Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Disember 2011

Pulanglah Roslina....

Berita penuh di Berita Harian Online (klik untuk membaca)...




telah kurasa sebagaimana yang suamimu rasa
telah kutelan kepedihan bapamu sepertimana pedih yang ditanggung bapaku


ingatlah kepada anak-anakmu
mereka belum berhak menjadi piatu
selagi nyawa masih bersama tubuhmu


hari ini mungkin kau rasa bangga
hari ini mungkin kau fikir sedang meniti bahagia


esok ...


lusa ...


tulat ...


dan hari-hari seterusnya ...


saat kau tersedar


mungkin segalanya telah pun jadi pudar....




Pulanglah Roslina
meski ayahmu telah tiada
namun zuriatmu masih di sana ...


Pelangi hanyalah sekadar garisan cahaya yang berwarna-warni, namun sama
sekali ianya tidak dapat kau titi...

10 ulasan:

  1. semoga ia kembali ke pangkuan anak2nya ....

    BalasPadam
  2. x baca lg kisahnya..diculik atau melarikan diri?

    BalasPadam
  3. kemanakah Roslina menghilang?melarikan diri atau dilarikan?
    hanya Allah yg tahu..mudah2an Roslina selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.

    BalasPadam
  4. moga2 tiada apa2 yg berlaku terhadap roslina...

    BalasPadam
  5. SALAM,
    LF TAK MENGENALI ROSLINA DAN TIDAK EMNGETAHUI APA PUNCANYA ATAS APA YG BERLAKU! NAMUN LF TETAP MENDOAKAN ROSLINA KEMBALI KE JALAN KEBENARAN. ANAK2, SUAMI DAN KELUARGA SEDANG MENUNGGU.

    BalasPadam
  6. semoga dia mendengar bisikan ni...
    insyallah..

    BalasPadam
  7. entah apa yang terjadi
    entah semalam menangis lagi
    entah berbulan bakal menanti
    entah rindu berulang kembali

    BalasPadam
  8. sepupu saya punya adik ipar juga hilang.... meninggalkan 2 anak...
    tidak ada khabar.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com