Malam itu semua peserta dan urusetia menghadiri malis perkahwinan di sebuah rumah penduduk kampung. Atas alasan-alasan tersendiri, aku tidak menyertai mereka. Tinggal sendirian di chalet Mimpian Jadi Resort, tiba-tiba lampu terpadam di seluruh kawasan. Padan muka aku. Walaupun sedikit menggelabah, aku terus menelefon suami. Suami menyuruh aku keluar ke kawasan kolam renang yang terletak bersebelahan chalet tempat kami menginap. Nak keluar macamana? Suasana gelap gelita. Mujurlah keadaan itu tidak lama.
Kemudiannya perut terasa lapar. Aku ke restoran resort untuk mengisi perut.
Inilah yang kumakan - nasi goreng dan milo ais (RM14.50 - bagiku ianya mahal!). Macamana pun, blog tetap 'diintai'. |
Saja suka nak bergambar kat sini... |
memang mahal sgt tu kalo rm14.50, tak padan kan, sedap tak nasi goreng tu ?
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamnasib baik kak limah tak keluar gelap2 tu ye kakcik..haha
Wahh bestnya, hp boleh masuk blog. Hp saya hanya lepas FB jer. Blog tak view. Kakcik elok guna IPad sebab selalu travel... Leh tengok blog 24/7.. hehehehe
BalasPadamKerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...
makanan kat kawasan2 mcm tu memang mahal. walaupun harga mencekik kalau dah lapar...makan jelah kan...rasa kak chik masak lagi sedap kots? hihi
BalasPadamsekarang nie mmg musim kenduri....
BalasPadamkak...... semoga semuanya sejahtera ya
PS; mmg mahai gile, di CR, nasi goreng dan milo ais, rm 5..
makan dua tiga kali tu kalau kat warung
BalasPadammahalnya kak chik, kalau kat sini tak sampai RM10.
BalasPadamSue...
BalasPadamsekadar untuk meredakan perut yang lapar, ok la. Alhamdulillah, masih mampu makan. :)
w/salam kakpah...
BalasPadammujur kakcik langsung tak teringat pada kak limah, kalau tidak mahu keras kakcik kat situ! :)
Azie...
BalasPadamteringin juga nak dapatkan iPad tu, tapi buat masa ni, kakcik hanya mapu beli pad tanpa i je.. hehehe...
Eri-chan...
BalasPadamkalau sendiri masak, nasi gorang dengan cili api danh ikan bilis pun sodap. :)
Ayu...
BalasPadamlapar punya pasal, pejam mata ajelah.. :)
IS...
BalasPadamkalau kat pejabat kakcik, dengan harga sebanyak itu boleh dapat sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang...
Cik Ina...
BalasPadamada makan percuma (rumah kenduri kahwin), kakcik tak pergi. Jadi mahu tak mahu terpaksalah keluar belanja untuk mengisi perut. :)
mak oii kak.....tgk blog dari henset jerk....kitanya tak leh aaaa...henset koman....ahakz
BalasPadamjeBateja...
BalasPadamsetakat tengok je. Nak buat catatan atau nak balas komen, belum pandai! :)
Memang mahal sangatlah kakcik. Setakat nasi goreng dan air milo. Mungkin kerana tempat itulah yg jadi mahal...
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamkalau tak kerana perut yang menjerit minta diisi, mungkin kakcik pun tidak akan memesan makanan itu (maklumlah walau bagi orang yang 'berada' apa sangatlah nilai RM14.50, tapi bagi kakcik - nilai itu sangat besar).
mahlanya harga nasik goreng tu!
BalasPadamiols teka - sebab tu adalah resort berbintang2 maka harganya mahal..!
hiks
miloais...
BalasPadamrasanya, resort tu tak banyak bintang tapi mungkin disebabkan kedudukannya 'agak jauh'...
KakCik
BalasPadamWaaah, jauh perjalanan ...
Berinternet dari hp mmg best tapi pedih mata juga dan tak syok nak tulis panjang2 almaklum jari jemari amat gebu kalau dibandingkan dgn keypad hp yg cenonet tu.
CS...
BalasPadamsementara orang nak bawa, merasalah jejakkan kaki... :)
Nak membaca pun terpaksa minta bantuan cermin mata, tak nampak kalau tanpa bantuan. :(