Hari ini seawal jam 6.05pagi hati kakcik sudah dapdupdapdup bila dari jauh kakcik nampak lampu motorsikal berkelip-kelip dengan seseorang terbaring di sisi motorsikal tersebut. Suami kakcik hanya terperasan keadaan berkenaan bila kereta kami melaluinya. Seperti biasa, suami kakcik tak akan berpuas hati bila tidak mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi. Beliau kemudiannya sanggup berpusing balik setelah bertanya kepada kakcik. Kakcik cuma jawab 'saya tak larang kalau abang nak tengok tapi abang tahu kan yang saya ni penakut'.
Setelah berpusing dan sebaik berhenti di tempat kejadian, kakcik larang suami turun dari kereta dan meminta supaya menelefon polis sahaja. Tapi suami turun setelah melihat ada sebuah kereta lain berhenti di belakang kereta kami (beraninya suami kakcik, buatnya yang turun itu orang 'jahat', macam mana? Na'uzubillahhiminzalik).
Rupa-rupanya, yang turun dari kereta itu adalah kawan-kawan kepada 'mangsa'. Lelaki yang sedang terbaring itu sebenarnya tertidur akibat mabuk! Kawan-kawannya datang untuk mengejutkannya. Dalam masa yang sama dua orang penunggang motorsikal juga datang untuk melihat. Setelah memastikan tiada apa yang hendak dirisaukan, kami beredar dari tempat kejadian untuk ke tempat kerja.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi suami kakcik dari perkara yang tidak baik. Kakcik memang selalu bimbang dengan 'keprihatinannya' terhadap kemalangan.
mabuk? hmm,..zaman sekarang ni bukan takmo tolong tapi takut kalau berlaku perkara sebaliknya...baik suami kakcik tapi dalam masa yang sama kena hati2 la kan..
BalasPadamItulah Huda. Suami kakcik selalu 'marah' kakcik bila kakcik kata takt melihat kemalangan. Dia kata, kita kena bantu. Manalah tahu, satu hari nanti kita juga bperlukan bantuan. Dan mana tahu juga, kalau2 yang terlibat dalam kemaslangan itu adalah kawan2 atau saudara mara kita, katanya.
PadamSalam kakcik,
BalasPadamAlhamdulillah tak ada perkara buruk terjadi.
Sekarang ni memang serba salah, kadang2 niat baik kita, kita pulak menerima padah dari org yg memang dah merancang sesuatu yg jahat.
W/salam Kak Ani.
PadamItulah yang saya takutkan sangat. Suami saya memang selalu sebut 'niat kita baik, tapi akan jadi tak baik bila keputusan yang kita buat itu menimbulkan masalah lain'. Dalam pada itu, dia sendiri suka sangat 'ke depan' bila2 ada kemalangan.
sama mcm suami lea kak.kadang-kadang kita yang takut dengan keprihatinannya tu.
BalasPadamSama-samalah kita berdoa semuga keselamatan suami-suami kita itu sentiasa dalam peliharaan Allah SWT, ya Lea. :)
Padamawalnya akak keluar rumah, kagum saya :-)
BalasPadamKakcik dan suami memang selalu keluar selepas solat Subuh. Bila Subuh masuk awal, awal jugalah kami keluar. :)
PadamSalam Kak Cik...
BalasPadamSuami Kak Cik memang berani... kalau tempat sunyi bahaya buat begitu, sebab zaman sekarang ni dah susah nak beza mana yg real mana yg sebaliknya.
Kelakarlah pulak, sebegitu sekali penangan mabuknya...hehe
W/salam Nida.
PadamItulah... mujur tak dibantainya tidur di tengah jalan!
masya allah. kalau kemalangan saya memang trauma betul. rasa macam nak menangis serta merta. nasib baik bukan kemalangan ye. aduh, semput. hati-hati ye kakcik dan abang, awalnya keluar rumah...
BalasPadameLL tahu tak, dada kakcik memang sakit sangat jadinya bila nampak kejadian tu. Sampai ke pejabat, kakcik masih rasa dupdapdupdap...
Padamapapun kita mmg kena waspada selalu.Mcm2 hal skrg ni.Hati ni mmg niat nak tolong tp dlm masa sama terdetik kot2 org jahat ke...apa pun tawakal je agar kita tak terkena dgn lakonan org jahat.
