Kawan-kawan kakcik

Isnin, 31 Oktober 2011

Sembang-sembang bersama seorang teman...

...setakut mana pun kita pada kematian, ia tetap akan datang juga.  Tiada apa yang dapat membantu kita di sana kecuali ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah serta doa dari anak yang soleh - peringatan untuk diriku sendiri...

Sewaktu ke Melaka semalam, aku bertemu dengan seorang kenalan wanita (kebetulannya, selain dari ahli keluarga Allahyarham sahabat suamiku itu, tiada orang lain yang kukenali di sana selain sepasang suami isteri yang juga sahabat suamiku sejak zaman persekolahan).  Disebabkan suami kami telah bersahabat sekian lama, secara tak langsungnya kami juga menjadi kawan walaupun tidaklah begitu rapat atau mengenali secara mendalam.

Wanita ini adalah seorang saudara baru.  Walaupun suaminya tergolong dalam golongan orang senang/berada, tapi mereka sedang diuji oleh Allah SWT apabila siisteri dikesan menghidap penyakit barah payudara tahap kedua.

Beliau menceritakan pengalaman dan kesakitan yang dilaluinya kepadaku.  Tentang kemoterapi, tentang tekaknya yang kering, tentang rambut yang kian gugur juga tentang rasa kebas. Telah tiga sessi kemoterapi yang dilaluinya, dan masih ada lagi tiga sessi yang perlu dibuat.  Walaupun doktor mengatakan kuman-kuman barah tiada lagi dalam tubuhnya, tapi seperti katanya 'sakit kita hanya kita yang tahu'.

Lalu kukatakan kepadanya (amboiii... mengalahkan pakar motivasi pula aku ini), sakit itu adalah satu kelebihan yang Allah bagi pada kita.  Membuatkan kita akan sentiasa ingat kepadaNya.  Jangan sesekali mempersoalkan kenapa Allah beri sakit kepada kita, bukan kepada orang lain.

Bila kita sakit, jangan pandang orang yang sihat, sebaliknya pandanglah kepada mereka yang lebih derita.  Setidak-tidaknya kita sakit tapi kita berkemampuan mencari ubat yang terbaik, punya keluarga yang sentiasa sayang dan mengambil berat.  Bagaimana dengan mereka yang diduga dengan kesakitan dan tiada pula punya semua kemudahan dan lebih perit tiada pula ahli keluarga yang sudi bersama.  Kita kena sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan diri kita sendiri.

Katanya lagi, bila ada rakan-rakan bertanya khabar, dia merasakan masih ada harapan buatnya.  Bila tiada yang bertanya, hidupnya terasa bagaikan tersisih dan sunyi.  Seperti satu ingatan buatku, agar tidak melupakan kawan-kawan yang berjuang dengan kesakitan.  Bukan niat kita sebenarnya untuk melupakan, tapi kekangan-kekangan masa dan pelbagai hal lain membuatkan kita leka.

Pernah juga katanya, ingin sahaja mengasingkan diri dan enggan keluar lagi - tapi, itu tidak akan memberi apa-apa kebaikan.  Lalu, redholah dengan ujian dan terus mendekatkan diri dengan Tuhan Yang Satu, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Gambar sekadar hiasan - tiada kena mengena dengan catatan. Sebenarnya
dalam perjalanan pergi dan balik Melaka, kami terserempak dengan konvoi
kereta  antik seperti yang dinyatakan dalam berita ini.


20 ulasan:

  1. SALAM,
    ALLAH UJI KITA BERMACAM CARA ... SENANG DAN SUSAH. REDHA DAN BERUSAHA DAN BERTAWAKAL. MOGA YANG BERKENAAN KEMBALI SIHAT

    BalasPadam
  2. macam yg kakalong selalu ckp,ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  3. Ada satu kakak tinggal satu taman dgn kakak dah tak kerja kena breast canser sejak mula mengandung anak 5 tahun kini almost bebas dari sakit itu. Anak yg satu-atunya dia ada dah kahwin pun (sekarag 26 tahun anak itu). Bermakna 21 tahun kakak itu menanggung. Tapi sejak tahun lepas dia dah tak perlu kimo lagi...

    BalasPadam
  4. Kakcik,

    Org kata, berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul. Tapi apa daya kita selain memberi semangat dan galakan.

    Kan?

    BalasPadam
  5. lain2 org lain dugaannya, smg dikuatkan hati dan tabah menempuhinya

    BalasPadam
  6. Ya Allah... besar juga ujian yang terpaksa di hadapinya. Semoga terus tabah & sabar serta redha menerima ujian daripada Allah

    BalasPadam
  7. saya dulu nyaris2 nak kena kimo....

    Alhamdulillah terlepas...

    BalasPadam
  8. kadang2 saya rasa rawatan kimoterapi ni sangat merbahaya.. sbb sejak saya ikut kelas kesihatan ni ada seorang doktor lebih mengesyorkan rawatan dengan pemakanan dan supplementation.. tapi rawatan mcm ni bukan semua org boleh terima sbb kena ada effort..berbanding kimoterapi..

    saya suka mengingatkan org tentang cegah sebelum terlambat..bila dah kena duit banyak pun tak guna..

    BalasPadam
  9. Ujian Allah SWT pada tiap hambaNya. Moga kawan Kakcik tu semakin kuat hari demi hari.

    BalasPadam
  10. kak chik..
    entri ni buat saya rasa sedih la.
    YaAllah..lindungi lah kami semua dr penyakit merbahaya.amin

    BalasPadam
  11. bila sakit, baru kita sedar betapa nikmatnya kita sihat sebelum ini...

    BalasPadam
  12. um suka ayat kak cik tu... bila kita sakit jgn pandang orang yg sihat tapi pandanglah org yg lebih menderita... betul ler tu...

    Allah takkan bagi kita ujian sakit itu kalau kita tak mampu menanggungnya ~

    BalasPadam
  13. ujian dari Allah, tak semestinya dgn penyakit aje kan

    BalasPadam
  14. kadang2 kita memang selalu lupa oleh itu Allah berikan rasa sakit atau sedikit kesusahan spy kita sentiasa ingatkan...

    BalasPadam
  15. kadang2 tu bila kita di uji..
    hikmahnya kita lebih dekat dengan NYA
    lebih tenang di jiwa ...

    BalasPadam
  16. kakcik
    kalau kita sakit,pandang yang lebih sakit, jangan pandang orang yang sihat
    kalau kita hodoh,pandang yang lebih hodoh, jangan pandang orang yang cantik
    kalau kita miskin,pandang yang papa, jangan pandang orang yang kaya.
    Tapi kan...
    kalau kita tak beriman,kalau kita tak pandang orang yang beriman...tentu lagi buruk akibatnyakan.

    BalasPadam
  17. terima kasih kakcik..
    tulisan kakcik sentiasa menyedarkan saya..kerap diuji kerana Allah sayang pada kita dn pasti ada hikmah yg menunggu..sentiasa berbaik sangka dengan Allah dan sentiasa melihat ke bawah juga ujian yg lebih besar yg Allah beri pada insan lain...daripada kita yg sebesar hama cuma..

    BalasPadam
  18. kakakku kakcik..
    saya cukup berpengalaman dgn menjaga penyakit cancer..

    atuk isteri barah paru2...meninggal
    nenek isteri barah hidung...meninggal
    mertua[anak tunggal] barah rahim stage 4.. alhamdulillah, berkat sabar kini dia pulih..
    isteri saya anak tunggal..moga Allah lindungi dia hendak-Nya..di hati saya penuh kerisauan..

    BalasPadam
  19. saya juga pesakit BC stage 4,doakan saya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com