Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Jun 2011

Cocoa Boutique, Kota Kinabalu...

... adalah cawangan Cocoa Boutique (klik untuk maklumat lanjut) yang ketujuh di Malaysia. Terdapat lebih dari 300 jenis coklat yang dihasilkan oleh Cocoa Boutique ini.  Antara coklat istimewanya ialah coklat berperisa kari - mula-mula makan memang terasa manis dan kemudiannya akan terasa pedas di hujung lidah.  Yang tak tahannya, harga coklat di sini bagiku tersangat mahal.  Hairan juga, para peserta mungkin membawa wang yang sangat berlebihan sehingga di mana sahaja singgah, pasti mereka membeli.  Aku hanya membeli sebungkus coklat seberat 80gram dengan harga RM49.50 sahaja sebagai buah tangan untuk anak-anak.  Itu pun, aku terpaksa 'memampukan' diri!











26 ulasan:

  1. Kakcik mesti tak suka sangat makan coklat. Kalau jenis macam family kakak coklat memang favourite no. 1...

    BalasPadam
  2. Kakzakie...

    nak kata tak suka tu, taklah. Tapi, taklah suka sangat. Ada, makan - tak ada, tak mengapa. :)

    BalasPadam
  3. Ayuni...

    kalau ke Langkawi memang boleh beli banyak2. :)

    BalasPadam
  4. setuju sgt tu kak, kalo beli kat langkawi, leh dpt lagiiii banyakkkk

    BalasPadam
  5. Su...

    mmg kakcik teringat coklat kat langkawi. Kat airport pun rasanya tak semahal coklat di Cocoa Boutique tu.

    BalasPadam
  6. Sallam Kak Cik,

    saya suka cocolat Daim yang dijual di Lamgkawi, taklah mahal sangat.

    BalasPadam
  7. W/salam Lipislady...

    kakcik pun tak terlepas beli coklat Daim tu kalau ke Langkawi. Sesekali, kakcik beli juga di airport (kalau ke tempat selain Langkawi) sebagai buah tangan untuk anak2. :)

    BalasPadam
  8. betul kakcik..beli ikot kemampuan..sbb kalau beli kerana nak ikot orang lain..alamatnya memang miss soru..hehehe

    BalasPadam
  9. AzMask...

    sedap tapi coklat bukan keutamaan kakcik berbanding dengan nasi. :)

    BalasPadam
  10. MDT...

    kalau mahal, tak mengapalah tak beli. Sedap pun setakat kat tekak, je. :)

    BalasPadam
  11. saya selalu beli borong coklat kalau gi oversea atau gi duty free mcm langkawi aja kakcik..murah..

    BalasPadam
  12. Dr DZ...

    kakcik kalau ke Langkawi, memang tak sah kalau tak penuh satu bakul dengan coklat - selalunya untuk dijadikan buah tangan. :)

    BalasPadam
  13. mewahnya ceklet sini..tahan nok beli..

    igt saya gi australia ada pulau yg ada kilang coklat..lagi mewahhhhh..tapi xbeli takut xle mkn..huhu

    BalasPadam
  14. SN...

    coklat di Cocoa Boutique ni dijamin halal (kalau sebaliknya, wallahu'aklam), tapi disebabkan harganya - berulangkali kakcik berfikir sebelum membeli.

    BalasPadam
  15. 49 ringgit kak cik? pegi hanifa kat KL tu macam2 coklat leh beli...hehehee...apapun berbaloilah sebagai buah tangan bukan selalu...

    BalasPadam
  16. Aina...

    mungkin itu kali pertama dan terakhir singgah, beli sebagai ingatan kepada anak2. Sampai di rumah, sekajap je dah tak nampak bayang!

    BalasPadam
  17. Kalau mahal tapi pasti kehalalannya berbaloi jugak la.

    BalasPadam
  18. Yan...

    mengikut lidah dan tekak kakcik, coklatnya memang sedap - tapi harganya pulak terlebih sedap! :)

    BalasPadam
  19. eemm.... my peberet cokelat bagai nih!
    hiks

    BalasPadam
  20. miloais...

    kalau makan banyak, bertambah pulak lemak dalam badan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com