Kawan-kawan kakcik

Isnin, 31 Oktober 2011

Selepas 3 tahun, dia dijemput kembali...

Satu kebetulan - pagi semalam, selepas aku membuat catatan ringkas yang terselit perkataan kematian, telefon suamiku berdering.  Kerana suami berada di dalam bilik air, aku menjawab panggilan itu.  Satu suara yang berselang esak tangis, membawa khabar duka 'sahabat karib suamiku sedang tenat'.

Suami meminta aku bersiap-siap kerana kami akan terus ke Melaka.  Setelah adik iparku tiba, kami bertiga terus bergerak ke selatan.  Ketika dalam perjalanan, satu panggilan lagi diterima yang memaklumkan sahabat kami itu telah pun kembali ke rahmatullah. 

Aku agak pelik dengan gaya pemanduan suamiku pada kali ini.  Langsung tidak tergesa-gesa mahupun memandu dengan kelajuan melebihi 110km/j.  Mungkin dia sedang melayan perasaannya bila kehilangan seseorang yang agak akrab dengan kehidupannya.  Cuma kesedihannya kelihatan terhambur bila dia memeluk ibu sahabatnya itu.

Tiga tahun sahabat berkenaan terlantar akibat barah usus - di rumah dan keluar masuk hospital, menjalani rawatan kimoterapi, berbekal ubat-ubatan - akhirnya dia pergi juga menemui Maha Pencipta.  Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.  Al-Fatihah.


Pertemuan pada Syawal lepas

Ambillah kematian itu sebagai satu iktibar bahawa kita akan ke sana juga.

Segalanya akan kita tinggalkan juga.

Pergimu ditangisi.  Semoga ada doa ikhlas yang mengiringi.

Selamat jalan.  Setiap kita adalah hakmilik mutlak DIA Yang Menjadikan.

Bersemadilah dengan aman bersama rahmat dan kasih Ilahi.



23 ulasan:

  1. alfatihah.semoga ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailaihirooji'un... Dari DIA kita datang dan kepadanNya jugalah kita kembali.

    BalasPadam
  3. jagan kita meminta untuk mati,kerana dibenci olah NYA..
    tapi kita disunatkan mengingati mati,kerana itu adalah takdirNYA...



    ALFATIHAH...

    BalasPadam
  4. semoga rohnya dicucuri rahmat....

    saya baru ke kawasan dalam gambar kakcik tu minggu lepas...

    BalasPadam
  5. Al Fatihah ....

    kami pun masih bersedih atas kehilangan dankembalinya saudara terdekat ...

    BalasPadam
  6. al-fatihah. moga roh aruah bibariskan bersama golongan yang beramal soleh. amin

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnailaihirooji'un...

    dan Alfatihah.

    Takziah pada keluarga arwah

    BalasPadam
  8. al-fatihah...semoga dipermudahkan segala urusannye disana...

    BalasPadam
  9. al fatihah semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

    p/s; syukur alhamdulillah kerana masih di beri kesempatan untuk bernafas...

    BalasPadam
  10. dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....

    BalasPadam
  11. Al Fatihah buat arwah sahabat abgmus & salam takziah buat keluarganya..

    BalasPadam
  12. Al Fatihah....


    Betulla kak...
    suami saya pun macam tu..
    Ada sekali kami dapat berita kematian ayah angkat dia...dia takde drive laju2 macam biasa...tp nampak air mata bergenang..

    BalasPadam
  13. al-fatihah...

    tiada kata yang mampu diucapkan, buat semua kaum keluarga aruah...salam takziah...

    BalasPadam
  14. alfatihah buat arwah

    barah usus ye kakcik? nenek wani pun hidap penyakit yg sama...awal 90-an dulu doktor sahkan dia boleh hidup tak lebih dari 10 tahun. tp alhamdulillah...kuasa Allah...dah hampir 20 tahun berlalu, nenek masih survive walau ususnya dikhabarkan hancur...tak berfungsi...

    doktor kata sbb dia jenis kuat semangat dan kuat melawan sakit...

    BalasPadam
  15. salam takziah buat keluarga arwah sahabat husband kakcik tu..

    al-fatihah

    semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin!

    BalasPadam
  16. al fatihah...
    kakcik...
    kdg2 kita tau mati itu pasti tapi kl sy ni, buat2 mcm tak tau aje...amalan pun ntah ke mana...ntah cukup ntah tidak...huhuhuhu....

    entry kakcik buat sy seram pun ade...huhuhu

    BalasPadam
  17. semoga arwah ditempatkan dikalagan orang-orang beriman. Amin.

    salam takziah tuk keluarga arwah.

    BalasPadam
  18. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..

    BalasPadam
  19. Al Fatihah..

    Pesan kepada family/waris kawan suami kakcik tu, sila pergi screening andai ada simptom2 awal barah usus, sebab barah usus ni ada faktor keturunan/genetik.

    Barah usus andai di kesan awal, boleh sembuh sepenuhnya. Byk kes yang saya jumpa lambat detect.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com