Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 7 April 2012

Tanpa mereka, tenteramkah kita? ...

dari kuala pergi ke bandung
hendak bertemu saudara mara 
memang baunya menusuk hidung
bukankah kita juga yang punya angkara



manakan sama enggang dan pipit
takkan dapat terbang setara
masih ada yang berfikiran sempit
sampah dibuang merata-rata


memang enak sipisang raja
dibuat puding di dapur istana
tanpa sarung tangan mereka bekerja
layakkah kita memandang hina


mengadap komputer mereka-reka
apakah bahan nak dijadikan cerita
sampah sarap rezeki mereka
tanpa mereka tenteramkah kita


8 ulasan:

  1. amboi mak...berpantun dgn mereka ye? mmg la..kalau xde org yg sanggup kerja kutip sampah, bygkan la camana keadaan rumah? sy ni dah la fobia bau busuk...ermm

    BalasPadam
  2. Kak Cik kerja apa pun kalau halal tak perlu dipertikai.

    Tapi kadang2 yang jadi geram jugak sekali tu buah delima hampir masak dipokok sebelum dia org lalu ada dah lepas lori tu hilang dengan buah dan pemalutnya sekali...hehehee...

    BalasPadam
  3. betul kak cik kalu diaorg lambat dtg tentionnya...busyukkk

    tak boleh dipandang hina...pekerjaan mereka mulia..mencari rezeki yg halal

    BalasPadam
  4. entah kenapa kadang2 timbul perasaan kesian tengok pekerja kutip sampah nie :(

    BalasPadam
  5. kak cik boleh masuk pertandingan berpantun..best baca pantun kak cik..
    acik tak mpandi nak mengarang pantun ni

    BalasPadam
  6. pantun yg bersahaja tp penuh makna...
    baru tadi,kat jalanraya,berenti kat trafic light,kereta kat depan buang sampah ikut tingkap..kami menggeleng kepala melihat,takde sivik langsung...

    BalasPadam
  7. Tanpa mereka tenteramkah kita.Betul tu...pandainya kak cik berpantun.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com