BalasPadamBetul tu Ina. Sudahnya, kerana ada rasa takut, orang yang benar2 memerlukan pertolongan, terbiar begitu saja. Sedih kan?
Padammabuk...igtkan kemalangan...dasyatnya penangan akholol kan...mcm kes tersilap masuk rumah,tido sekatil dgn tuan rumah,2,3 ari lepas...gara2 mabuk jugak
BalasPadamKerana itulah Allah SWT mengharamkan arak. Penangannya membuatkan manusia hilang pertimbangan.
Padammasya Allah..apa nak jadi..nampak cm melayu ye?
BalasPadamMungkin Melayu, mungkin juga Indon. :(
PadamHisss... pepagi buta mabuk - susahkan kawan-kawan dia.
BalasPadamTapi kalau tidak ada org macam suami kakcik pun susah juga kakcik. Insya-allah org yg berniat baik allah beri perlindungan..
InsyaAllah. Allah tahu niat kita, kan? :)
Padamtakpela. niat suami kakcik baik. insyaAllah Tuhan sentiasa melindungi akak sekeluarga. :)
BalasPadamInsyaAllah. Terima kasih WM. :)
Padamnasib baik tertidur tepi jalan~~kalau tengah jalan?
BalasPadamKalau tengah jalan, mahu hancurlah jawabnya dalam gelap tu!
Padamslm ziarah dan slm kenal Kakcik...berdebar jugak td masa mula baca entri ni...rupanya mabuk...alahai macam2 hal kan...jom follow kita...hehehe
BalasPadamSlm QH... terima kasih sudi singgah dan ikuti blog kakcik. :)
Padamaduhh kak
BalasPadambaikk ati suami akk
tapi seram tetap seram kannn , yelah mcm kak cik cakap mana tahu org jahat nak khianat .. huhuh
Hanya Allah jualah tempat kita berserah, Ieda. :)
PadamAssalamualaikum Kakcik..
BalasPadamKalau kakya pun sama takut juga Kakcik, sekarang ni bermacam helah nak merompak pemandu..
Kakya sihat Alhamdulillah.. Terima Kasih bertanya khabar. :)
Wa'alaikummussalam Kakya.
PadamSyukurlah Kakya sihat. :)
Saya memang jenis penakut, berbeza dengan suami saya. Seboleh2 dia nak 'ke depan'. Manusia ni, bukan kita boleh baca apa yang tersirat di hati mereka, kan?
kakcik tu mesti india kan..klu org melayu nye perangai..x tau lah nak cakap apa..
BalasPadamTak tahulah ieja. Kalau tak melibatkan orang lain, tak apalah juga. :(
Padamalhamdulillah..mujur xde apa-apa berlaku...skrg nie ramai yg suka berlakon tuk mencari mangsa
BalasPadamBab 'berlakon' itulah yang kakcik bimbangkan!
Padamkekadang tu takot jugak..diorang berlakon utk cari mangsa..aduii sekarang ni, nak tolong salah, xtolong pun salah..alhamdulillah semuanya selamat.. @_@
BalasPadamAlhamdulillah. Tak ada apa-apa terjadi pada kami. Lelaki itupun kawannya dah datang menolong dia. Eh! jangan2 dia cuma pening tak? Tapi kenapa dia tak singgah saja di stesyen minyak berdekatan?
Padamalhamdulillah.. semoga Allah sentiasa melindungi kakcik sekeluarga..
BalasPadamAminnnn... Terima kasih PMDR. :)
PadamSalam Kakcik,
BalasPadamBahaya tu Kakcik, yalah seperti yg Kakcik bimbang kot orang jahat! Heee tertidur sebab mabuk?
W/salam Yong.
PadamTerima kasih atas kiriman yang telah kakcik terima semalam. :)
org cam suami kakcik la bagus.. prihatin.. hehehe.. tp kalu sy.. sure tak berhenti.. gerun pulak kann
BalasPadamKakcik pun memang sangat2 tak berani a.k.a penakut! ;-)
Padamnasib baik bukan orang jahat..tapi orang mabuk..
