Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Jun 2011

Laksa Teluk Kechai...

pasti akan ada pertanyaan 'sedap tak?'
sebenarnya sedap atau tidak hanya mengikut kata tekak
rasa hanya setakat lidah
kemudian meresap ikut aliran darah
bagiku lebih baik ambil jalan yang mudah
suka makan tak suka sudah ...



'Istimewa'nya laksa di sini adalah kerana disediakan bersama sambal kelapa.

Membazir itu amalan syaitan - jadi makanlah walaupun ianya tidak memenuhi seleramu.


Terima kasih kepada Tn Hj Zahir dan isteri (Pn. Azizah) yang membelanja kami makan di sini.

nota hati : Selamat mengingati dan menghayati peristiwa Israk dan Mikraj  Junjungan Besar Rasulullah SAW.  Kepada yang berpuasa, semoga ibadah kita diterimaNya dan dipermudahkanNya segala urusan kita dalam meniti kehidupan ini.  Amin.  (Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis bercuti pada hari ini)



58 ulasan:

  1. Salam Kakcik, Sama2 lah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj
    Nota hati kakcik utk ingat mengingati sesama saudara islam adalah amalan mulia.

    BalasPadam
  2. Monalea...

    kakcik pun suka makan laksa. :)

    BalasPadam
  3. W/salam Pn Nani...

    sama-sama kita saling mengingatkan dan mendoakan kesejahteraan sesama kita. :)

    BalasPadam
  4. huhuhu...tekak & deria rasa ini hanya boleh menelan laksa kelantan berkuah lemak sahaja.

    BalasPadam
  5. selangor jugak yang tak cuti.
    rezki jangan ditolak kan kakcik?

    BalasPadam
  6. Kakpah...

    KL dah tentu tak cuti juga.

    Betul tu - rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. :)

    BalasPadam
  7. mengalahkan rancangan tiga hari dua malam... banyaknya info menarik.

    BalasPadam
  8. ooo...sambalnya sambal kelapa rupanya...

    saya org kedah, tapi laksa ni saya tak pernah makan. in fact saya jarang sangat dan tak suka makan laksa selain dari yang dibuat di rumah. :D

    BalasPadam
  9. Tengok gaya itu laksa Penang. Kalau di pasar malam kakak jual laksa macam-macam gaya. Laksa Johor guna santan dan spegetti kuning makan dgn sambal belacan. Perghhh....

    BalasPadam
  10. AM...

    tunggu info selanjutnya - belum habis lagi ni. :)

    BalasPadam
  11. gB...

    pandai buat laksa, ya? Meh le bawa ke rumah kakcik sikit. :)

    BalasPadam
  12. orang yang paberet .... kata sedap ...

    orang yang biasa2 ni... kata ok ok la...

    CA pun ak pernah gi makan lagi laksa teluk kecai n i ...

    BalasPadam
  13. Kakzakie...

    kakcik suka makan laksa Johor yang guna spaghetti tu. Sedapppp. :)

    BalasPadam
  14. Chik Att...

    kakcik boleh kata 'ok laaaa...' :)

    BalasPadam
  15. Assalamualaikom kakcik.. :)

    Salam Israk Mikraj!

    teman ni ape jenih laksa teman telan je.. tp dgn sambal kelapa lom cecube lg..

    BalasPadam
  16. kakcik, sedap tak? hehehe... lariiiiiii, sebelum kena bap dengan kakcik :D

    BalasPadam
  17. Wa'alaikummussalam adikku Azeeda yang manis...

    Salam Maal Hijrah.

    Samalah kita - semua jenis laksa (janji sedap) adalah makanan kesukaan. :)

    BalasPadam
  18. KOG...

    memang nak kena babap dia ni! :)

    BalasPadam
  19. salam kak cik...nmpk sdap laksa tu..terasa2 kt lidah masam2..hehe

    BalasPadam
  20. sy mkn laksa waktu pregnant je hehe..kalau ms 'kosong' x gemarla pulak..

    BalasPadam
  21. mamaainul peminat tegar laksa~~he~~

    BalasPadam
  22. tekak saya amat suka laksa penang..hehehee

    tu la kan..igt nk poso tapi xle..huhu

    BalasPadam
  23. Rina...

    kira mengidam laksalah waktu mengandung, ya? :)

    BalasPadam
  24. bujal...

    jadi - kamu kenalah belajar membuat laksa! hehehe

    BalasPadam
  25. Mama SN...

    Laksa Penang memang sedap (ada juga yang tak sedap kalau tak pandai membuatnya). :)

    BalasPadam
  26. emm..sedap sedap..kecuali laksa yg letak ikan sardin ketul2 tu je sy kurang suka yg lain2 jenis laksa semua sy suka amat2..:)

    BalasPadam
  27. laksa dan laksam

    dua dua saya suker

    BalasPadam
  28. sekarang nie dah kurang sedap dah berbanding dulu...tapi walau pun tak sedap acu tetap juga suka makan...acu memang hantu laksa...hehehee

    BalasPadam
  29. saya dah lama tak makan laksa telok kechai tu

    BalasPadam
  30. laksa di Perlis saya tk berani cuba..
    taknak terkena belut sebagai ramuannya...bak kata kakcik suka makan tak suka sudah...

