Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Jun 2012

Saudariku, renungkanlah...


wahai saudariku jangan terpedaya hasutan syaitan
sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari
Tuhan kita Yang Maha Memberi
kita telah mendengar kata-kata ajaib dari saudari kita
ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab
mengatakan di antara pakaian yang hitam gelap
bagaikan diikat khemah di atas tengkuk
kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis
lalu ditulis tentangnya di dalam buku
mereka melakarkan cara berhias yang kononnya
tidak akan merugikan para pemuda
wahai saudariku inilah lolongan pembenci
umpama serigala
maka nerakalah seburuk-buruk tempat
pembalasan orang yang zalim
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka
di hari perhitungan
dan Syurgalah sebaik-baik tempat kembali

7 ulasan:

  1. Mendayu-dayu sedapnya kakcik... suka kakak dan benar apa yg dikatakan moga jadi renungan kita sebagai muslimah...

    BalasPadam
  2. peringatan yang sangat baik pada hari jumaat kakcik..

    BalasPadam
  3. sedap suara dia..alasan sesetengah saudari tidak berhijab..jawabnya belum bersedia, hati belum terbuka,
    kalau diri sendiri tak berusaha untuk berubah siapa lgi boleh membantu..

    BalasPadam
  4. alaa..saya kat opis ni tak bukak sebab kene block utube ke FB ke bebagai..sib baik blog ok..huhu...



    balik nnt saya dengar la..

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik,
    sayu dengor lirik dia. Wow sedap sebutan Arab piyor, tang 'Baa' dia!

    BalasPadam
  6. Salam jumaat kakcik ku sayang...

    suara dia sedap.. !! sejak 2 menjak ni rasa teringin nak belajar bahasa arab. sikit-sikit tu tahulah.. tapi tulah kita baca al-quran dan faham maksudnya sekali kan lebih bagus.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com