Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 November 2011

PAD - pelan lokasi dan sedikit hal berkaitan...

Assalamu'alaikum...

Sebelum ini, Azie a.k.a Makcik Apron Merah ada mencadangkan tentang 'tanda nama'.  Bagaimanapun, setelah berbincang, kami (kakcik dan Azie) berpendapat adalah lebih baik semua yang datang hanya menggunakan masking tape  yang disediakan oleh Dato' LF untuk menulis sama ada nama blog atau nama sendiri.   

Setakat ini, kakcik masih memerlukan persetujuan tentang cadangan untuk membuat kutipan derma ikhlas seperti yang kakcik catatkan di sini.  Sekiranya ramai dari kita yang bersetuju (bukan paksaan, ya), bagaimana pula cara kita hendak menyampaikan sumbangan itu?  Adakah sesiapa antara kita yang berhubungan secara nyata dengan keluarga tersebut?  Mungkin PAKCIK GEDEK boleh menguruskannya?


Seperkara lagi, adakah sesiapa yang sudi menyumbangkan bekas makanan pakai buang?  Sekiranya tiada, tidak mengapa.  Kakcik akan menguruskannya nanti, InsyaAllah.


Jengah-jengahlah sama CATATAN DATO' LF INI tentang apa sebenarnya yang ada di minda beliau untuk sama-sama kita renungkan dan berikan pandangan.


Sekian, terima kasih.


 Salam Bersambut, Ukhwah Bertaut.





11 ulasan:

  1. SALAM,
    TKASIH KAKCIK KERANA WAR-WARKAN.

    BalasPadam
  2. Tiada masalah langsong bagi saya untuk menyampaikan nya... saya terima tusan tu.

    BalasPadam
  3. Terimakasih KAKCIK. Lega hati saya Kakcik telah mewar-warkannya.

    UNCLE GEDEK, terimakasih terima tugasan tu ya. Nanti sampaikan jangan terkurang, berlebih takpa!

    hahahahaahaha!

    lariiiiiiiiiiii....!

    BalasPadam
  4. teringat sajak ini:

    pertemuan berlaku
    di penjuru mataku
    yang 'rindu'
    lalu membiru...

    BalasPadam
  5. saya setuju dgn cadangan guna masking tape..kalau nk kenal2kan nama ni segan juga rasanya.
    tentang derma ikhlas tu eluk rasanya dikutip semasa pertemuan tu..

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik..

    maaf bebanyak, tak sempat lagi nak poskan barang tu... hujung minggu padat dengan aktiviti.

    Blog Nida akan bertukar dari radinsah.blogspot.com ke http://ucualong.com

    BalasPadam
  7. salam singgah...sedia dan setuju utk menderma..insya Allah.

    BalasPadam
  8. salam kakcik,
    kalau belum ada yang nak sumbang bekas makanan pakai buang, biar kakpah lah yang sumbang. Rumah kakpah pun dekat dengah rumah lf. Nanti boleh kakpah hantar sebelum majlis perjumpaan.

    BalasPadam
  9. terima kasih di atas sumbangan tuan/puan untuk Hope2Walk. Allah memberkati kalian. Encik Gedek dah sempurnakan tugas beliau.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com