Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 Mei 2012

Dari senja sampai ke malam...

Cerita jalan-jalan dan makan-makan lagi.  Disebabkan hanya Angah seorang yang tinggal agak jauh (mujur di Banting sahaja, buatnya di Boston memang meraunglah nak pergi jumpa) dan kadang-kadang tidak balik di hujung minggu (balik dan pergi semula, berambil dan berhantar), rasanya tidak adil bagi kakcik dan suami yang asyik pergi makan-makan tanpa Angah.

Minggu lepas, kami berdua ke Banting untuk bertemu dan bawa Angah keluar makan...

Harap-harap pemandu dan penumpang (jika ada) kereta ini tidak
mengalami sebarang kecederaan.






Tetap juga ada gambar bulan!

Semak harganya. Mahal ke murah udang ini?

Apa rasanya pepahat ini ya?

Suami pesan seekor.

Buat kari pun sedap jenahak ni.

Pilih sahaja, tapi jangan lupa bayar selepas makan.

Di sinilah tempatnya.  Nampaknya ramai juga orang Cina makan di sini.


Di setiap meja diletakkan otak-otak yang berharga RM7 untuk 10 keping.
Tapi, kami tiga beranak tak 'usik' pun.

Kailan ikan masin.

Siakap tadi (masak apa kakcik tak pasti sebab suami yang buat tempahan).
Garing sangat ikannya, sakit gusi kakcik!

Tomyam makanan laut.
Sedapke kakcik? Macamana nak kata ya?  Nanti kakcik kata tak sedap, sedap pula di tekak orang lain.  Begitu juga sebaliknya.  Nak tahu, cubalah sendiri. :)

Jumlah yang dibayar ialah lebihkurang RM53.00 (tak ingat dah... tapi dalam lingkungan itulah)



15 ulasan:

  1. Salam kakcik;

    HM Bagan Lalang ke...???

    Pepahat tu masak pedas bercili memang sodap, peberet tuuuu... hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Isa.

      Bukan. Di Kanchong Darat je, dekat-dekat rumah Misbun tu. :)

      Padam
  2. sedap tuu sebab en somi bayar dan belanja kita dan makan ngan anak... terasa lebih2 lagi kelazatannyya kann...

    BalasPadam
  3. kasi la map nyer mana tau bleh terjah nnt

    BalasPadam
  4. Saya sangat suka ikan jenahak bakaq...yum yum!

    BalasPadam
  5. kak cik tak makan otak2 ke...saya suka sgt

    BalasPadam
  6. pepahat@ambal dlm bahasa sarawak sedap kalau masak pedas

    BalasPadam
  7. catiknyer pmandangan senja tu...

    pepahat?? x pnh tgk pon... apa tu??

    BalasPadam
  8. Anak2 saya kakcik... Otak2 tu pantang diletak mcm tuu... Habis dimakanya..

    BalasPadam
  9. Ye la kakcik...kalau ada anak yang takde, rasa tak sampai hati nak makan sedap2...

    BalasPadam
  10. Pepahat tu ape kakcik...?serius, tak tau..ni la first time saya tengok...

    BalasPadam
  11. Salam

    Baguslah KC ni rajin ambek gambar. Pepahat tu sedap masak masam maniskan?

    BalasPadam
  12. banyaknya makanan..
    eh gambar accident..saya tak amik pun gambar accident tu

    BalasPadam
  13. pepahat tu apa yea kakcik.. saya pun tak kenai juga..
    ambik dari mana pepahat tu?
    kat air masin ker air tawar..

    nyam2... sedap nye jalan2 makan ngn keluarga :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com