Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Jun 2011

Buah Ceri...

Saja nak tunjuk juga kepada Pn Fa Atip, kakcik pun ada gambar buah ceri.  Tapi bukan dari pokok sendiri macam Fa punya.  Gambar ini kakcik rakam berhampiran dengan Jeti Kuala Perlis.




Teringat suatu masa dulu, kakcik sangat suka memakan buah ceri yang kecil tapi manis itu.


37 ulasan:

  1. Dulu masa kakak kecik-kecik dekat pagar sekolah ada pokok ini. Kami panjat ramai-ramai. Separuh mentah pun kami makan juga. Cubalah bayangkan dulu bukan pakai baju kurung macam sekarang.... Tapi kami tak ada malu-malu atau ejek-ejek macam budak sekarang...

    BalasPadam
  2. kalau kat kg saya orang panggil buah kekuk

    BalasPadam
  3. saya ada banyak kenangan dengan pokok ni~he~~

    BalasPadam
  4. kita pon suka..siap panjat lg pokoknya ms kecik2 dl..

    BalasPadam
  5. pokok ni ada depan rumah mak munna.... dah beranak pinak pun suka lagi petik buah ni dah makan..mmg syokk...

    BalasPadam
  6. mase bebudak dulu saya suka panjat pokok ni...kutip buah-buahnya yang masak, penuh poket seluar, sekali terhimpit...kengkawan kata saya tercirit! huuuu

    BalasPadam
  7. Salam
    Menurut kata orang berpengalaman. Buah ini baik utk gout. Sahari makan 7 biji. Entahlah. Kalau Allah izinkan. Setiap tumbuhan ada kebaikannya. Betoi tak

    BalasPadam
  8. pasal panjat pokok cerilah patah satu kaki adik sya

    BalasPadam
  9. har3 kakcik...pokok ceri kat jeti tu eh? saya ada cerita lucu kat situ masa tunggu turn nak naik feri...tp anak saya tak kasi tulis, takut nanti mama kena saman...bahkan saya nak tarik kamera keluar pun depa marah, 'mama nih!" so cerita tu tersimpan dlm kepala sendiri jer lar. Anak2 saya cakap, "peninglah dpt mama kepala gila-gila" har3...

    psst dlm byk hal bukan saya jaga anak tp anak saya jaga saya heh3.

    masa kecik2 dulu kat Temasik, saya petik buah ni (pokok rendang) ngan sepupu, isi dua2 poket gown sampai penuh pastu duduk makan kat buaian di laman rumah...

    sekrg ni tk berani lg pasal dh byk burung bertenggek dan be**k kat situ...dulu makan tak kisah nak basuh pun sbb yakin bersih...sejak musim selsema burung..lagilah takut kan?

    Apasal lar entri kakcik ni byk nostalgia plak niii.....tsk!

    BalasPadam
  10. kat kampung ada sepokok
    mak saya tanam buat teduhan :)

    BalasPadam
  11. waduhhh!!! happynya I tengok buah ceri yang berwarna merah ittewwwww!! hahahahaa....Kakcik, pembetulan ye, pokok ceri kat rumah ni, bukan Fa punya heheeeee...jiran I punya!! Yang terbiar dan tak dihiraukan oleh tuanrumah.

    Ha, tengok tu, semua pengkomen yg kat atas pun suka buah ceri, kan, kan?

    Geram benor teman tengok gambor yang last sekali tuh! Banyaknya yang masakkkk!!! huhu

    BalasPadam
  12. pokok kenangan....hihihi~

    dulu masa mula2 discover yg buah pokok ni boleh dimakan, selalu betul saya petik. berebut dgn burung. heheh.

    manis2 wangi rasa dia. nyum...

    kalau kat mexico (ke brazil ek..nanti saya cek balik), depa buat teh pakai daun ceri tu.

    walaweh...memang kenangan sungguh pokok ceri ni.. :D

    BalasPadam
  13. Wah... ramai yang ada kenangan dengan pokok dan buah ceri, ya?

    Kakcik dulu memang 'pantang' jumpa pokok ceri yang ada buah merah - mesti nak kutip dan 'ngap'...

    Di hadapan rumah yang kakcik duduk sekarang pernah ada pokok ceri, tapi kena racun dan tebang oleh jiran kakcik bertahun yang lalu. :(

    BalasPadam
  14. Q...

    kakcik berjalan sensorang waktu kakcik ambil gambar tu. Jadi, tiada yang menegur. Kalau ada anak bersama, harus juga dia kata 'mak ni semua benda nak diambil gambar'. ;-)

    Fa...

    cabut la pokok tu letak kat dalam pago rumah mike! :)

    Dr DZ...

    kakcik tak pasti pulak pasal ceri beracun. :)

    BalasPadam
  15. salam kenal kakcik....

    saya dulu siap panjat2 lg nak ambik buah ceri ni...pokok kat blakang rumah masih ada lg...tapi skg dah tak suka entah knapa...

