Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Februari 2012

Assalamu'alaikum dan selamat hari Isnin...

Hari Isnin dah tentu selamat.  Tapi kita?  Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui.  Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaanNya juga.  InsyaAllah.

Kepada yang berpuasa, sama ada  puasa wajib kerana mengkhada puasa yang tertinggal mahupun kerana membayar nazar dan juga kerana berpuasa sunat (diniatkan kerana Allah semata-mata, bukan kerana niat nak kurus) diucapkan selamat berpuasa.

Kepada yang tidak berpuasa, sarapan apakah kalian pagi ini?  Semoga apa yang masuk ke perut kita memberikan kita minda yang cerdas dan tubuh yang cergas.  Mungkin kita tak dapat memastikan sepenuhnya khasiat mahupun 'status' makanan yang kita telan, tapi mencari dan memastikan yang terbaik lagi halal itu wajib kita lakukan sebelum makanan itu menjadi darah daging kita.  Betul tak?

Alamak... lain yang aku niat nak tulis tali, dah meleret-leret pulak jadinya.

Jom layan gambar awan lagi...


Eh... agak-agaknya semak samun ni bahaya tak?  Tak bahaya, kan?  Selagi belum ada yang kena telan dek ular sawa ...  hehehe ...




58 ulasan:

  1. selamat pagi isnin kakcik..saya baru je lepas breakfast 3 keping roti, bwk dari rumah, dijamin bersih, heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi Huda...

      pagi ini kakcik makan burger (semalam punya). :)

      Padam
  2. salam kakcik... tak bfast lagi pon.. kalut dgn anak2...

    saya takut sangat semak samun.. memang seriau dgn ular..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Mulan...

      pagi ini kakcik agak terlewat bangun sebab malam tadi terjaga kerana sesak nafas. Kesian anak2 kakcik, balik sekolah petang nanti, tiada makanan atas meja. :(

      Kakcik adalah sangat takut dengan ular tak kira sekecil mana pun...

      Padam
  3. alhamdulillah...
    cheqna berposer =)
    selamat hari isnin mama =)
    ceria2 sokmo

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Cik..

    Moga kak cik sihat hendaknya..

    Macam-macam ada dalam semak samun tu kak! Makhluk halus pun ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Ustaz...

      Alhamdulillah, pagi ini kakcik rasa lebih sihat berbanding malam tadi. Semoga Ustaz dan keluarga juga dalam sihat sejahtera.

      Meremang bulu roma kakcik ni membayangkan macam-macam yang ada dalam semak samun tu...

      Padam
  5. hehehe...semak samun itu dah BERBAHAYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. eelobor...

      selagi tiada MALAPETAKA selagi itulah tak nampak BAHAYA! :(

      Padam
  6. Salam kak cik. saya bfast satay pagi pagi buta nih. gambo tu kat rumah kak cik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Ibu Lala...

      kakcik sarapan burger. Ya, gambo itu dirakam oleh suami kakcik tak jauh dari rumah kami.

      Padam
  7. Hari saya cuti kakcik..bersantai2 kat rumah...nk mendobi jer hari ni...
    Pagi tadi saya makan roti dgn milo panas jer...sebab dah byk hari asyik makan yg berat2 jer... byk lemak dh diternak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain...

      mulanya kakcik pun ingat nak cuti hari ini, tapi memikirkan ada hal2 yang mungkin memerlukan tindakan segera, terpaksalah ke pejabat juga...

      Padam
  8. saya makan makaroni bako pagi tadi!! hehehe!!

    BalasPadam
  9. iols tak de selera nak sarapan
    masih lagi demam + selsema + batuk
    beli kuey teow goreng pun tak habis makan tadi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Milo...

      kakcik tengah fikir nak minum sesuatu yang panas je ni... perut kakcik agak meragam pulak.

      Padam
  10. Waalaikumusalam kakcik, Pagi ini saya mkn coco crunch Dan Milo panas jek huuhu

    BalasPadam
  11. Salam kakcik,

    hari ni kak ani breakfast sandwich telur. Kalau tak buat sandwich alamatnya roti tak habislah. Tak beli roti bimbang nak makan masa breakfast tak ada pulak.

    Kadang tengok semak2 macam ni risau jugakkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Ani...

      di rumah saya pun sama. Tak beli roti, ditanya. Bila beli kadang2 terbiar saja.

      Padam
  12. W'salam Kakcik!

    Alahai semak-samun tu.

    Pagi nie, sy sarap roti gandum 3 kpg ngan biskut jacob. Tp kan, sarapnya dah berkhasiat (kononnya), walhal secawan nescafe (campr coffeemate) lak dibantainya.....

    Hahahahahah!

