Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 November 2011

Lebuhraya LEKAS...

Gara-gara hendak merakam gambar-gambar ini, ada ketikanya aku membuka cermin tingkap.  Bau yang sangat 'menusuk kalbu' sehingga suamiku kata 'rosak paru-paru'nya tiba-tiba menyerbu masuk!  Bagaimanapun, menggunakan lebuhraya ini memang agak menjimatkan masa.











Kanda AL, saya sudah melalui Taman Lavender Height, nampak pintu masuknya yang berpengawal dan tangki airnya yang besar itu tapi saya segan hendak bertanya sama ada saya boleh singgah atau tidak! (~_~)


24 ulasan:

  1. kalau tak mulakan singgah, sampai bila-bila pun perasaan segan itu akan ada.

    memang kat LEKAS itu ada satu tempat yang baunya cukup memualkan. tapi sampah siapakah itu, kalau bukan dari kita kan !

    BalasPadam
  2. bau dari ladang penternakan ayam ado gak...!
    samapi ko tokak bau ea...huhuh!!
    klu lalu kat situ,kaklong dan suami selalu sakat anak2.."hah,sape kentut ni?"
    hehehehe!

    BalasPadam
  3. Kanda AL...

    satu hari nanti, saya akan singgah juga (kalau segan sangat, saya pakai purdah untuk tutup muka!) :)

    Bau sampah rupanya, tapi tak nampak pun longgokannya.

    BalasPadam
  4. kaklong...

    sepanjang jalan, tak habis suami membebel sebab kakcik buka tingkap! ;-)

    BalasPadam
  5. bujal...

    macam-macam nama lebuhraya ada sekarang ini. :)

    BalasPadam
  6. udara pagi yang segar di cemari dengan bauan harum semerbak... huhuhuhu

    BalasPadam
  7. selamat pagi kak cik,

    bau apakah itu?? bau getah, bau sampah, bau kelapa sawit atau bau longkang kak...

    BalasPadam
  8. eelobor...

    kalau tengah makan, mahu terus hilang selera! ;-)

    BalasPadam
  9. Selamat pagi Amy...

    kakcik ingatkan bau dari longgokan pokok sawit yang hendak dimusnahkan, tapi kalau ikut apa yang Tuan AL taip tu, itu adalah dari bau sampah. :(

    BalasPadam
  10. LEKAS dekat dgn rumah aina. sejak dibuka sekali je lalu situ utk ke kuala pilah...

    BalasPadam
  11. Kakak suka gambar yg kakcik snap. Mendamaikan...

    BalasPadam
  12. lebuhraya lekas tu ada dekat
    ampang ke kakcik..?

    maklumlah ...kita ni org kampung
    tak tau..huhu~

    BalasPadam
  13. Aina...

    kakcik lalu ikut jalan tu pada hari Ahad lepas. :)

    BalasPadam
  14. Kakzakie...

    awan gemawan sentiasa menggamit perhatian kakcik. :)

    BalasPadam
  15. Ati...

    LEKAS itu adalah singkatan untuk LEbuhraya KAjang Seremban. :)

    BalasPadam
  16. LEKAS itu maksudnya cepat kalau tak silap. hehe

    BalasPadam
  17. eLL...

    betul juga, lekas itu sama ertinya dengan cepat. :)

    BalasPadam
  18. kakcik, bau sampah tu memang semerbak kat area tu sehingga la ke semenyih... agaknya sebab ada incinerator kat area semenyih kot... saya dah mangli ngan bau sampah ngan bau ayam.. sib baik hari tu gi umah kakcik bau tak lekat.. ke lekat??? hihi..

    BalasPadam
  19. Anaa...

    amboiiii.. melampau sungguh kata bau sampah melekat kat badan waktu datang rumah kakcik! Tergelak2 kakcik baca kenyataan tak hengat Anaa tu! :)

    BalasPadam
  20. kak chik ni penyegan jugak orangnya ye.cik ina lagi lebih skit penyegan.kui kui kui

    BalasPadam
  21. Cik Ina...

    kakcik ini memang sangan penyegan orangnya! (bagi orang Perak, penyegan itu adalah pemalas, tapi kakcik bukan pemalas...hehehe...) :)

    BalasPadam
  22. belum pernah lagi buka tingkap masa lalu LEKAS..suami saya tak bagi..mungkin takut isterinya terbang sbb kurus sangat.. hehehe..

    BalasPadam
  23. Rai...

    amboiii... takkan sampai boleh terbang keluar tingkap kot! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com