Kawan-kawan kakcik

Ahad, 5 Jun 2011

The Tip Of Borneo ...

Aku akan mencatatkan pengalaman perjalananku sewaktu mengikuti program Integrasi Nasional Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selama seminggu pada 26/5/2011 hingga 1/6/2011 tidak secara berturutan.  Sebaliknya, apa yang kucatatkan adalah apa yang terlintas untuk kuceritakan.

Tip Of Borneo adalah satu tempat yang sangat menarik untuk dilawati.  Terletak di Kudat, di dalam peta kelihatan ianya berada betul-betul di hujung tanjung.  Tempat pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu.  Ianya tidak (atau belum?) tercemar oleh kedurjanaan manusia yang suka merosakkan keindahan alam.  Sangat berangin sehingga badanku yang seberat guni beras 100kg ini hampir tumbang (nasib baik tidak terbang) dibuatnya!


Gambar dari album Pakcik Google yang telah kutandakan
Seterusnya, layan gambar sahajalah.... Oleh kerana aku dan suami menaiki van yang turut disertai oleh urusetia dari Sabah, tiadalah gambar peserta lain dapat kurakam kerana mereka sampai kemudian...













16 ulasan:

  1. besttnya kak cik..

    yg menjadi best saya tgk sb baru sat kwn saya yg melancong ke sabah..ada oplod gmbr dia dan famili bergambar kat TOB ni..kat batu bulat gmbr first dlm blog kak cik nih..hehhe

    saya pun ada plan gak nk g jln2 kat saba..tggu hujung thun dan masa AA buat promo..hehee

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..kak cik kerap berpeluang meluaskan pengalaman di tempat org..ida dan yg lain2 yg tk pernah kesana dapat berkongsi keseronokan dgn cerita kakcik..dan gambar2 yg diabadikan sgt menarik...

    BalasPadam
  3. teringin ke sana..kawan2 selalu cerita

    BalasPadam
  4. kakcik.. teringin saya nk ke TOB tu.. bley la nnt posing mcm kakcik. hehe.

    BalasPadam
  5. Selagi terdaya dan kesihatan mengizinkan, pergilah berjalan KakCik. Apatah lagi peluang diberi bersama suami..

    Seronoknyaaaaa....


    Asal JumAAt jer, Sedekah Pisang...

    BalasPadam
  6. wah bestnya..

    kakcik, memula saya ingat Tip (panduan ke borneo) hehehe.

    BalasPadam
  7. best kan kakcik kat sini. saya suker giler tempat ni sampai header blog saya letak gambar kenangan kat sini

    BalasPadam
  8. SN...

    kena rajin buka website AA tu - kadang2 tanpa promo pun ada tambang murah. Boleh tempah cepat2, hujung tahun musim cuti ramai yang nak terbang. :)

    BalasPadam
  9. Ida...

    kakcik pun tumpang program suami. Kalau tidak, mungkin tak merasa juga nak jalan2 ke tempat macam tu. :)

    BalasPadam
  10. IS...

    ada peluang nanti, mesti boleh pergi. :)

    BalasPadam
  11. zeq...

    kalau jalan kaki, tak sampai. :)

    BalasPadam
  12. Cyana...

    pasti Cyana akan sampai juga nanti. :)

    BalasPadam
  13. Azie...

    Abg Mus pun cuma ada 4 tahun lebih sahaja lagi (InsyaAllah) untuk buat kerja2 macam tu (kalau tidak ditukarkan), Alhamdulillah, kakcik turut mendapat peluang mengikutinya. :)

    BalasPadam
  14. AzMask...

    Tip tu penghujung tanjung, kot. :)

    BalasPadam
  15. Niez...

    kakcik pun nampak gambo header Niez kat tempat tu. Cantik tempatnya, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com