Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 Disember 2011

PAD - empat hari lagi...


Ini pertemuan yang lepas.  InsyaAllah, pertemuan yang akan datang akan
lebih meriah dan lebih tersusun lagi aturcaranya.

Silalah sahkan kehadiran anda sekali lagi di ruang komen catatan ini.  Tak perlu banyak kata-kata, cukup sekadar 'ya, saya akan bersama nanti'. Semoga perancangan yang baik, akan berakhir dengan  baik juga, InsyaAllah.


Salam Bersambut Ukhwah Bertaut


32 ulasan:

  1. ya,saya dan keluarga akan bersama anda di sana. .insyaAllah!

    BalasPadam
  2. ke sini sana mencari taboh,
    untuk diguna majlis bertunang;
    hendak bersama tiada berjodoh,
    duduklah saya terkenang-kenang.

    BalasPadam
  3. Ya! akan tiba dengan roti jala dan kari ayam pukul 11 pagi InshaAllah bersama2 suami tersayang.

    BalasPadam
  4. Kanda AL...

    Jauh berjalan ke Padang Matsirat
    singgah berehat di tepi telaga
    andainya jodoh sudah tersurat
    di hujung dunia bertemu juga.

    BalasPadam
  5. Kak Nani...

    terima kasih. Saya dan Azie InsyaAllah akan tiba lebih awal lagi nanti.

    BalasPadam
  6. nak berpantun juga.....

    Ikatan pasangam kini terputus
    pudarnya cinta di hati teruna
    dari kejauhan doa ku utus
    semoga segalanya lancar di sana

    BalasPadam
  7. insyaAllah...smg berjalan lancar majlis tersebut.

    BalasPadam
  8. Nida...

    Pulut durian enak dimakan
    apa lagi dimakan berdua
    Nida yang jauh tidak dilupakan
    terima kasih mengirim doa.

    BalasPadam
  9. SALAM,
    LF AKAN HADIR DAN MENUNGGU SAHABAT2 BLOGGER YANG AKAN HADIR. TAK DAPAT LAMA, SEKEJAP PUN JADILAH !

    BalasPadam
  10. Dato'...

    kalau Dato' tak ada, tak jadilah majlis kita.

    BalasPadam
  11. jelesnyaaa :( rindu kt rakan2 blogger...

    kakcik, buleh tk nk mtak tlg sket...compile kan email address blogger2 yg dtg umah kakcik aritu...wani nk invite kt blog baru nnti. rasanya ada kan column email aritu?

    BalasPadam
  12. Wani...

    nanti kakcik cari balik alamat emel tu ya? Jangan sedih2. Semuanya untuk masa depan Wani dan keluarga juga. :)

    BalasPadam
  13. Jangan balik awal tau...tunggu hingga acu sampai insyaAllah
    heheheee..

    BalasPadam
  14. Choppp Kak Chik..
    Saya akan hadir =) dengan Raif!!!!

    BalasPadam
  15. Kakcik, nanti ella cuba. Sampai harini ella tak dapat confirmkan kehadiran. 'Last minit' la nampak gaya jawapannya ..

    BalasPadam
  16. insya allah akn hadir bersama teman...doa2 kn semoga sy sembuh pd hari tu

    BalasPadam
  17. walapun kajang dan bangi tu dekat tetapi kadang2 tersesat juga jadi Aina dah print peta siap2...:)

    Kak cik kalau memerlukan apa2 bantuan jgn segan2...kecil tapak tangan nyiru Aina tadahkan...

    BalasPadam
  18. Insya Allah. Tak ada aral melintang, sampailah jua kami.

    BalasPadam
  19. inyaAllah kakcik..akan sampai..tapi tak tau la last minit ada hal pulak...risau jugak ni...

    BalasPadam
  20. Insyallah sy akan hadir bersama rendang daging dan nasi impit..

    BalasPadam
  21. insyaallah kakcik
    ati berlima akan datang :)

    BalasPadam
  22. Nak pergi nun jauh di sana
    sekadar menitip doa saja...

    BalasPadam
  23. Jauh berjalan ke Padang Matsirat,

    Singgah berehat di tepi telaga,

    Semakin hari tarikhnya semakin dekat,

    Mohon segalanya dipermudahkan olehNya,

    BalasPadam
  24. InsyaAllah, kalau semua sihat, kami 6 beranak sampai..

    BalasPadam
  25. semoga berjalan lancar akak..izan masa ni kena ikut asben ke kemaman pulak..kalau tak pjg langkah boleh ke sini...

    BalasPadam
  26. YA, KAMI BEREMPAT TAMBAH LAGI 2 ORG ANAK BUAH AKAN BERSAMA2 KAKCIK, KAK AA, DATO' LF N KWN2 YG LELAIN NANTI. MALAS NAK CIPTA PANTUN. RAJIN NAK BERTEMU AJER NEH...HAHAHAHA... URUP BESAR KASI GAMBARKAN KETERUJAAN NEH TAU...KWEKWKEKWEKKWE...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com