Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Jun 2011

Jangan salah menduga...

... bila kamu melihat aku ketawa
kerana tak semestinya aku sedang gembira
mungkin aku sengaja bermuka-muka
demi tidak menimbulkan sengketa ...

'Adik pun tak faham mak tu, dia kata
sayang kat Adik, tapi dia marah-marah juga'





nota hati : hari ini dan esok akan bertugas sebagai fasilitator untuk kursus yang dijalankan pihak pejabat.  Jom - siapa nak ikut belajar cara-cara mengira biji kopi.  :)



32 ulasan:

  1. Ketawa tapi belum tentu gembira
    Sayang tapi marah-marah

    ....poning kepala den, mcm 'Adik' jugak.

    Selamat Pagi Kak Cik. Moga berkah setiap langkah.

    BalasPadam
  2. mengapa mudah jadi sengketa
    bila kehendak tidak sekata
    lalu suburlah hipokrit dan dusta
    angkara kita sesama kita

    semakin banyak ceramah dan motivasi
    semakin diperindah bermuka-muka
    nilai sejati semakin basi
    hati kata benci mulut cakap suka

    tidak orang tidak saya
    kehidupan sekarang gitu tuntutannya
    air tenang belum tentu tanpa buaya
    buaya besar entahkan rongak giginya...

    theee.........
    good morning kakcik...
    hv a nice day.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakcik,

    Ibarat kata pantun

    Kerat-kerat sikayu manis
    Mari dimuat dalam perahu
    Mulut Ketawa tersenyum manis
    Hati ku menangis tak siapa yang tahu.

    BalasPadam
  4. kak cik...
    saya juga selalu begitu...mulut tersenyum hati menagis tapi siapa yg tahu!

    dah penat mengira besi dah tak larat nak mengira biji kopi...apa kata jom mengira pasir kat pantai...

    BalasPadam
  5. kira bijik opi???
    aisehhhhh!~ mau terlena karang tuh!
    hehehehe

    adik : mak tu marah2 sayang jer.... mulut marah - tapi dalam hati tetap sayang banget~

    BalasPadam
  6. wah~~makcik jadi fasilitator kah? hebak ah~~

    BalasPadam
  7. assalamualaikom kakciiikkkk..
    amboi jadik fasi pulak ehhh.. kalo dkt2 sni ndak juge teman ngejoinnnn.. ;)

    BalasPadam
  8. biji kopi...
    mesti wangi2...
    saya suka kopi :)

    BalasPadam
  9. patut macam tu kak cik
    kerana kita akan lebih bahagia..

    ketawa itu penawar duka..

    saya suka minum kopi ajo..kira tak nak..takut pening dgn bau kopi yg lum dikisar..huhu

    BalasPadam
  10. selamat mem'facilitate' orang Kak!!

    BalasPadam
  11. saya sungguh tak suka pergi kursus.. tapi kalo kakcik yang jadik fasilitator, saya jadik calon pertama yang daftar diri... heheh..

    kakcik, kalo itu namanya bermuka2, maka saya adalah pembermuka2 terhebat di pejabat ini.. haha..saya suka..

    BalasPadam
  12. ada masanya memang patut kita sorokkan "rasa". ella pun selalu camtu kak ..

    BalasPadam
  13. saya suka minum kopi je.

    kira bijik kopi? jgn serah kat saya. heheh~

    BalasPadam
  14. Ate...

    selalu juga hati dan jiwa enggan sekata.

    Semoga Ate berbahagia dan ceria sentiasa. :)

    BalasPadam
  15. Q...

    buaya rongak di dalam paya
    kambing di tepian menjadi raja
    hendak mengelak tidak upaya
    rentak orang ikutkan saja

    (terpaksa juga tadahkan telinga walau hati memberontak semahunya!)

    BalasPadam
  16. Wa'alakummussalam Kak Ani...

    bakar arang tepi telaga
    hendak memanggang sidaging rusa
    hati orang hendak dijaga
    hati sendiri menjeruk rasa

    :) (masih mampu senyum)

    BalasPadam
  17. Reen...

    semoga Reen juga ceria sentiasa. :)

    BalasPadam
  18. Aina...

    alang2 mengira pasir, kita bawa simen sekali untuk bina bangunan. :)

    BalasPadam
  19. Milo...

    tahu2 jadi kopi ais pulak! :)

    Mak yang tak waras je yang tak sayangkan anak, kan?

    BalasPadam
  20. bujal...

    makcik tak hebat. Yang hebat tu penceramah. :)

    BalasPadam
  21. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    kalau mike join, lenalah mike jawabnya. :)

    BalasPadam
  22. Mimi...

    kakcik pun sekali sekala suka juga minum kopi. :)

    BalasPadam
  23. SN...

    bau kopi + marjerin sewaktu dikisar, kakcik suka! :)

    BalasPadam
  24. Pn Dr...

    ramai yang tak faham dari yang faham! hehehe...

    BalasPadam
  25. Anaa...

    aduhai - kakcik ni belum cukup ilmu sebenonya. :(

    BalasPadam
  26. Aspen...

    kira untuk tengok siapa yang tepat kiraannya. :)

    BalasPadam
  27. kelakrlah adik ni, kak chik, cik ina bab matematik memang lemah.

    BalasPadam
  28. Cik Ina...

    kakcik terror bab matematik dengan bantuan kalkulator! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com