Kawan-kawan kakcik

Ahad, 8 April 2012

Mungkin kerana malu dengan C3...

... akhirnya olympusku berjaya merakam bulan yang bulat itu. :)









Seawal jam 8.00 pagi, aku dan suami telah berada di Bandar Sg. Emas, Banting untuk bersarapan pagi dengan Angah yang tak balik ke rumah minggu ini.  Sebenarnya bukan bersarapan bersama pun kerana hanya suami yang turun minum di kedai mamak ditemani Angah, tapi menghantar nasi lemak dan kuih pau, sedikit wang dan juga lesen memandu Angah yang baru siap.  Jam 9.30 pagi, aku dan suami telah berada di rumah kami semula.



24 ulasan:

  1. Salam Kakcik,

    Awalnya Kakcik dah sampai ke banting dan 9.30 dah sampai ke rumah.

    Tulah yer kakcik, demi anak kita boleh buat apa saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Ani...

      betul tu Kak Ani, kerana anak semuanya boleh saja. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. IYa, bulan yang masih selesa menunjukkan wajahnya di jam 7.30 pagi. :)

      Padam
  3. Keluar rumah awal pagi , jalan raya lapang dan tenang je kan..buleh le shot gambar bulan mengambang tu banyak kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu cuba rakam dari hadapan rumah tak menjadi pun! :(

      Padam
  4. tiada erti cuti bagi setiap ibubapa kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Q...

      cuti bekerja di pejabat bukan bermakna cuti dari melayan kehendak anak2. :)

      Padam
  5. ma..cantik sangat bulan malam tadi =)

    BalasPadam
  6. wahhh...setailo nya...sebab bilik sy menghadap bulan,suka tido awal2,tgk bulan...kehkehkehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik mmg suka memandang ke langit - tengok bulan, bintang, matahari dan tentunya awan gemawan. :)

      Padam
  7. kakcik..acik suka gambar ni..cantik.

    BalasPadam
  8. saya pun belum sempat nak snap gambar bulan

    BalasPadam
  9. Begitulah susah payah seorang ibu terhadap anaknya yang diharap akan mengenang jasa ini satu hari nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengenang jasa pun masih tidak mengapa, asal jangan sampai menconteng arang ke muka. Mudah2an. :)

      Padam
  10. Mesti sejuk berkabus sepanjang jalan ke Banting tu kan? Wahhh nyaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pastinya, sepanjang perjalanan kakcik suka memandang ke atas - tengok awan dan kerap kali terlihat kapalterbang melintas di angkasa. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com