SAW!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com