Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 8 Jun 2012

Tanpa mereka, pagi kakcik suram jadinya...

Tiga serangkai yang mesti ada bersama kakcik.  Sebenarnya,
ada empat sekawan - iaitu Cik Olympus yang merakamkan gambar ini.

Tanpa cerminmata - kakcik tak boleh hendak menaip dan membaca!

Tanpa telefon bimbit - tak boleh nak main 'block' - nak harapkan ada yang menelefon atau sms, dalam 24 jam, nak dapat sekali pun payah!! Sesekali Cik C3 ini berguna untuk merakam gambar.

Tanpa beg duit - dah tentu-tentulah tak ada duit walaupun selalunya dalam beg duit itu yang ada kadangkala tak sampai pun sepuluh Ringgit Malaysia!!!

Tanpa Cik Olympus - tak adalah gambar yang tak setanding dengan rakaman En DSLR!!!!  (tapi selalu juga Cik C3 jadi penyelamat)

Tanpa Ilmu dan Iman???  Bagai berjalan dalam kegelapan!!!!!

38 ulasan:

  1. Tapi kakcik tak guna pun spec hari tu? Contact lense kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik ni rabun dekat. Kalau jauh kakcik masih boleh nampak dengan cemerlang. :)

      Padam
  2. betul, ilmu n iman segalanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... ada ilmu tanpa iman pun mungkin hidup jadi kurang panduan.

      Padam
  3. teringin nak tgk rupa kakcik pakai spek :)

    ps: kakcik nak makan durian? dtg lah rumah mertua saya kat nilai tu, mak mertua saya ajak dtg..tapi dtg bukan pada hujung minggu(sabtu-ahad), sebab masa hujung minggu mmg ramai ahli keluarga dtg makan! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tengok rupa kakcik pakai spek? Hahaha... macam makcik2 la rupanya (memang makcik pun). :)

      Kalau bukan hari cuti tu payahlah juga nak datang (malu pun sama).

      Padam
  4. keperluan yang sangat di perlukan betul tak kakcik? kalau tertinggal tak selesa rasanya

    kakcik dah google ke pasal kaki yuna ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... kakcik dah google dah tentang kaki Yuna tu... hmmmm... ;-)

      Padam
  5. sy stiap masa kena ada cermin mata mak...kalau tak hambar, tak gerak ke mana2 lah sy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 'berjalan2', mak tak gunakan cerminmata. Tapi untuk pandangan dekat seperti untuk membaca dan menjahit, mak perlukannya. :)

      Padam
  6. kakcik.. byk benor keperluan tu... xde satu hidup haru birulah ye hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... banyak lagi yang diperlukan dalam hidup ini. Baru sikit je tu. :)

      Padam
  7. LV kakcik sama dgn kaklong lahhh...hahahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... ribu riban rupiah harganya tu! :)

      Padam
  8. Kalau hilang salah satu gadjet itu bagaikan pincang ye kakcik tapi dgn adanya ilmu dan iman akan mengimbang segalanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Segalanya dari DIA dan dengan pertolonganNya juga kita dapat seimbangkan mana yang dirasakan pincang. :)

      Padam
  9. seb baik saya belum perlu pakai spek lagi. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh! iyeke? bukan pakai kanta lekap ke? :)

      Padam
    2. kalau mengikut keutamaan, saya serupalah dengan kakcik .. cermin mata paling atas. tanpanya satu benda pun tak boleh buat, kecuali meraba .. hehe

      Padam
    3. Tanpa cermin mata, mesti nak lekatkan umpan kat mata kail pun tak akan berjaya, ya? :)

      Padam
    4. soalan mak buat saya 'berperasaan yang mata saya cantik' je. ngeeee~

      Padam
  10. saya selalunya tak pernah bawak beg duit sebab bawak bekal..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam beg tu, selain duit ada macam-macam kad juga. :)

      Padam
  11. alololo....
    kakcik, meh sini no phone nnti liya kacau kakcik ...
    mesti pastu phone kakcik berbunyi je.. ^_~

    BalasPadam
    Balasan
    1. No hp kakcik tu dah selalu keluar kat blog ni... tapi tak berbunyi juga... hehehe...

      Padam
  12. looo .. kenapa komen saya terlekat kat komen GB ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunjukkan satu hubungan maya yang akrab. :)

      Padam
    2. meh la saya melekatkan komen kat sini pulak ye...hihihi~

      Padam
  13. cerminmate & betduit tu cik ke incik?
    hihiii.. :P

    BalasPadam
  14. HEHE, saya pulak bawak satu beg je, semua main belasah je sumbat semua. kadang2 duit kepal dalam tangan. kalo ada poket, duit kepal dalam poket. hehe

    BalasPadam
  15. Spek Jd brg keperluan buat sy, bukan kehendak, hehehehe

    BalasPadam
  16. sy pakai spek kat rumah je....kalau keluar pakai lens sb x suka pakai spek.....

    BalasPadam
  17. jangan kata rupa kakcik bercermin mata..rupa kakcik pun saya belum pernah jumpa di alam realiti..teringin nak jumpa..asyik ada aral yang melintang..

    BalasPadam
  18. sama dengan iols - tanpa spek - memang tak bleh nak membaca & menaip bagi lah...
    kelam sekejap dunia! hahahahha

    BalasPadam
  19. Betul tu kakcik semua benda penting tu. Aina walapun dah ada kat mata satu mesti standby lagi satu kotnya pecah ke patah ke sapa le nak bawak motor balik...hehehee...

    BalasPadam
  20. uih..dalam 3-3 tu, saya cermin mata paling penting .. henfon takde, ada public fon, duit takde boleh pinjam.. kalo cermin mata takdo, terus gelap dunia.. hehehe.. saya rabun jauh, menjahit tak pakai spek, nanti juling.. kekeke..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com