Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Disember 2011

Cerita makan...

malam tadi Along belanja makan

ini yang ayahnya makan

satu set nasi putih dengan asam pedas pari
tambah telur asin, ulam dan sambal belacan-
berbaloi tak dengan harga RM12.00?
(bagiku harganya boleh tahan juga)


ini pula air batu campur

aku tak pasti berapa harganya, sebab semua sekali
harga minuman semalam adalah RM25.00
(2 ABC, 2 LCK, 2 miloais, 1 lobak susu, 1 teh ais
dan 3 air kosong)


ada juga 4 set chicken chop
tapi gambarnya aku dah terpadam dari kamera
jumlahnya RM36.00 - dibahagi 4,
maknanya RM9.00 satu set.

aku tak makan apa-apa,
cuma minum LCK suam sahaja.

Macamanapun aku nak tayang juga
fish n chips yang aku makan
pada Khamis lepas...
harganya RM14.90 satu set dengan minuman
jauh tau tempat aku makan tu...
nunnnnnnn di Alor Setar sana.


Sekian cerita merapu di tengahari. Apa-apapun, di saat kita sendawa kekenyangan, jangan lupa kepada DIA yang memberikan rezeki dan jangan  lupa juga kepada mereka yang sentiasa mengharapkan ehsan demi perut yang minta diisi.




28 ulasan:

  1. Alhamdulillah .. Bersyukur dgn rezeki hari ini. Walau tak mewah, tapi tetap alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. along rajin makan time malam ye mak? pesan kat dia jangan berat sangat time makan malam~~he~~

    BalasPadam
  3. Sy dah lama tak makan chicken chop. Dah lupa rs. Sy last makan fish n chip kat Ikea. Sy tak ley telan. Gulp!

    BalasPadam
  4. dapat bonus ni bolehlah belanje anak2 mkn chiken chop ni....hehehe..

    BalasPadam
  5. set asam tu reganya boleh tahan yer.kalau sedap takpelah..brbaloi

    BalasPadam
  6. sedap sungguh tengok mekanan tu kak..No rasa harganya pun ok, takde la mahal..kira harga berpatutan ni sebab No penah makan yg lagi mahal huhu..maklum la dlu No duk WPLabuan..sana mmg harga 'naik' sket huhu, duk pulau la katakan..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...rezeki..:)

    Asam pedas ikan kari tu jugak yang saya terpikat....
    harga 12.00 tu memang boleh tahan jugak..

    BalasPadam
  8. Sedapnya tgk Asam Pedas tuh..Kak Cik.. ABC tuh menarik sgt.. :)

    BalasPadam
  9. boleh tahan harga untuk asam pedas tu.. kalau di seksyen 8 PJ, RM6 (nasi putih+asam pedas+telur dadar)

    tak tak kisahlah janji sedap kena dengan tekak..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah.. syukur kita masih punyai byk pilihan untun makan...

    ABC itu menggoda kita untuk cari dia kejap lagi! =D

    BalasPadam
  11. aina agak laici kang dan ABC tu Rm3 satu...:) campur tolak bagai total dari perkiraan aina RM24.00 tak termasuk air suam...:)

    BalasPadam
  12. Murah rezeki Along, rajin bersedekah dgn ahli keluarga,..

    BalasPadam
  13. syukurkan kak cik dgn apa yg kita ada, lebih ramai di luar sana makan pagi kais pagi, insaf...

    BalasPadam
  14. Salam KakCik,

    Alhamdulillah, ada anak yg boleh belanja bonda!

    BalasPadam
  15. Jika nasi sejemput gitu, Asam Pedas Pari = RM12 masih saya kira mahal.

    Tapi bila dicampur semua tolak bahagi, rasa reasonable juga harganya.

    Yang penting kenyang. Syukurrr

    BalasPadam
  16. alhamdulillah along blanja mak pak dia dengan adik beradik dia. syukur...

    BalasPadam
  17. SALAM,
    KAKCIK, FISH N CHIP TU, LF SUKA. HARGANYA BOLEH TAHAN

    BalasPadam
  18. jauhnya sampai ke alor star kak chik makan..hehehe..

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik;

    Asam Pedas Melaka tuuu... peberet.. peberet....

    Biasalah.... harga makanan sekarang nih melambung2... layan jelah... jangan banyak komplen... nanti kerajaan marah... hahahaaaa..

    BalasPadam
  20. Sekali pandang macam mahal, tapi kalau tengok harga bahan mentah mcm lauk dan sayur.. kira ok la tu kan.. emm.. apa yang murah sekarang ni kak cik..

    BalasPadam
  21. ikan pari mahal sekarang ni kakcik...sedap pulak set makanan yang first tu..pagi2 tgk makanan lapar rasanya hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com