Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Disember 2011

Assalamu'alaikum dan salam pagi Jumaat...

semoga masih ada waktu
untuk kita membaiki mana yang perlu

semoga masih ada masa
untuk membetulkan salah silap kita

semoga masih ada detik
untuk menjahit mana yang carik

semoga masih ada kesempatan
menjalinkan semula keakraban yang bertaburan

semoga apa juga yang dilakukan
DIA tetap kita dahulukan

Ya Allah, betapa lemahnya aku.  Masih juga aku keliru - mana yang tidak, mana yang perlu.  Mana yang perlu aku dahulukan, mana perlu aku kesampingkan.  Ya Allah, makin singkat waktu untukku tapi mengapakah aku masih juga beku.  Ya Allah Ya Tuhanku, hanya padaMu sandaran harapanku.  Berilah aku hidayah dan rahmat kasihMu di penghujung hidupku yang sisanya hanya dalam pengetahuanMu.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.



40 ulasan:

  1. Waalaikumsalam kakcik Seroja..

    Bak kata omputih. Life is short. Redahlah dengan keredhaanNYA. Insyaallah akan terasa betapa indah nikmatnya.

    BalasPadam
  2. live our life to the fullest kak chik

    *bila nak jumpa ni..??

    BalasPadam
  3. W'salam wbt

    amin utk doa2mu kakcik...
    biarkan saja berapa yg tersisa, pengisiannya perlu dijaga...

    BalasPadam
  4. DO...

    masih mengembara, ya? Nak beli apa di Padang Besar nanti. Semoga perjalananmu sentiasa dipermudahkanNya. :)

    BalasPadam
  5. Fit...

    nanti kakcik telefon Fit, ya? Bukan susah pun kakcik nak cari... hehehe... :)

    BalasPadam
  6. Q...

    menjaga pengisian itulah yang sedang cuba dipertingkatkan. Harapnya masih tidak terlewat hendaknya. :)

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam wbt, kakcik semoga. ..dan semoga dirahmati Allah bersama rakan2 sekerja yg masih bekerja hari ini...amin.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.... terima kasih kerana saling mengingati

    BalasPadam
  9. amin:)

    moga kita semua mendapat barakah n dibawah rahmatnya:)

    BalasPadam
  10. Sentiasa berharap kita tidak lalai dlm melayari kehidupan ini kakcik...

    BalasPadam
  11. PCL...

    semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. :)

    BalasPadam
  12. eelobor...

    sama2 kita saling ingat mengingatkan. :)

    BalasPadam
  13. Kakzakie...

    InsyaAllah. Semoga kita sentiasa sedar untuk tidak terus terlajak sekiranya tersalah arah. :)

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum kakcik

    moga kita tidak sia2kan kesempatan yang kita perolehi... insya ALLAH ~

    BalasPadam
  15. Amin!!! smoga masih ada masa kita perbaiki diri kita. Utamakan DIA dari segalanya sbb kita mnusia mmg slalu lupa :(

    BalasPadam
  16. Waalaikumsalam Kak Cik..

    Aminn..Moga apa yang diharapkan akan kesampaian..

    BalasPadam
  17. Amin....
    Moga diperkenankanNya...

    Moga kakcikS diberikan kesihatan yg baik..dan dilindungiNya selalu.....:)

    BalasPadam
  18. As-Salam Kakchik...

    Semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi kehidupan kita didunia ini...semoga kita tidak akan sekali-kali hanya memohon keredhaanNya bila musibbah melanda dan semoga kita tergolong dlm gologan insan yg tahu bersyukur...Tq kakchik kerana saling mengingati...

    BalasPadam
  19. amin ya rabbal a' lamin...

    pagi ni mampu tersnyum, menikmati segala nikmat Allah..
    mohon supaya hati tidak terlalu leka dengan nikmat duniawi ini..

    terima kasih kakcik..

    BalasPadam
  20. Insyaallah Kak Cik...sama-samalah kita perbaiki.

    BalasPadam
  21. Insya allah Moga tahun baru lebih baik Dari sebelumnya

    BalasPadam
  22. sama-samalah kita memperbaiki diri menuju kearah kebaikan....

    BalasPadam
  23. Sekarang saya berazam utk setiap hari perbaiki diri, tak perlu tunggu masuk tahun baru...hari2 kena muhasabah diri sebelum tidur.

    BalasPadam
  24. amin!

    ati ni pagi2 dah berangin
    dgn blogspot ni..
    asyik buat hal saje..buat n3 baru
    keluar separuh..nk edit tak boleh
    buat yg baru ..tak keluar langsung
    kat bloglist...

    sabar ati...muhasabah diri...

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Manje...

    kita manusia yang sering leka. Mudah2an kelekaan itu tidak berpanjangan hingga melalaikan tugas kita sebagai hambaNya. :)

    BalasPadam
  26. Sisdee...

    tanpa izinNya, kita tak akan ada apa2, kan? :)

    BalasPadam
  27. Adikku Tinie...

    semoga Tinie dan keluarga juga dirahmati Allah sentiasa. Sekolah dah nak buka ni. :)

    BalasPadam
  28. W/salam Eye-nee...

    itulah kelemahan manusia. Ingat padaNya hanya ketika bencana melanda. Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang sentiasa tahu bersyukur dalam apa keadaan juga pun. :)

    BalasPadam
  29. Kella...

    syukur Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan olehNya untuk kita menghirup udara dan melihat mentari pagi. :)

    BalasPadam
  30. Aju...

    InsyaAllah. Sama-sama kita doakan. :)

    BalasPadam
  31. ABK...

    semoga kita tidak mempersia-siakan kesempatan yang ada. :)

    BalasPadam
  32. Dr. Faiz...

    muhasabah sebelum tidur dan berazam untuk lebih baik sebaik bangun dari tidur. :)

    BalasPadam
  33. Ati...

    blogspot ni kadangkala pening juga. Mungkin sebab peminatnya dah terlampau ramai kot. :)

    Saboooo.... sabooo....

    BalasPadam
  34. semoga ada kesempatan untuk kita semua...amin...

    BalasPadam
  35. salam kakcik...
    moga hari ini dan seterus nya... lebih baik buat kita kan???

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com