Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Mac 2012

Tulis nama atas salji ... Hari ini 15hb ...

Ketinggalan kapal selam scorpene betullah kakcik ni. Penat-penat Yong Halima tulis nama kakcik atas salji nun jauh di Turki sana, boleh kakcik tak perasan (jauh sangat Yong, itu yang terperasan tu... hehehe).  Tapi patut pun dua tiga hari kebelakangan ini kakcik rasa sejuk saja... rupanya sebab baring atas salji tanpa sedar...

Terima kasih banyak-banyak Yong.

Hari ini hari Khamis (ada yang lupa ke?).  Tarikh hari ini ialah 15/03/2012.  Sempena menyambut seruan Tuan Haji Hamzah Al-Lavendari,  marilah sama-sama kita menggunakan Bahasa Melayu dengan susunan kata dan tatabahasa yang betul dengan sepenuhnya di blog-blog kita di hari ini.  Kalau tidak kita memartabatkan Bahasa kita sendiri, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain memartabatkannya...

Sekian catatan yang tidak dirancang untuk pagi ini.


20 ulasan:

  1. jap-jap kak,nak betul kan tatabahasa kat blog kaklong...huhuhu!

    BalasPadam
  2. hehe... saya pun tengah mendisplinkan diri untuk menggunakan bahasa melayu dengan betul. tapi di permulaan komen pun sudah kandas.... mana ada perkataan "hehe" kan?

    BalasPadam
  3. Biarpun jarak yang memisahkan antara kita sekalian..
    Namun di hati dekat selalu...

    ;)

    BalasPadam
  4. kena cari baju sejuk tu kak Cik ...

    BalasPadam
  5. buatkan saya ais kepal kak cik hehehhe

    BalasPadam
  6. santek nye kak cik...saya pon bole rase sejuk nie..:-)

    BalasPadam
  7. Wahh, untung kakcik nama atas salji tu..jap saya nak check tatabahasa kat blog saya yea.

    BalasPadam
  8. mama
    apa khabar????sihat??lama tak sembang...=)

    BalasPadam
  9. salam kak cik... apa khabar,sihat?
    cantik sgt susunan nama kakcik itu...
    untung ada orang jauh yang ingat yek...
    (amacam dana nyer penggunaan bahasa hehehhe)

    BalasPadam
  10. errmmm bila la boleh main salji...huhuhuhu

    BalasPadam
  11. Nama dah tercatat di sana kakcik. Macam kena seru tak lama sampailah kot...

    BalasPadam
  12. terima kasih kakcik kerana menyokong saya. semoga ia mendapat sambutan dari semua rakan blogger.

    saya terlewat buat entri hari ini kerana isu yang saya tulis agak serius di samping menghantar anak bongsu menghadiri kelas tambahan.

    apa yang digunakan oleh Yong untuk menulis nama kakcik tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooouuwhh..sudah terlalu lama gunakan bahasa yg bercampur aduk..ejaan tunggang langgang...bahasa jiwa bangsa

      Padam
  13. seronok nya ada orang tulis nama atas salji.
    kenapa la dulu acu tak terfikir nak tulis macam tu juga..hehehee

    BalasPadam
  14. betul la kak..sy rasa nak guna bahasa yang betul juga tapi apekan daya jari ni sgt laju taip mcm2 perkataan yg terlintas kat kepala ahahhaha

    BalasPadam
  15. Kalau pergi Kuala Kubu
    Tulis nama atas batu
    Saban hari ku menanti waktu
    Pulang segera kepada ku

    lagu sudirman ni tulis nama atas batu.. hihi.. eh? mood kelaut la kakcik..

    BalasPadam
  16. Name sy pun tak sampai ke negara bersalji sane Kakcik. Untung betul Kakcik! heheheh!

    BalasPadam
  17. macam musim tulis nama atas salji lah plak ya kakcik ekekee

    saya berbahasa ikut suka...
    taknak salahkan sesaper...

    BalasPadam
  18. jauhnyer kakcik 'meronda'...sudah sampai turki.. memang sepatutnya kita menyahut seruan pak ngah itu... cuba n terus mencuba..

    BalasPadam
  19. Nama Kakcik dah ke Turki.. Kakcik bila lagi?
    Nama telah 'ditulis' dengan kacang hazel Yong Halima :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com