dalam rahim kau dikandung
susah payah tetap ditanggung
dengan harapan yang tinggi menggunung
lahirmu nanti membuang mendung
tangis tawamu mewarna hidup
dalam teratak yang malap dan redup
siang malam wajahmu diraup
bersama hembusan semangat ditiup
bila engkau menginjak dewasa
tidur ibu tak juga lena
cabaran yang datang sepanjang masa
membuatkan ibu bersiap siaga
sekian lama engkau ditatang
kiranya kehendakmu tak boleh ditentang
lalu kau mula menunjukkan belang
sehingga ibumu sanggup kau tendang
mungkinkah silap ibu juga
melayan dirimu bagaikan raja
hingga kau merasa sangat berkuasa
sampai kau lupa di mana letaknya syurga
Andailah nilainya dalam RM!!! |
saya rasa budak tu mat rempit kot...kalau tak takkan tergamak buat macam tu ....tapi umur baru 15 tahun
BalasPadamsy tak suka la baca pasal ni mak.... =(
BalasPadamdok bayangkan muka mak kat kmpung..nk ckp 'taknak' pun tak sampai hati ini kan pulak nk tendang...
nnti budak ni dah besar, dh kenal dunia, dah ada akal baru nak menyesal...kalau mak ada lg boleh la mntk ampun..kalau xsempat? =(
masya allah. hancur hati ibu... tergamaknya
BalasPadamYa Allah! Entahlah...saya risaukan hal itu. Hidup di kawasan kejiranan sini (Desa Mentari dkt sgt dgn kawasan rumah sy) sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Cth, bdk sekolah yg sy ceritakan semalam.
BalasPadamrendam jer budak ni dalam clorox!
BalasPadamtergamak dia buat mcm tu dekat mak dia, tak tau nak ckp lah, kalau dia tau dosa pahala, mesti tak buat mcm tu
BalasPadamBab2 ni mmg sensitif pd saya...
BalasPadamSy cuma berharap, saya buat ibu saya bahagia, saya buat ibu saya bangga dengan saya, walopun saya hanya curahkan kasih sayang melebihi dr wang ringgit yg sy tidak mampu..
Kita jdkn pengajaran utk hidup yg masih ada nafas ni...
Ya Allah...semoga budak dapat
BalasPadambalasan yang membawa kepada keinsafan...amin!
sedihnya bila baca cerita2 macam ni...sedih sangat!!
PadamAslkm KS
BalasPadamMOGA sihat selalu dan dalam keberkatan di Jumaat ini.
Mcm2. Saya pernah tau pasal seorang budak yg tak nak ke sekolah kerana nakkan motosikal. 2, 3 hari tak sekolah dan akhirnya emaknya belikan juga moto tu, tapi dia masih di bawah umur. Mcmmana tu?
pasal tak beli moto belasah mak..mana lah akal fikiran tu diletak. b'susah payah ibu dia cari rezki nk kasi dia makan.
BalasPadamsedih nye baca
BalasPadamnau'zubillah
Allah... tak tkt ke balasan di akhirat nnti... lupe ke dia syurga di bwh tpk kaki ibu.... takkan sbb moto nk tendang pukul ibu yg dh kandungkan dia... bdk2 zmn skrg nih mmg terlalu ikut perasaan lah... (segelintir)
BalasPadamptt nya dia sama2 bantu ibu dia cari duit...bkn nk menyusahkan
Sedihnye...hmmm..kenapa la ada manusia begini...
BalasPadammesti pengaruh dadah tu..kebanyakan kes yg serupa mcm ni semuanya ada kaitan dgn dadah..org waras x kn buat benda mcm ni
BalasPadamsy setuju dgn anies..nih meti dah kena dadah ni sbb tu otak x siuman
BalasPadamsedih baca kisah begini :(
"entah di mana silapnya...masa kecik ditatang bagai minyak yg penuh,dilayan bak raja...bila dah dewasa,ini balasan yg yg diberi pada ibu yg tak pernah meminta apa2...mungkin betul kata kwn2,dipengaruhi dadah agaknya.."
BalasPadamYa! allah...sedihnya bila baca citer mcm ni. Tak der hati perut langsung.
BalasPadamramai laktu yang perangai gitukan...
BalasPadamnauzubillah...
Salam Kakcik,
BalasPadamCantiknya bait-bait syair Kakcik. Dulu major dlm Bahasa ke?
Nanti nak baca sambil bersyair!
Kesian Si Mak. Dari kaki besar 2 jari, anak ditatang. Dah besar sanggup pula ibu ditendang.
BalasPadamdari kecik sampai besar ibu menjaga dgn penuh kasih sayang..macam ni balasan yg dpt semata2 utk motorsikal
BalasPadamYA ALLAH,JAUHKAN KITA DPT ANAK DERHAKA MCM NI..HUHU
BalasPadamtentu ibunya sangat sedih namun pasti ibunya tak putus doakan anaknya sedar kesilapannya. semuga ada yang dapat memberi nasihat pada si anak seperti imam masjid daerah itu atau pun guru kaunselor di sekolah. semuga anak muda ini akan berubah menjadi pejuang agama.
BalasPadamKejamnya manusia zmn sekarang ni. Tak tak kenal mak bapak. Xkenal pertalian darah dn jasa
BalasPadamTerima kasih Elia kerana sudi singgah di blog makcik. :)
PadamAssalamualaikum kak Cik,
BalasPadamAnak derhaka yang tak mengenang budi nih....
astaghfirullah.... nauzubillah... moga takde jadi lagi lepas ni...
BalasPadamSalah mak bapak tak baca bismillah masa romen dulu... Last2 dapat anak kacukan setan
BalasPadam