Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 November 2011

Tarikh pertemuan seterusnya...

Kakcik,
Taman Kencana, Cheras.
Oktober 2011.


Kepada : 

Kawan-kawan, Adik-adik dan Anak-anak yang dikasihi.


 Perkara :  Tarikh dan masa untuk pertemuan seterusnya.


Adalah dengan  hormatnya saya merujuk semula kepada CATATAN YANG INI.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa penganjur pertemuan yang seterusnya iaitu Yang Berbahagia Dato' LF  telah mencadangkan agar perhimpunan dibuat di rumah beliau seperti alamat, masa dan tarikh yang berikut :

 Alamat :  Bandar Baru Bangi 
                (alamat penuh akan dinyatakan kemudian)

 Tarikh   :   18/12/2011

 Masa    :  Jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

 Konsep : Bawa makanan masing-masing untuk dikongsi bersama. 

 3.  Walaubagaimanapun, Ybhg. Dato' ingin meminta pendapat dan pandangan dari anda sekalian tentang tarikh dan masa yang telah beliau cadangkan tersebut.  Sebarang cadangan dan pendapat bolehlah dikemukakan di blog ini atau di blog Dato' LF  sendiri.

4.  Segala kerjasama yang bakal diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  Semoga apa yang dirancang, akan menjadi kenyataan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

5.  Kepada yang sudi untuk menghadirkan diri, sila isikan borang kehadiran di atas blog ini atau di blog YBhg. Dato' sendiri.


Saya yang diamanah untuk mewar-warkan;


48 ulasan:

  1. SALAM,
    TARIKH ASAL YG DIWAR2KAN 25 DIS 2011. ADA PANDANGAN MENYATAKAN TARIKH TERSEBUT BANYAK KENDURI KAHWIN. MASA PERJUMPAAN JUGA DICADANGKAN DIAWALKAN KERANA SEBELAH PETANG BIASANYA HUJAN. JADI DISARANKAN PERJUMPAAN BERMULA SEBELAH PAGI JAM 10 HINGGA 3 PETANG. APAPUN, TERSERAH KPD PANDANGAN PARA SAHABAT YG SEKALIAN. LF MEMBILANG HARI UTK BERTEMU RAKAN2 SEMUA

    BalasPadam
  2. 18hb? Tarikh sy akan memulakan tugas di Kota Bharu kalau mengikut perancangan Media Prima :(

    BalasPadam
  3. moga harapan mulia terlaksana jua..
    insyaAllah...

    BalasPadam
  4. teman 18 takdak meksalah. kalo 17 meksalah.. tapi ikut je le mane2.. akan teman usehekan dtg.. kalo ade jodoh ye.. :)

    BalasPadam
  5. saya tengok dulu tarikh tu tembung tak dengan larian/family plan.

    BalasPadam
  6. kalau saya tak kawin pada tarikh tu insyaALlah saya datang. heheh~

    BalasPadam
  7. sabo jer GB neh..ahahah... cian si Ibu Muda sudah d klate...hmmm... waktu tuh kalo kasi lewat sket...errmmm.. takot ujannn...hmmm... tiada idea bernas ehh..huhhuuh

    BalasPadam
  8. bagi orang anak berderet macam
    ati ni kena ikut jadual kerja
    hubby dulu :)

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Selamat berkumpul lagi. Tapi kalau tanya, semua org akan ada sebab atau appointment memasing. Buatlah apa yg patut! Semoga ikatan ukhwah akan terjalin!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,
    Waaaahhhhh seronoknya. Dah kat bangi tu, dekat dengan rumah saya tapi...masa tu tak ada lah pulak di Bangi. Macam teringin juga ikut serta

    BalasPadam
  11. I am bangian.. Insya Allah will come!!!
    Saya rasa 24 atau 25 atau 26 Disember juga tarikh yang sesuai tapi saya menyokong keputusan sebulat suara

    BalasPadam
  12. "insyaallah kalau tkde apa aral teringin nak join..hari tu tk dapat..."

    BalasPadam
  13. saya baru je komen kat n3 dato uncle. insyaAllah... cuba cari jalan nak join kalian semua. 18 dis tu beday adik bongsu saya, kalu ada xtvt keluarga, saya cuba alihkan masa ke sebelah mlm

    si bujal tu awal2 dah booking menu yang sama... caiyok lah

    BalasPadam
  14. insya Allah.. saya nak join!! hehe teringin nak jumpa para para blogger..

