Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Jun 2011

Siapa sudi temankan?...

Sabtu ini InsyaAllah kakcik akan berada (mulai Jumaat malam lagi) di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.  Suami ada mesyuarat di sana.  Cadangnya kakcik hendak menyeberang ke Langkawi seorang diri.  Tapi, rasa kurang berani la pula.  Ada sesiapa sudi temankan kakcik tak? :)

Gambar dari : travelmalaysiaguide.com
Bukanlah nak menjelajah ke suluruh Pulau Langkawi tu.  Cuma nak pergi ke Pekan Kuah untuk beli cokelat sahaja.

Gambar dari : nazimabee.blogspot.com
'Bawalah Adik, boleh Adik temankan mak'




62 ulasan:

  1. Nak ikuttt....

    tp malangnya sya ada ramai hand beg (,")

    BalasPadam
  2. untung ek kak cik..bole jln2 gtu..

    langkawi saya pun xpenah pegi lagi..mmg belah2 utara..saya xpenah smpai..

    BalasPadam
  3. Sya...

    kakcik pun tak bawa anak-anak. En Suami ada kerja. Mulanya nak pergi dengan kereta, tapi penat pula dia nak memandu sorang2 (lesen isteri letak dalam bingkai gambar!).

    BalasPadam
  4. SN...

    alaaa... kakcik menumpang je - bukan ada duit sangat pun! :)

    BalasPadam
  5. pergi sorang je ke??
    bawak la kawan..

    BalasPadam
  6. kakcik..
    ayu yakin kakcik boleh!!!!!!!

    pi sorang2.. gerenti doa dari en suami...
    kak cik pasti sampai ke tempat yg dituju

    coklat!!!!!!
    ye hah!!!
    ayu dah start terliur

    BalasPadam
  7. assalamualikum ibu

    seroknya dengar..kalu ada masa nak juga temankan

    BalasPadam
  8. diana...

    tengok nanti macamana - kalau tak berani, tak pergilah. :)

    BalasPadam
  9. Wa'alaikummussalam Ween...

    jomlah temankan ibu. Ween ada kat mana ni? :)

    BalasPadam
  10. alhamdullilah..sudah ok tapi keadaan sudah berubah..

    BalasPadam
  11. Azween...

    yang penting anak ibu sihat dan ada sinar di hati walau orang lain tidak memahami.

    BalasPadam
  12. bestnya kakcik..
    tapi tak leh teman. ada agenda lain.

    BalasPadam
  13. hmm...jalan lagi...syoknya...
    saya baru dua kali p Langkawi, anak2 masih tak puas...aritu tak sempat sewa skuter...nak round2...

    mak depa rasa dua kali tu cukup dah...buat sementara nih...rambang mata kat Pekan Kuah tu heh3...

    BalasPadam
  14. AzMask...

    seronok jika dapat pergi, tapi belum tahu lagi ni...

    BalasPadam
  15. Q...

    dah berkali-kali juga kakcik pergi Langkawi tu, cuma kali ini tidak berteman - rasa macam tak boleh nak sampai! :)

    BalasPadam
  16. doa saya menemani kakcik, moga selamat pergi dan kembali....saya beli cokelat kat sini ajele.

    BalasPadam
  17. sayang lah kalau dah tiba langkawi tak makan ikan bakarnya, kak chik...

    BalasPadam
  18. alah kalau saya cuti sah saya temankan..kita pakat tinggalkan roomate kan kak chik kan?

    BalasPadam
  19. Myri...

    kat Mydin pun, harga cokelat boleh tahan murahnya. :)

    BalasPadam
  20. KOG...

    dulu kakcik suka makanan kampung panas2 kat Sun Village - tapi sekarang tempat tu dah bertukar hakmilik rasanya...

    BalasPadam
  21. hani...

    sesekali ditinggalkan dengan tujuan yang baik, tak mengapa kan? :)

    BalasPadam
  22. kak cik jangan lupa pekena sea food kat sana, jalan kaki ja...

    kalau aina ada kat kg boleh le teman kak cik gi shopping kat pekan kuah...beli coklat sambil cuci mata tengok pinggan mangkuk...

    seorg kawan gi langkawi tapi sebelum tu shopping coklat kat hanifa...

    BalasPadam
  23. Aina...

    kat Haniffa memang banhyak coklat. Bila campur harga tiket untuk ke Langkawi, rasanya baik juga beli coklat kat Haniffa atau Mydin! :)

    BalasPadam
  24. Kakcik,
    kalau diizinkan tuhan berhasrat hati ini nak jumpa kakcik.Tapi ketentuanNya yang dapat merealisasikan semuanya.Ada pula aktiviti lain yang perlu dihadiri Sabtu ini.

