Kawan-kawan kakcik

Ahad, 12 Februari 2012

Rahsia membuat tepung goreng rangup...

- Eleh... rahsialah sangat.  Orang dah lama tahu la...

- Tak apa, nak bagi tahu kepada yang belum tahu.  Tak salah berkongsi pengetahuan, kan?

Tepung goreng ini adalah untuk menggoreng pisang dan lain-lain yang sewaktu dengannya.  Tak perlu campur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera).  Caranya senang sangat :

Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar.  Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit.  Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum.  Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit).  Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang yang akan digoreng.  InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.  Lebihan tepung yang tidak habis diguna, boleh digoreng nipis untuk dimakan begitu sahaja (ada orang memang suka makan tepung saja, kan?)

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
(Ilham itu kudapati sewaktu aku malas 'mencomotkan' tangan membancuh tepung tak lama dulu).



27 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kakcik,
    Alhamdullilah, akan mencuba, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    saya baru tahu...terima kasih

    selalunya saya campurkan sedikit kapur sirih dalam bacuhan tepung

    BalasPadam
  3. saya pun sama, campurkan sikit kapur. tapi tak kisar la..mak saya kata kalau boh kapur untuk bancuhan tepung goreng pisang nanti tepung yang tersalut jadi macam "muka nenek"..maknanya rangup le tu..huhu

    kalau tak pakai tepung gandung pakai tepung jawi/tepung beras saja..

    BalasPadam
  4. seddapnya... baru je lepas pekena goreng pisang. tapi belipunya lah..

    BalasPadam
  5. errr..kenapa den mcm baru taw je ni...ahakz

    BalasPadam
  6. tima kasih kak chik sudi bekongsi ilmu.lenkali boleh cik ina cuba. nak beli yang ready made tu cam tak best je, tak de rasa apa.

    BalasPadam
  7. buleh dicobain rahsia ini! terima kasih mak! :D

    BalasPadam
  8. tqs kakcik kongsi resipi ni... nak buat ikan & sotong celup tepung lah..

    BalasPadam
  9. Saya pula bubuh telur atau kapur makan sikit

    BalasPadam
  10. kalo sy paling suka kerak yg nipis tu... krup krup

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kakcik

    Nnti bila kakya rajin, nak cuba. Tq

    BalasPadam
  12. Salam,

    Akak selalu pakai tepung beras, tak pernah cuba tepung gandum..heheheheh
    Nanti akak nak cuba cara kakcik pulak..InshaAllah

    BalasPadam
  13. Wah senang, tgn tak kotor!
    Sya ada pisang lagi drp kg..kakchik nak..hehe

    BalasPadam
  14. eh, yer ke senang mcm ni...dah macam2 cara saya cuba,kadang rangup kadang kucing pun tak nak sentuh...nak try lah!

    BalasPadam
  15. Boleh la cuba ni... Senang ajer yg penting sedappp...

    BalasPadam
  16. saya pun suka guna tpg gandum jer kakcik, tak suka tepung rangup kedai punya tu...sendiri punya lagi best kan?

    ololo kakcik, mimpi apa rajin nak kongsi resepi ekekekek
    resepi kek coklat bangchik mana? neway, tenkiu utk resepi ni, lenkali saya cuba eh...sebab kalau kekdah saya main gaul biasa2 jer...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Q...

      sebenarnyaaaaaaa.....





      mimpi orang yang tak idea nak menulis je tu!!! ekekeke...

      Padam
  17. wah sy baru tahu!!..sy pun x guna tepung lain, gn tpg gandum je..nak rangup bubuh marjerin ckit..

    BalasPadam
  18. Terimakaseh. Saya memang tak tahu. Makan suka sangat tapi buat tak pernah jadi. Jangan teragak-agak nak kongsi buat orang macam saya yang banyak tak tahu. Ini yang buat suka jalan alam maya cari rahsia.

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Syurkur Alhamdulillah. Mulanya kakcik segan juga nak kongsikan rahsia yang tak rahsia tu... hehehe...

      Padam
  20. saya pasti akan cuba, kakcik. tak sangka semudah itu.

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah... Terima kasih guide dlm blog ni, dh cuba menjadi pn. Cuma if nk lmbut garing guna air suam. Best....

    BalasPadam
  22. senang jew eks.. hehe.. sy pernah bc kununnya masukkan sedikit myk yg panas dlm acuan tuh.. betul ke idak xpasti.. sebab kekadang mmg tak ingat dah time nak membancuh.. hahaha

    BalasPadam
  23. hai..salam kenal..tq atas resepi..nnt boleh cuba...hehe...

    BalasPadam
  24. tips yang mudah dan menarik untuk dipraktikkan..terima kasih kak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com