Kawan-kawan kakcik

Rabu, 9 Mei 2012

Terima kasih Yong Halima...

Sebenarnya, kiriman dari Yong Moh Kembara ini sepatutnya telah sampai ke tangan kakcik pada 30/4/2012.  Tapi disebabkan pada tarikh tersebut kakcik bercuti dan 'berjalan-jalan' ke Shah Alam, maka ianya tidak dapat disampaikan oleh En. Posmen.

Hanya baru semalam (08/05/2012) barulah suami kakcik berkesempatan mengambilnya di Pejabat Pos Shamelin.  Terima kasih banyak-banyak Yong, susah-susah Yong mengeposkannya dari Paris Parit nun. :)


Akhirnya tiba juga dengan selamat ke tangan kakcik.

kain sehelai jadi sandaran
sebagai alas pengganti yang lama
bukan nilai jadi ukuran
persahabatan ikhlas itu yang utama

Pengggosok badan hasil kerja tangan wanita Turki, sapu tangan kecil
yang digunakan sewaktu menari dan kacang hazel dari ladang Mr.T.
Alhamdulillah.


24 ulasan:

  1. saya tau mak ke mana hari tu! :D

    bestnye dapat ole ole turkiye!

    BalasPadam
  2. pemberian yang boleh dimanafaatkan terutamanya kacang tu...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. buah tangan dari turki, buah tangan dari yong halimah yg baik hati.. semoga persahabatan diberkati, berpanjangan dan saling berkongsi cerita dan kisah hati..

    BalasPadam
  4. wah seronook nye ...dari turki tu...

    friendship for eva :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...rezeki. saya pun dapat.. ^_^

    BalasPadam
  6. Best kan..dpt ole ole Turki..
    Baru sehari dua ni saya jadi follower blog Yong Halima..

    BalasPadam
  7. Kakcik,
    Saya pun dah terima ole-ole Sabah daripada Kakcik sebentar tadi. Terima Kasih. (Kalau boleh nak umum satu dunia).

    Terima Kasih Kakcik. ♥♥

    BalasPadam
  8. salam
    rasa terharu sgt,kan...dgn ingatan yong halima...akka dok terpikir2 lagi nak bg apa kat dia sbg balasan..

    BalasPadam
  9. bertuah kakcik dapat kawan yang tak lupa pada kita....:)

    BalasPadam
  10. owh..tetiba terasa nak ke Turki semula

    BalasPadam
  11. Sedap nye kacang Hazel tu. Beza ke ngan kacang kat sini Kak Chik ?

    BalasPadam
  12. yg penting ikatan persahabatan.. hadiah tuh sgt bermakna..
    alhamdulilah...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, ingatan & persahabatan tu yang penting kan kakcik:)

    BalasPadam
  14. hehehe...nak komen lari tajuk sket. dah lama tak makan kat gerai2 tepi jalan depan pejabat pos shamellin tuh. kat situ lah kami jumpa anak kucing yang masih kecil merayau2. terus di bawa balik ke rumah.

    BalasPadam
  15. Alhamdullillah dpt buah tangan dari Turki bestnyaa..

    BalasPadam
  16. saya pun dpt kuaci + sapu tangan turki dari yong halima...sukee

    BalasPadam
  17. Tiba-tiba meremang bulu roma lynn..tersentuh..sebab bukan senang nak dapat kawan..(yg betul2 baik)

    BalasPadam
  18. wahhhh.. rejeki.. =) alhamdulillah.. bagusnya persahabatan di alam maya nih.. =)

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik,

    Nampak cantik pulak tengok ilif tu kat sini!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com