Mungkin anda adalah seorang :
Pengarah Hospital
atau
Pakar Perubatan
atau
Pegawai Perubatan Bertauliah
Soalannya :
Benarkah seseorang pesakit yang mahu bertukar dari satu hospital kerajaan (katalah Hospital A) ke sebuah hospital kerajaan lain (Hospital B) perlu menguruskan segala-galanya sendiri termasuk :
- urusan kenderaan, kerana ambulan sama ada dari Hospital A mahupun Hospital B tidak boleh digunakan sama sekali,
- filem X-Ray yang telah diambil di Hospital A tidak boleh dibawa ke Hospital B,
- oleh kerana pesakit hendak sangat bertukar hospital, maka rawatan di Hospital A tidak perlu diberi dengan sebaik mungkin. Anggota yang patah hanya dibalut seadanya, dan daging yang luka tidak perlu dibersihkan - jauh sekali dijahit.
notahati : rupa-rupanya kalau kita hendak mendapatkan perkhidmatan ambulan hospital kerajaan, kita kena menelefon nombor 999 walaupun kita tahu nombor pusat khidmat ambulan hospital berkenaan.
kak cik...
BalasPadamada org ckp.. kalau kita tak mati, selagi tu lah tak dtg...
ermm.. tah lah...
kalau kita ni kaya.. dh lama antar swasta..
sbb ada 1 isu.. perbezaan swasta dan kerajaan. berlaku di depan mata..
cukup memberi pengajaran.
tapi ada sesetangahnya. pihak kerajaan punya doktor lbh baik....
konfem sy sendiri tak tahu coz sy cume pengangkat fail pejabat huhuhuhhh
BalasPadambelom pernah mengalami nya..
BalasPadamnanti kita tunggu jawapan DZ dan dr.singa..atau doctor lain yang mungkin kaklong belom mengenali....
wak pon bukan doktor jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
BalasPadamSALAM,
BalasPadamLF AKAN CUBA TANYA2 ANAK LF. DIA TU BERTUGAS DI BAHAGIAN KECEMASAN HOSPITAL. LF AMAT MEMAHAMI APA YANG TELAH DILALUI.
macam ada kecemasan je ni kakcik?
BalasPadam*toilet tu tak ikut spec.
iols musykil - kenapa ambulance hospital tu tak boleh digunakan???
BalasPadamiols penah gak - menggunakan khidmat ambulance ni - not myself - but my father...
my abah pindah dari hospital M ke hospital T.... (hospital kerajaan kedua-duanya)...
hospital arrange semuanya - even file pesakit pun - depa hantar ke hospital lagi satu tu... thru the pembantu yg ikut sekali dalam ambulance tu...
naper ni kakcik...?
BalasPadamsoalan2 kakcik bagus sekali..
cuma, yg kita tau..kalau nak tukar hospital..nak guna ambulan hospital tu.. kena bayar mahal
sapa sakit kakcik?
BalasPadamsaya pun xtau jawapan bg persoalan kakcik ni
kalau rajin baca blog aina ya kak cik. pengalam berpindah hospital kerajaan ke hospital swasta...memang sedih tp kerajaan ke kerajaan tak pernah lagi...
BalasPadamKurang pasti plak pasal pertukaran hospital tuh..
BalasPadamAdui cam na nak guna tandas kalau sempit gitu..
bab ambulance tu betul memang kena go through 999, dan sgtlah leceh bila urgent
BalasPadammemang penah terjadi..itulah hakikatnya.
BalasPadamDulu arwah mak kpah sakit dan mendapat rawatan awal di hospital serdang. memandangkan kurang memuaskan, kami mengambil keputusan bertukar ke pantai medical hospital. Memang pihak hospital tak sediakan ambulans. Kami terpaksa sewa ambulan bulan sabit merah dan uruskan sendiri.
BalasPadamItu dari kerajaan ke swasta. Mungkin kita boleh paham.
Tapi kalau dari kerajaan ke kerajaan.. kakpah memang tak paham dan tak dapat menerima keadaan seperti itu.
assalamualaikum kakakku kakcik..
BalasPadamsaya agak biasa dgn hospital..saya kenal pengarah hospital di tempat saya.. ramai doktor dlm keluarga saya..[bukan utk riak insyaallah]
jawapan saya bagi semua soalan itu : TIDAK..
saya pernah menggunakan satu xray untuk lain-lain hospital, bagi tujuan survey....
BalasPadamx ray tu hak kita, sebab kita bayar
aik...masa den patah 8 kaki dulu...boleh jerk guna x ray utk lain2 hospital....sampai 3 hospital den guna.....tak de masalah pun....bergantung atas budi bicara kakitangan kot....
BalasPadamPasal ambulan den rasa mmg tak boleh kot kak....jika atas kehendak sendiri melainkan hospital tu sendiri suruh dapatkan rawatan ke hospital lain.
Terima kasih kepada semua yang memberikan komen.
BalasPadamApa yang kakcik senaraikan di atas adalah apa yang sebenarnya kami alami beberapa hari lepas.
Slogan 'rakyat didahulukan' telah diaplikasikan dengan jayanya...
cik ina pernah guna x-ray swasta bawa ke kerajaan, dorang boleh terima, cuma untuk check pregnant tak boleh pergi sebarang klinik, sekiranya nak bersalin di hospital kerajaan, dorang takut laporan dari klinik biasa tak lengkap.
BalasPadamkakcik kne 'vandalize' tandas itu? ihihihihhi...
BalasPadam