    BalasPadam
  16. Blh makan ek buah ni kakcik? banyak jumpa tapi takut nak makan..buah kekuk (lain rasanya ngan rupa buah dlm gambar) tu makan la:)

    BalasPadam
  17. Cheq Sue, Qema...

    kakcik search kat google, kakcik nampak buah kekuk (kekut/kerkut) tu berbeza dengan buah ceri. Atau mungkin kakcik tersilap pandang? :)

    BalasPadam
  18. buah ni kakcik, masa kecik, amik yg muda pi lastik orang, kalau yg masak tu, lastik konpem pecah, teringat pokok ceri kat umah nenek

    BalasPadam
  19. kakcik dulu saya kecik2 panjat pokok ni petik yang muda2 yang keras2 tu. kena petik ngan tangkai2 sekali.. sambil petik yang hijau muda, sambil ngap yang dah masak merah.. sungguh sedap.. buah yang hijau muda, yang kecik2 dan keras2 tu dipetik untuk dibuat peluru.. peluru pistol kayu..ye kakcik, saya budak pompuan yang main pistol kayu, tembak2 ngan budak laki2.. heheheh..

    BalasPadam
  20. dulu kecik2 selalu petik buah ceri muda, buat main lastik2.. (",)

    BalasPadam
  21. saya pun suke makan buah ceri ni masa zaman kecik2 dulu...
    hehehe

    BalasPadam
  22. wah... ramainya peminat ceri, kat depan rumah saya sedang berbuah lebat sekarang ni

    suami tanam dua tahun lalu untuk buat teduhan, memang rendang

    saya plak tak berasa suka, bibik sebelah rumah saja yg suka petik

    BalasPadam
  23. Salam kakcik, setahu saya pokok ni banyak ulat bulu..
    Masa kecik2 dulu ada juga akak makan tapi kawan2 yg panjat..he he he

    BalasPadam
  24. Saya pun ade pengalaman memanjat pokok ceri ni kecik2 dulu..hehe

    BalasPadam
  25. Saya baru dapat tahu...daun ceri ni boleh dibuat ubat kencing manis..

    caranya ambil secekak daun pokok ceri dan rebus dengan dua cawan air.. rebus sampai tinggal secawan.
    kemudian minum...

    insyaallah.

    BalasPadam
  26. kat kawasan rumah cik ina banyak pokok ceri. alah dari kecik cik ina tak lalu makan ceri ni sebab lembik , suka wat bom baling kawan, suka lepak bawah pokok ceri, sejuk.nostalgia.

    BalasPadam
  27. "kat belakang umah mak mertua saya ada pokok ni,besar dan rendang bawah pokok tu ada pangkin,kalau balik kg ank2 saya suka lepak2 bwh pokok ni,tp la ni dah roboh pangkin tu....huhu.."

    BalasPadam
  28. Kat kawasan rumah saya memang banyak pokok ceri ni tumbuh liar kak cik. Bila jalan petang2 saya petik bagi Adiq & Angah sementara tunggu nak amik Along. Suka betul diorang ! Teringat masa kecik buah yang muda buat peluru pistol kayu !


    Memang teringin nak buat entri yang sama tapi tak berkesempatan sebab tuan depan rumah tebang bahagian yang rendang. Tak sampai dah...

    BalasPadam
  29. salam buat kakakku kakcik yg sgt dirindu..

    maaf krn lama tak menjenguk ke sini.. kesihatan tidak mengizinkan..suatu ketika saya tak boleh berdepan dgn laptop.. mata jadi kemamor dan terus pening..saya ada bercerita ttg kakcik pada ayah dan kakak tunggal saya.. kakak mendakwa, kakcik ni mungkin kawan dia masa disekolah karai dulu..

    ttg n3 ni plk..
    sampai hari ini, kalau saya nampak pokok eri mesti saya cari buahnya.. saya jamah spt saya jamah waktu kecik dulu.. ada sentimental valeu yg tersendiri tau hihihi..

    BalasPadam
  30. lorrr..mcm tu ke buah ceri....pokoknya besau erk...buah kecik jerk...ke jebat salah pandang...??

    BalasPadam
  31. Fuad Ansari...

    terima kasih sudi tinggalkan jejak dan jadi kawan kakcik. :)

    BalasPadam
  32. w/salam adikku Samad yang disayangi...

    kakcik doakan semoga kesihatan Dik Mad bertambah baik. Utamakan kesihatan walaupun mungkin terasa sedikit kehilangan bila tidak dapat 'bersama kawan-kawan maya' ini. Kalau kita 'bersoreh', mungkin kakak Dik Mad itu memang kawan kakcik. Di sekolah dan di kampung, kakcik lebih dikenali dengan panggilan 'Nor'.

    BalasPadam
  33. dulu masa acu bersekolah di Perlis,selalu petik buah ceri nie...sebab pokok ceri belakang kelas acu je...pantang nampak merah memang abis dikerja kan oleh acu & kawan2..hehehee

    BalasPadam
  34. OHHH!!!
    teringat jaman kecik-kecik..
    ada pokok ceri depan rumah..
    best!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com