Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 25 Mei 2012

Kisah seorang yang dipanggil YB...

tidak jemu mengelilingi taman
pantang berselisih laju bersapaan
sebelum gelaran dalam genggaman
ke sana ke sini dengan wajah penuh harapan

wajah nan polos tidak disolek
tidak juga segan berbaju carik
dijanjikan segala yang molek-molek
mana yang rosak akan diperbaik

lencun dibadan tak sempat mengelap peluh
perut yang lapar pun tidak di kira
semuanya saudara bukannya musuh
walaupun tak kenal berpura-pura mesra

sosok yang sebelum ini tak pernah terperasan
diberi peluang atas nama pengharapan
pengundi yang memangnya sudah pun bosan
tuluslah memilih mengharap perubahan

kelibat yang dulu mesra kini berwajah tegang
tidak menyahut walau dipanggil berkali-kali
bila gelaran sudah dipegang
pengundi yang memilih tidak pun dipeduli

destinasi sejengkal pun dia berkereta
konon masa baginya sangat bererti
dengan angkuh dia berkata
jawatan saya Sultan yang beri

baginya hanya kata dia yang betul saja
semua tempat hanya dia yang boleh mengawalnya
bukan mengeratkan ukhwah yang ada
malah dia sengaja mencipta sengketa

nampaknya terpaksalah disempitkan ruang
bila kian sakit mata yang memandang
sayang bila sudah diberi peluang
dia menjadi tak ubah seperti kacang

jangan nanti tertanya-tanya :
'apakah salah saya'

atau dengan angkuh pula berkata :
'saya sudah buat segala-galanya'


16 ulasan:

  1. As salam Kak Cik,

    Sgt sinis & penuh bererti! Kalaulah si dia yg dimaksudkan membacanya...

    Salam Jumaat yg barakah Kak Cik! :))

    BalasPadam
  2. janji ditabur kita percaya,
    kesenangan lebur tak dapat apa-apa.

    -ell emo-
    blog buat hal

    BalasPadam
  3. selalunyer mmg jd gitu, pyh nk jumpa yg dulu kini sama tak berubah... tp dia lupe, kuasa pengundi,bile2 masa dia boleh jatuh di takuk dulu

    BalasPadam
  4. Tanam tebu di tepi bibir
    itu kata org tua-tua
    berselindung dia disebalik tabir
    salah pilih menyesal tak berguna

    BalasPadam
  5. tentulah yang dimaksudkan dengan YB itu bukan Yang Bersara kan ?

    BalasPadam
  6. takpa..masih sempat buat perubahan :)

    BalasPadam
  7. bagi kat nd lala suruh buat lagu ni mak~he~~

    BalasPadam
  8. ahahah..betul tu, saya setuju dgn cadangan Bujal!

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Begitulah lumrah sesetengah manusia. Bila diberi peluang, peluang itu disalahgunakan. Mereka lupa kuasa, darjat harta benda semua datang dari DIA. Jangan ingat apa yang kita miliki itu hanya atas usaha kita belaka.

    BalasPadam
  10. fenomena yang bakal berlaku lagi kakcik, muka2 baru2 lak..

    BalasPadam
  11. Biasa laa Kak Cik bila dah ada pangkat gitu.. terserlah laa.. tingkah laku yg sebenarnya..

    BalasPadam
  12. terlupa di mana langit dipijak tu..
    tak sedar yang umur kita ni semakin tua..semakin lemah..bukan semakin kuat..

    mungkin dia anggap kurniaan dan gelaran yang dia dapat buat dia jadi kebal kot..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com