tidak jemu mengelilingi taman
pantang berselisih laju bersapaan
sebelum gelaran dalam genggaman
ke sana ke sini dengan wajah penuh harapan
wajah nan polos tidak disolek
tidak juga segan berbaju carik
dijanjikan segala yang molek-molek
mana yang rosak akan diperbaik
lencun dibadan tak sempat mengelap peluh
perut yang lapar pun tidak di kira
semuanya saudara bukannya musuh
walaupun tak kenal berpura-pura mesra
sosok yang sebelum ini tak pernah terperasan
diberi peluang atas nama pengharapan
pengundi yang memangnya sudah pun bosan
tuluslah memilih mengharap perubahan
kelibat yang dulu mesra kini berwajah tegang
tidak menyahut walau dipanggil berkali-kali
bila gelaran sudah dipegang
pengundi yang memilih tidak pun dipeduli
destinasi sejengkal pun dia berkereta
konon masa baginya sangat bererti
dengan angkuh dia berkata
jawatan saya Sultan yang beri
baginya hanya kata dia yang betul saja
semua tempat hanya dia yang boleh mengawalnya
bukan mengeratkan ukhwah yang ada
malah dia sengaja mencipta sengketa
nampaknya terpaksalah disempitkan ruang
bila kian sakit mata yang memandang
sayang bila sudah diberi peluang
dia menjadi tak ubah seperti kacang
jangan nanti tertanya-tanya :
'apakah salah saya'
atau dengan angkuh pula berkata :
'saya sudah buat segala-galanya'
As salam Kak Cik,
BalasPadamSgt sinis & penuh bererti! Kalaulah si dia yg dimaksudkan membacanya...
Salam Jumaat yg barakah Kak Cik! :))
janji ditabur kita percaya,
BalasPadamkesenangan lebur tak dapat apa-apa.
-ell emo-
blog buat hal
selalunyer mmg jd gitu, pyh nk jumpa yg dulu kini sama tak berubah... tp dia lupe, kuasa pengundi,bile2 masa dia boleh jatuh di takuk dulu
BalasPadamTanam tebu di tepi bibir
BalasPadamitu kata org tua-tua
berselindung dia disebalik tabir
salah pilih menyesal tak berguna
tentulah yang dimaksudkan dengan YB itu bukan Yang Bersara kan ?
BalasPadamtakpa..masih sempat buat perubahan :)
BalasPadambagi kat nd lala suruh buat lagu ni mak~he~~
BalasPadamahahah..betul tu, saya setuju dgn cadangan Bujal!
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamBegitulah lumrah sesetengah manusia. Bila diberi peluang, peluang itu disalahgunakan. Mereka lupa kuasa, darjat harta benda semua datang dari DIA. Jangan ingat apa yang kita miliki itu hanya atas usaha kita belaka.
fenomena yang bakal berlaku lagi kakcik, muka2 baru2 lak..
BalasPadamterbaiklah mak!!
BalasPadam:D
Biasa laa Kak Cik bila dah ada pangkat gitu.. terserlah laa.. tingkah laku yg sebenarnya..
BalasPadamtu la namanya manusia...
BalasPadammanusia mudah lupa diri :)
BalasPadampandai kakcik mengarang...
BalasPadam