Kawan-kawan kakcik

Ahad, 30 Oktober 2011

Saat bersendirian...

adakah teringat pada kematian
atau selesa melayan perasaan
mungkin juga tenang bersama kesunyian
 bagai hidup tak perlukan teman
Bila kaku begini, tiada apa mampu dilakukan lagi.  Mata terbuka bukan bermakna sedang memerhati.

nota hati lagi : jangan lupa kemungkinan untuk kita bertemu lagi. Andai rasanya akan hadir, isilah borang kehadiran di atas sana, ya? :)

18 ulasan:

  1. apb ku bersendirian, macam2 yg kita fikirkan yee....yng suka, duka..semua dah ditempuhi..

    BalasPadam
  2. SALAM,
    KITA DIGALAKKAN OLEH AGAMA KITA MENGINGATI MATI. BUKAN BERERTI KITA LUPAKAN SAMA SEKALI SOAL2 KEDUNIAAN. ADA PERKARA KEDUNIAAN YG BOLEH MEMBERIKAN GANJARAN DI AKHIRAT NANTI. WALLAHUA'LAM

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..
    cheqna selalu ingatkan diri agar mengingati kematian....

    BalasPadam
  4. ingat mati selalu, insyaAllah mesti takut nak buat dosa.

    BalasPadam
  5. saya tak boleh sendirian kak. Mau saya menangis jee... Haru...

    BalasPadam
  6. saya kalu dok sendiri selalu piki pasal mati ni tau kakcik..sebab mcm la kite kat alam kubur nnt...

    tetiba rase insaf ni..

    BalasPadam
  7. sebelum tidor selalu terpikir akan bangunkah saya esok hari dan teringat terlalu byk dosa yg dh dibuat. huhu. semuga kita meninggal dalam iman dan ditemani teman yg baik dlm kubur nanti

    BalasPadam
  8. kekadang diri ini insaf ketika teringat masa kematian di kala keseorangan. lepas tu mula lupa diri balik.... Na'uzubillah

    BalasPadam
  9. meh nak citer satu rahsia kat kakcik (pasni dah bukan rahsia la.. hehe)
    hujung tahun lepas, saya selalu rasa mcm dah dekat nak mati. sampai nanges2 kat husband. masa tu takut & sedih giler. tak sanggup nak bayangkan anak2 tanpa mummynya.
    alhamdulillah, masih dipanjangkan usia hingga skrg. tp, perasaan tu sedikit sebanyak ada juga mengubah hidup saya :)

    BalasPadam
  10. uikkk...dekat dah ni...bandar baru bangi....ahakz

    BalasPadam
  11. ohoh! pengenalan karangan yg mendebarkan....

    BalasPadam
  12. masa tu saya sudah bercuti nun jauh di sana...hehehe
    harap ada kesempatan lagi di lain waktu..
    teringin mengenali kakcik lebih dkt

    BalasPadam
  13. insya Allah.. sentiasanye mengingatkan diri + femili yg mati itu pasti.

    kakcik.. name blog tu alamat blog ek? ke namenye je?

    BalasPadam
  14. sori ye teman tekan 'submit' tu byk kali juge hehehe.. kalo tak keluor kabor tau!

    BalasPadam
  15. fikir gak, tapi kekadang rasa takut amalan tak cukup lagi. setiap hari berusaha jadi insan yang baek dan mengingati Allah SWT selalu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com