    Semoga hari Isnin ini bakal menjadi hari yg indah bt Kakcik dan kita semua (klu boleh, bia lah hari2 indah tp boleh ke?)

    =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh, setiap hari kita inginkan hari yang indah. Betul tak Fara? Tapi, nanti hidup ini tak berwarna-warnilah pulak! :)

      Padam
  13. Kakak tak puasa hari ini kakcik. Letih semacam tak tahulah kenapa. Dah makin tua kot. Sarapan pun sekadar quaker oat aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! quaker oat yang kakcik beli tahun lepas belumlah habis lagi... susah betul tekak ini nak menelannya. ;-)

      Padam
  14. alamak kakcik, baru semalam my11 mintak saya cerita pasal ular...maka mak dia pun berkisahlah...dia lahir tahun ular, macam BS jugak kan?...

    dah tu, rasa macam nak post entri pasal ular, tp tak larat...aleh2 kakcik tulis pasal ular pulak arini hihihi...

    awan tu kalo ditambah sirap ros, susu cair, kacang merah, boleh jadi es kepal ek? slurrpp....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Q...

      awan tu boleh dibuat ais kepal ke? Macam2lah Q ni... :)

      Padam
  15. dah kena telan baru diaorang ambek 'action', kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tu Ella. Tadi Abg Mus dah hantar emel kepada MPAJ. Katanya (MPAJlah yang kata - cepat dia balas emel), tindakan akan diambil dalam masa 3 hari. Kita tengoklah nanti. :)

      Padam
  16. cantik kan tgk awan nano tu..hehe betul ke awan nano...haha

    gambar semak samun tu yg x sedap mata memandang...huhu

    selamat hari isnin kakcik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari Isnin Ada...

      semak itu memang menyekitkan mata yang memandang. :(

      Padam
  17. err..tingginya semak..tu gajah pun boleh tinggal gamaknya.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gajah tu mungkin tiada Rai, tapi ular sawa rasanya memang boleh beranak pinak kat situ... eeee... takut kakcik!

      Padam
  18. hr ni bekfes scramble egg ngan roti je kak heheh..hsbd xde bekfes pun simple2 cukupla

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti dengan telur pun InsyaAllah dah mengenyangkan, kan Mimi. :)

      Padam
  19. Wsalam Kak Cik.. selamat hari isnin.. Sarapan pagi ini roti telur ngan nescafe jer.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kakcik pun suka minum nescafe macam Rinna, tapi sekarang kalau kakcik minum kepala kakcik jadi 'nenong' dan perut jadi sebu.

      Padam
  20. nak minum air pun makin risau sekarang ni..banyak betul kes cirit birit kat area hilir perak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TB...

      kesian kat anak2 yang jadi mangsa serangan penyakit itu, kan? :(

      Padam
  21. Assalamualaikum , selamat pagi kakcik, qema makan karipap & minum air kosong je ni, jap lagi kuar beli makanan berat sikit:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Qema...

      jangan sampai perut kosong dan masuk angin, ya. :)

      Padam
  22. Assalamualaikum..selamat pagi kakcik...
    Saya breakfast kek carrot aja pagi ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'alaikummussalam dan selamat pagi...

      Amboi, sungguh 'omputeh' sarapan Dr. itu. :)

      Padam
  23. Wsalam kakcik..

    Saya tak makan ape2 pun lagi.. Kopi secawan untuk memulakan blue monday :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakya, pagi ini kakcik agak ok pada mulanya, tapi kemudian tiba2 sakit perut dan loya!

      Padam
  24. Salam,
    Kakcik suka dengan awan .. kalau gitu, buatlah satu sajak tentang awam ... kakcik mesti boleh berdasarkan entri2 kakcik yang lepas

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dato'...

      iyelah, dah lama rasanya saya tak menulis sajak. Nantilah saya fikirkan. :)

      Padam
  25. rajin mak menembak ye =)

    Pagi ni agak kelam kabut sikit sebab dari kampung trolak terus ke office kat sungai buloh..smpai 130 gak la bawak kete...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak memang suka mengambil gambar awan, Munna. Selalu mak leka melihat awan yang pelbagai corak dan bentuk itu.

      Hati2 bawa kereta jangan sampai terima surat cinta. :)

      Padam
  26. sy ceria d hari isnin ni sbb pakai kaler putih...hehehee
    kak cik cm ne?
    monday blues ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khairin... hari ini kakcik pakai jubah dan tudung warna coklat gelap, tapi taklah rasa 'gelap' nak buat kerja. :)

      Padam
  27. agaknya semak samun tu sengaja di tanam tu..projek wilayah dalam taman..hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dik Mad...

      lepas tu buat zoo mini pulak kat situ, kan? :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com