BalasPadamsuami saya pun kak..memang prihatin kalan ada orang kemalangan..kadang2 bila jadi je dia macam ada kuasa automatik terus belari ke tempat kejadian untu tolong..risau dia pulak yang telanggar ke apa..tambah2 jalan prt raja ni sangatlah bahaya...
tapi kak kadang2 kita tak sampai hati sebab kesian tengok orang tolak motor, jalan kaki, kereta rosak..tapi itulah bukan selfish ke apa tapi takut nak tolong kadang2 sebab banyak sangat org jht amik kesempatan..kita doa sama2 semoga allah lindungi kita bila kita nak buat kebaikkan..:)
Kakcik selalu terfikir, apalah yang boleh dibantu bila tengok orang tolak motor sedangkan dalam kenderaan sendiri bukannya ada minyak lebih atau tayar gantian untuk motor mahu pun rantai motor!
PadamLagi kesian kalau kita tahu tempat yang mereka boleh 'menyelesaikan masalah' itu masih jauh di hadapan. :(
Tapi itulah, dalam kesian tetap terselit rasa takut...
kalo saya kat tempat kejadian, sudah semestinya saya tak turun, saya amatlah penakut dgn perkara2 camtu, takut ianya sekadar lakonan semata2. tapi husband kakcik mmg prihatin. walau apapun tetap kena berhati2
BalasPadamkakcik ni jangankan kata nak turun, dari jauh lagi dah buat2 pejam mata kalau nampak kemalangan. Teruk kan?
Padamkalu da mabuk tu simbah kn je dgn air panas ;-)
BalasPadamKelakarlah Khairin ni. mana pulak datangnya air panas dalam kereta kakcik tu. Enjin pun belum cukup panas lagi. :)
Padamkakcik ,
BalasPadamkita tolong dari jauh ...
Tolong intai dari celah jari ya? :)
Padamskrg ni mmg serba salah kan? nak tolong, takut kita kena (kalau org jahat)....tak tolong, kesian kat mangsa.......
BalasPadamsemoga Allah lindungi kita semua....
Memang betul Aanie. Dunia sekarang sering meletakkan kita dalam situasi serba salah.
PadamHanya pada Allah kita mohon perlindungan.
mabuk??
BalasPadammama!!!!!!!
rindunya....
Mama pun rindu kat Cheqna. Tapi, mama faham akan kesibukan Cheqna. :)
PadamEh2..senangnya dia, mabuk lepas tu tertido tepi jalan macam tu..hmm..prihatin tu tk salah, bagus sikap macam tu..tapi dalam keprihatinan kita nak membantu, kena jugak berjaga-jaga. tambahan sekarang ni, macam2 cara penjenayah nak manipulate kita..
BalasPadamKerana macam2 andaian yang ada dalam fikiran itulah, yang membuatkan kakcik jadi takut.
PadamBetul tu kakcik, skang ni mcm2 taktik org nak menyamun kan... Kn lebih berhati2...
BalasPadamMemang kita kena berhati-hati sentiasa. :)
Padamsyukur takde apa2 berlaku pada kakcik dan suami.. dan syukur juga ianya bukan sebab kemalangan.. buat suspens je..
BalasPadamMemang suspen juga. Itu yang dada kakcik jadi berdebar2 tu! :)
Padammabuk???? ceh buang karan jah!
BalasPadamayah tu baik sgt. pesan kat ayah, baik sikit-sikit dah le...
Ayah tu memang macam tu, kadang2 mak pulak jadi sakit hati dibuatnya. (~_~)
Padamaduhhhh.. risau btul..
BalasPadamsaya kalo naik kete memang x berani nk berenti camneh..
walaupon niat hati nk tolong...
Kakcik pun dah naik gigil dalam kereta...hehehe..
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamWahhh bagus betul cik abang kak chik, susah nak jumpa dah orang prihatin gitu
Wa'alaikummussalam Anyss.
PadamKakcik cuma risau akan keselamatannya bila dia tunjuk keprihatinnya yang terlalu tu. :)
suka pada insan yang prihatin,
BalasPadamtapi kenalah hati-hati,
bala jangan dicari,
moga Allah peliharakan empunya diri.
Terima kasih AM untuk doa itu. :)
PadamMemang takut nak tlg klu berlaku kes yg macam niekan...
BalasPadamMasalahnya, suami kakcik tu macam tak tahu takut!
Padam