Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 8 Jun 2012

Kakcik letak gambar bila kakcik tak tahu nak bercerita...

Sewaktu leka memerhati keluar kereta, kakcik terdengar suami kata
'abang kuat'.  Kakcik tanya 'apa dia?'. Dia tunjukkan papan tanda
kedai itu.  Ish... entah apa-apa je!
Melihat rumah itu, kakcik teringat rumah papan yang terletak di Chow Kit.

Bumbung Pasar Besar Siti Khadijah.

Kakcik tak tahu nama bunga ini, tapi sewaktu merakamkan gambarnya
kakcik memang teringat kepada gadisBunga.

Ejaan mana yang betul untuk 'keropok'? Mee Kuning dah jadi Mai Kuning!

Masjid Beijing di Rantau Panjang.

Pintu Gerbang Masjid Beijing.

Leka kakcik memandang rumah itu.  Di pagarnya tertulis 'Music Gate's House'.
Studio rakamankah?

23 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik...menarik gambar2 tu...:)

    BalasPadam
  2. ejaan keropok yg betul dlm jawi...yg rumi tu sebutan oghe kelate...hehe

    BalasPadam
  3. mulanye saya ingatkan bumbung tu payung hihihi

    BalasPadam
  4. ala mak. ni yang saya nak naik malu ni...sebab saya tak tau nama bunga tu. ngeeee~

    tapi terima kasih sgt sbb mak igt kat saya masa snap bunga itu.. :D

    BalasPadam
  5. pakcik cakap orang tak masuk solat dalam masjid tu sebab was-was. Allahu'allam

    BalasPadam
  6. sangat2 mengujakan tgk tempat2 yang kak cik tepek ini..

    BalasPadam
  7. kerepok tu mungkin sbb ikut gaya sebutan..kalau org belah pantai timur rsnya mmg suka sebut keropok dgn 'kepok'..agaknya lah hehe

    BalasPadam
  8. langsung tak perasan bumbung pasar siti khadijah rupanya macam tu..

    BalasPadam
  9. Salam. Kak Chik, saya selalu pergi pasar siri khadijah tapi tak tau pulak macam tu bentuknya...maknanya saya orang yang pemalas. nak dongakpun malas.

    BalasPadam
  10. Terinat kakcik pd Abg kuat & gadis bunga,
    Sebut je yg mana Kopok keropok @ mee mi,
    Masjid beijing indah tk terkata,
    Music gate house mungkin jg studio rakaman mini.

    BalasPadam
  11. a'ah la...ejaan jawi untuk mee kuning tuh salah la kan. apapun saya sendiri tak pernah sampai lagi ke masjid beijing di rantau panjang tuh.

    BalasPadam
  12. Kedai letrik Ban huat tu kedai feberet keluarga Chik Na..rasanya semua barang beli kat kedai tu

    BalasPadam
  13. bangga tgk gambar2 tu kak cik...huhuhu....mek org kelate...kihkihkih...

    BalasPadam
  14. eLL,
    mana pulak macam tu..masjid tu macam masjid lain jugak..was was apa nyer kalau setiap waktu kedengaran azan dari situ...
    Kena datang dan tengok sendiri baru tau..kan kakcik?

    BalasPadam
  15. lain kali kalau saya takde idea boleh guna cara kakcik ni.. tepek gambar.. ;)

    BalasPadam
  16. eLL ni orang mana agaknye?.....Pak Nidus selalu solat kat situ...tenang dan khusyu'.
    Betulkan Kakcik? Bila datang sini ?

    BalasPadam
  17. bila gambar bercerita. saya suka tengok rumah yang last tu sebab bila gelap nampak macam rumah seram pulak. hahaha...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com