    BalasPadam
  15. FARA jum kita gathering, ada gak cik ina kawan cam berminat je ngan tarikh tu.InsyaAllah.

    BalasPadam
  16. InsyaAllah saya join. Tarikh dan waktu tu so far tak da apa-apa lagi. Will block the date for this event.

    BalasPadam
  17. wahh.. kakcik siap buat surat rasmi gitu! hehe

    BalasPadam
  18. takpe, ada sebulan lg boleh fikir..haha

    BalasPadam
  19. acu insyaAllah selamat landing kat bumi Malaysia pada tarikh tu...
    kalau sempat insyaAllah acu join :)

    BalasPadam
  20. 18/12 eh
    ohsemmmm hahahahaha
    cam nk join..tp takut last minit xjd..
    papepun kalo last minit join x bw makanan xpe kan kan kan hehehe..
    nti akan diupdate

    BalasPadam
  21. insyaallah..so far saya free lagik time tu..

    BalasPadam
  22. tengah cari entri pertemuan yang lepas.... kat mana nak klik ???

    BalasPadam
  23. dwaty...

    taip sahaja 'pertemuan blogger' di ruangan 'search' di sebelah kanan (bawah) blog ini. :)

    BalasPadam
  24. bandar baru bangi?? dah dekat dah tu... erm....

    BalasPadam
  25. dah isi borang..insya allah kali ni tak nak terlepas peluang join..

    BalasPadam
  26. Saya tak boleh join kak. Bawak anak2 bercuti masa tu..

    BalasPadam
  27. Hari gathering tu baru saya jawab, boleh tak?

    hehe

    BalasPadam
  28. Gedek...

    bolehhhhhh... (dengan jawapan yang positif, kan?) hehehe...

    BalasPadam
  29. Tak aper aral melintang, akak akan join in tapi nak bawa aper utk portluck kemudian baru nak fikir..

    BalasPadam
  30. salam..insyaalah sy n family join..moga program sukses dan mendapat keberkatan Allah swt.

    BalasPadam
  31. insyaallah kakpah join kalau tak da hal lain. Rumah pun kat lorong sebelah jer..

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum Kakcik,

    salam perkenalan, insyaAllah saya akan join bersama suami, PCL.
    semoga sukses jg.

    BalasPadam
  33. mmm...
    mula2 kan, sy kene tanya dgn en hubby dulu, kl dia OK, sy pun OK...heheheh

    wah, kat umah dato ye...kl umah sy kan, agak2 sape laa yg dtg ek...heheheh

    BalasPadam
  34. InsyaAllah, klu takde aral melintang boleh join sama.. dah dekat sgt dgn rumah tu..

    BalasPadam
  35. salam ziarah..rasa nak join tapi tarikh yang di cadangkan itu memang penuhlah.

    BalasPadam
  36. kak ina...

    terima kasih kerana sudi singgah. Mungkin tiada rezeki kita nak bertemu di waktu itu. :)

    BalasPadam
  37. wahhhh macam best jerkk...teringin nyer nak menjoinkann diriiii nehh...

    BalasPadam
  38. hakak CNN...

    bolehlah isi borang kat atas tu. :)

    BalasPadam
  39. as'salammualaikum kak ,

    bestnya la kak , rasa macam nak cari tiket flight pergi k.l untuk join perjumpaan nie..

    BalasPadam
  40. Amy...

    kalau Amy rasa boleh datang, datanglah. Mesti meriah. Yang penting Amy mesti betul-betul dah sihat, ya. :)

    BalasPadam
  41. Salam kak Cik,

    Kalau beri jawapan last minute boleh tak, 16 Dec tu saya ada kat KL, boleh stay sampai 18 Dec, ralat juga kalau tak join ni...

    BalasPadam
  42. W/salam Lipislady...

    tentu sahaja boleh. Masa di rumah kakcik tempohari, ada yang telefon beritahu nak datang pada hari kejadian dan ada yang datang tanpa berikan pengesahan pun. Memang sangat seronok bila dah dapat bertemu. Datanglah, jangan segan2. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.