Tengahari tadi aku tidak mamai seperti semalam. Jadi, sejadah yang dibentang tidaklah tersalah arahnya.
Tapi... dadaku pula terasa sempit. Entah kenapa. Yang pastinya aku semakin tua dan alah pada banyak benda.
Dari Oh Islam :
Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Kesimpulannya, beringatlah kita di hari kemudian. Tak selamanya kita akan senang.
BalasPadamKan Kakcik?
Ya, betul tu Fara. Hidup kita pun bukan untuk melayan nafsu semata-mata. *wink*
Padam:)
Salam
PadamAlamak, mama ni dah tua, selalu lupa. Eloklah ingatn ni. tk
W/salam Mama Ju...
Padamkakcik pun bukan muda lagi. :)
hargai apa yg kita ada skrg... :)
BalasPadamSangat betul itu. :)
PadamInsyaAllah moga kita diberikan kesihatan yang baik..kena selalu muhasabah diri kan kakcik:)
BalasPadamBetul Qema, kita kena selalu memandang kembali apa yang telah kita lakukan. Yang baik kita tambahkan laki kebaikannya, yang tak baik, berusaha kita tinggalkan. :)
PadamM.A.S.A. terima kasih atas ingatan..
BalasPadamSama2 Cho. Tapi M.A.S.A tu apa? :)
Padamkakcik semput lagi ke??
BalasPadam'Masuk Angin' agaknya Acu...
PadamAssalam,
BalasPadamKakcik jaga kesihatan, kalau penat rehat yea?
W/salam Kak Nani...
Padambila dah senja ni, penyakit je yang suka... :)
tqs kongsi ilmu ni kakcik..
BalasPadamYang baik kita kongsikan. :)
PadamSalam Kakcik,
BalasPadamTeringat akak lagu Indonesia tu "Ingat, ingat, ingat ..." entah apa lagi lirik dia. Err dah usyar ke nama Kakcik kat blog akak?
W/salam Yong...
Padamkakcik dah 'ambil' nama kakcik yang ditulis atas salji tu. Terima kasih banyak2 atas ingatan. :)
terima kasih untuk perkongsian ni kak... :)
BalasPadamSekadar saling mengingatkan sesama kita. :)
Padamsuka dengan lagu2 nasyid.... macam lagu raihan pun ada lirik yang menyentuh pasal nie. kalau tak silap tajuk lagu Demi Masa
BalasPadamKita selalu leka, jadi elok juga kita dengar lagu2 keTuhanan untuk sedikit sebanyak mendapat kesedaran. :)
Padamsamalah kita, ks. dah tak larat dalam banyak kerja.
BalasPadamnamun selagi ada nafas, selagi itu kita ada harapan untuk teruskan amal dan ibadah.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kehidupan dan segala rencahnya perlu kita teruskan dan lalui, IM. :)
Padamsama2 beringat...selagi bernama manusia, terlupa tu dah jadi kebiasaan.
BalasPadamt.kasih kakcik..satu peringatan yg bagus utk kita sama2 renungkan.
jaga kesihatan noo kakcik..
Semoga kita tidak terus leka dengan 'permainan' dunia. InsyaAllah.
Padamye la kakcik..saling igt mengingati tu lebih penting kan..dan terima kasih atas igtan ini lagi sekali..
BalasPadamSama-sama No. Kita semua memang bukan sempurna, tapi tak salah dan sangat baik untuk kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik, kan? :)
Padamnice sharing! kadang2 takut jugak bila baca peringatan2 sebegini :)
BalasPadamSemoga ketakutan itu menjauhkan kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang. InsyaAllah. :)
Padammanusia mudah lupa.. sebab tu kena selalu bagi peringatt.. thank u kakcik untuk peringatan ini..
BalasPadamsaya memang dah masuk fasa kejap2 mamai skang ni.. hihi..