    BalasPadam
  25. Cikgu...

    mungkin belum masa untuk kita berjumpa. Saya akan ada di san sehingga Ahad. Bagaimanapun saya kena ke AS mungkin di sebelah petang untuk menaiki penerbangan balik pada jam 9.00 malam. :)

    BalasPadam
  26. he~~kalau dekat nak jugak saya temankan~haha~~

    BalasPadam
  27. bujal...

    jomlah - bawa Ainul dan mamanya sekali. :)

    BalasPadam
  28. tidakkkkkkk......


    saya nak pegi ismail group lagikkk

    BalasPadam
  29. Kuala Perlis ke Langkawi sekejap je tu kakcik..ajak tengok sapa-sapa kawan2 blogger ke yang dekat perlis/kedah/langkawi temankan...jangan jalan sorang2 tau..

    BalasPadam
  30. tu adik nak temankan mak nya tu...

    jaga diri baik2 ye kakcik...

    BalasPadam
  31. kalau saya cuti, boleh saya temankan..lagipun mommy tengah pantang...

    BalasPadam
  32. SALAM,
    NAK TEMANKAN TAPI TAK BOLEH !

    BalasPadam
  33. bestnya kak cik.

    ni yang buat saya tak sabar2 tunggu bulan doblas ni.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Kakcik,

    Selamat membeli coklat di pekan Kuah.

    Pinggan mangkok tak terasa nak beli ker.

    BalasPadam
  35. Siti...

    kakcik memang tak biasa jalan sorang2. Kalau jalan sorang, biasanya kakcik menonong capai apa yang diingini, bayar dan menonong balik!

    BalasPadam
  36. milo...

    adik tak boleh ikut sebab bersekolah (tak elok ponteng selalu) :)

    BalasPadam
  37. Dr DZ...

    Sabtu pun kerja ya? Tak apalah - demi masa depan. :)

    BalasPadam
  38. W/salam Dato' LF...

    tak apalah kalau tak boleh. :)

    BalasPadam
  39. Reen...

    nak bercuti ke Langkawi bulan doblas nanti ya? :)

    BalasPadam
  40. Niez...

    eh! mana jawapan kakcik kepada Niez tadi??? Jomlah ikut kakcik shopping kat HIG tu. :)

    BalasPadam
  41. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    sebenarnya, saya kurang berminat membeli pinggan mangkuk berbanding suami saya! :)

    BalasPadam
  42. ibu pergi langkawi berapa lama? terasa ingin jenguk kenangan di sana pula

    BalasPadam
  43. Alah cik ina keja, cam mana nak temankan kak chik. seronoknya jalan-jalan kat Langkawi. Tu adik dah menunggu kat bawah tu, apalagi ajaklah dia.

    BalasPadam
  44. "nak ikut..nak ikut...tapi ikut dlm mimpi jer lah kak cik..Kalau pergi sana hati2 jalan yer kak.."

    BalasPadam
  45. bestnye kakcik..gi jln2 langkawi...beli coklat byk2 ye...

    BalasPadam
  46. waa bestnya pergi langkawi... chik na suka coklat Daim :)

    BalasPadam
  47. kak cik... bestnya! sy nk teman bley? tp kena p mesyuarat tu.. huhu

    BalasPadam
  48. kakcik, kalau saya sure dah p sendiri dah..heeee

    BalasPadam
  49. en. abah ada mesyuarat kat perlis hari khamis. nak pegi langkawi beli coklat rupanya ekkk. kalo free boleh pegi jumpa kak cik kat sana. kalo sy berkesempatan, sy call kak cik ok

    BalasPadam
  50. Ween...

    ibu sebenarnya ke Kuala Perlis. Langkawi tu dalam angan2 ibu saja. Mungkin pergi kalau berteman. Ween nak temankan ibu? Datanglah ke Kuala Perlis pada pagi Sabtu. Kita pergi sama2, nak? :)

    BalasPadam
  51. Cik Ina...

    kalau kakcik seorang, tak boleh bawa Adik tu, nanti dia tak nak keluar pulak dari kedai cokelat! :)

    BalasPadam
  52. Pia...

    ada rezeki, sampailah kakcik ke Langkawi tu. Kalau tidak, dalam mimpi jugalah. :)

    BalasPadam
  53. Ainnoraini...

    nak beli tu, kena tengok dompet juga! :)

    BalasPadam
  54. Chik Na...

    anak2 kakcik pun suka coklat Daim dan FR. :)

    BalasPadam
  55. Cyana...

    pagi tu free, kan? Tapi rasa kakcik dalam pukul 12.00 dah kena standby. Kalau ta, boleh kakcik heret Cyana temankan kakcik!~ :)

    BalasPadam
  56. Yan...

    tiba2 kakcik rasa tercabar nak pergi sendiri nih! :)

    BalasPadam
  57. Su...

    kalau ada kat sana sampai Sabtu, jangan lupa telefon kakcik, ya? :)

    BalasPadam
  58. kena advenceres sikit Kak!!!

    Idaman Suri Kak!!! gi Idaman Suri!!

    BalasPadam
  59. Pn Dr...

    hehehe... kakcik belum berani la nak pergi sendiri! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com