    BalasPadam
  31. Saniah...

    kakcik juga tak suka kalau kuah laksa masih ada ikan yang berketul2 tak hancur. :)

    BalasPadam
  32. Niez...

    samalah kita (itu sebab 'bulat' pun sama!) :)

    BalasPadam
  33. Acu...

    jangan sampai naik hantu kalau tak dapat makan laksa, dah la ya? :)

    BalasPadam
  34. Su...

    kakcik tak pernah singgah sebelum ni, dah orang belanja - ikut aje! :)

    BalasPadam
  35. Q...

    Teluk Kechai ni tak jauh dari Alor Setar, bukan di Perlis. Kakcik tak pasti pula kuahnya dibuat dari ikan apa. :)

    BalasPadam
  36. saya pernah makan..


    boleh laaaa.....
    ( suka, makan... tak suka sudah kan Kak!! )

    BalasPadam
  37. Pn Dr...

    memang boleh laaaa... hehehe... :)

    BalasPadam
  38. pertama kali dengar ada sambal kelapa.. sedap ke?

    BalasPadam
  39. Yan...

    antara fungsi sambal kelapa itu adalah untuk memekatkan kuah laksa. :)

    BalasPadam
  40. suami suka laksa..tak kira la laksa dari mana pun...

    BalasPadam
  41. br rasa 2 minggu lps... yg lain dr lain hanya lah mi laksa tu.. mmg sedap.. kuah dia not my feberet.. x ckup masam n x cukup pedas .. lg suka laksa jitra.. dh kat sana order le satay ayam kat situ.. mahaiiii mcm kat kl satu hal.. pas tu.. letak nyer nasik impit walau pun x mintak (nasi impit tu kena tambah lg singgit).. satay pun x sedap.. kuah pun x sedap .. tp abiskan jugak.. nasib baik 10 cucuk utk mkn 2 org je..

    BalasPadam
  42. Chik Na...

    untung kalau pandai buat sendiri. kakcik pernah cuba buat sekali - menjadi. Tapi lepas tu tak buat lagi. :)

    BalasPadam
  43. Fairie...

    kakcik tak cuba rasa satay walaupun ada dihidangkan sebab perut dah kenyang. Apa2pun, kakcik suka makan satay di Satay Station. :)

    BalasPadam
  44. Ooo...di Kedah ker kakcik? ingatkan td kat dalam negeri Perlis..pepun kwn2 saya ckp laksa kuah belut tersangat sedap dan manis...

    kalau org bg kat saya dan tk ckp apa2...saya telan jer...sbb kuah nampak sama kan....

    BalasPadam
  45. Q...

    kakcik pun kalau orang bagi tanpa beritahu, (contohnya - kakcik tak makan daging kambing), kakcik kunyah dan telan je. :)

    BalasPadam
  46. alahai..

    laksa teluk kechai ni mengimbas nostalgia dgn orang sinun..sob..sob..

    BalasPadam
  47. MDT...

    barang yang lepas jangan dikenang... :)

    BalasPadam
  48. Laksa teluk kechai ni ada keunikan tersendiri..tu tang 'sambal nyioq' tu..lama jugak dah saya tak pi sana..
    betul kakcik, terpulang selera masing-masing. yang pastinya bila dah ke sesuatu tempat / daerah, kena rasa lah sesuatu yang baru..baru la orang tak boleh 'perkunun'...bila kakcik pi ni..?

    BalasPadam
  49. Siti...

    Abang Mus selalu pesan kat kakcik, 'pergi tempat orang, rasalah makanannya. Kita bukan tahu akan datang lagi atau tidak. Bila orang bercerita, kita tidak tertanya-tanya'. Tapi, ada juga yang memang kakcik tak boleh nak mencuba!

    Kakcik ke Kedah dengan penerbangan Jumaat malam dari KL dan balik semula ke KL dengan penerbangan Ahad malam.

    Perjalanan diteruskan ke Perlis kerana suami ada mesyuarat di sana dan kakcik lajak sekali ke Langkawi. :)

    BalasPadam
  50. Ha... tempat ni dekat jugak la ngn rumah saya... pernah jugak mkn laksa teluk kecahi. Tp kena cari tempat yg sesuai la... selalunya mkn laksa yg buat sendiri...ikut citarasa sendiri

    BalasPadam
  51. Ha... tempat ni dekat jugak la ngn rumah saya... pernah jugak mkn laksa teluk kecahi. Tp kena cari tempat yg sesuai la... selalunya mkn laksa yg buat sendiri...ikut citarasa sendiri

    BalasPadam
  52. Ha... tempat ni dekat jugak la ngn rumah saya... pernah jugak mkn laksa teluk kecahi. Tp kena cari tempat yg sesuai la... selalunya mkn laksa yg buat sendiri...ikut citarasa sendiri

    BalasPadam
  53. Ha... tempat ni dekat jugak la ngn rumah saya... pernah jugak mkn laksa teluk kecahi. Tp kena cari tempat yg sesuai la... selalunya mkn laksa yg buat sendiri...ikut citarasa sendiri

    BalasPadam
  54. Ha... tempat ni dekat jugak la ngn rumah saya... pernah jugak mkn laksa teluk kecahi. Tp kena cari tempat yg sesuai la... selalunya mkn laksa yg buat sendiri...ikut citarasa sendiri

    BalasPadam
  55. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com