Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Jun 2011

Jom makan ikan bakar di Ole-Nyiur Ikan Bakar...

di mana tu?
di tepi jalan antara Kangar dan Alor Setar
atau lebih tepatnya di Padang Lalang
berhampiran Alor Janggus...

Bukan hanya sesuai untuk lelaki dan wanita, untuk kanak-kanak juga boleh. :)

Ikan keli yang 'besar punyaaaa'.

Ulam-ulaman segar yang menggamit selera penggemarnya.

Ini aku punya - sampai tak tahu nak pilih lauk apa!

Ramai yang datang menjamu selera.

Melayu, India dan China tanpa mengira bangsa atau slogan apa-apa.

Ikan yang sedang menanti giliran untuk menjadi santapan.

Ayam pun ada.

Kalau di rumah, mungkin kepala itu pun habis diratah!



44 ulasan:

  1. memang makanan yang sihat ni.. bakar dan ulam ulaman! =)
    sungguh menyelerakan di tengah hari dalam keadaan perut yang kosong sekaagn ini..

    BalasPadam
  2. saya ni memang penggemar keli....melelehhhh tengok ni...!

    BalasPadam
  3. nampak mcm sedap ... tapi gerun tengok ikan keli besar2 tu ...

    BalasPadam
  4. Kella...

    tapi kesan pembakaran menggunakan arang, kakcik tak tahu sihat atau tidak! :)

    BalasPadam
  5. gB...

    kakcik penggemar keli juga. Dulu arwah mak kakcik suka masak keli sambal. Sedapppp. :)

    BalasPadam
  6. Chik Att...

    kakcik pun gerun juga mulanya, tapi habis keli tu kena makan! :)

    BalasPadam
  7. lea ikan keli suka makan yg saiz sedang2x je kak chik.tak suka makan saiz yang besar2x ni

    BalasPadam
  8. ikan keli? ooopss.. tak makan. tak tau kenapa.

    BalasPadam
  9. Monalea...

    kakcik akan pilih saiz yang tidak begitu besar, tapi bila suami yang pilih - dia ambil yang besar (macam isteri dia juga!) :)

    BalasPadam
  10. Kakpah...

    saya makan ikan keli, tapi tidak ikan haruan. Bagaimanapun, selepas dibedah kerana melahirkan anak, mahu tak mahu saya telah juga haruan itu! :)

    BalasPadam
  11. suka mkn ikan bakar..dgn air asam yg perghhhhh...meleleh kak cik...sedap sgt2...

    BalasPadam
  12. Mama SN...

    Tapi janganlah ada 'merah2' lagi dalam ikan tu, kan? :)

    BalasPadam
  13. besarnya ikan keli tu
    saya pun suke makan ikan bakar.. cicah cili api dgn kicap...
    pergghhh..terangkat..!!

    BalasPadam
  14. MLD...

    alamak! meleleh airliur kakcik membayangkannya! :)

    BalasPadam
  15. wah kalau ada di area utara boleh singgah nie..

    BalasPadam
  16. Amy...

    kalau Amy lalu di situ sewaktu keluar kawasan, bolehlah cuba makan kat sana. :)

    BalasPadam
  17. uishh, beso nya kepala ikan tu kakcik.. ngeriks sih... udah rupa cam kepala kucing lakk.. ewwww..

    BalasPadam
  18. Kena ngan selera qema ni kakcik..
    Makan nasi putih ikan bakar & ulam cicah sambal mmg bertambah la hihi

    BalasPadam
  19. Amboi..lapar terus saya tgk gambar2 ni..

    BalasPadam
  20. tengok ikan keli meleleh liur..memang kegemaran..masalah kat langkawi ni nk cari pasar yg jual ikan keli cukup susah..pendek kata tak jumpa lagi

    BalasPadam
  21. Wow Kakcik besornyaa ikan keli tuh.. feveret laa ikan bakar..nyum2.. :)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum my dear Kak CikS:)

    aduhaiii....memang suka lauk camniii.siap ada ulam2 ermmm
    ..er..er..
    budu ada ke sis..heheheh:)

    BalasPadam
  23. assalamualaikum ibu

    seronoknya saya tengok..p jalan2..meriah dan gembira

    BalasPadam
  24. ikan bakar cecah air asam... memang membuka selera

    tapi ikan keli saya pilih yg paling kecil saja

    BalasPadam
  25. kakcik...
    saya seram tengok keli tu...apalagi yg masih hidup dan goyang2 dlm besen kat pasar...kakcik jgn marah eh...

    kat perlis, saya tk ingat apa nama kampung tu, ada sebuah rumah tepi sawah..dia bukak kedai cam dlm entri kakcik tu lah, kat laman depan rumah dia...ikan air laut fresh dibakar, ulam kampung... murah pulak tu.. sampai sekrg teringat2...

    tp segan nak amik gambar...sbb ada ramai org....so takder kenangan... ada video utk tatapn family jer...
    bg saya seronok sungguh jalan2 kat tempat org dan rasa masakan depa , kan kakcik?

    BalasPadam
  26. selamat malam kakcik..
    rindu dengan kak..
    BW tengah2 malam...

    sure kak dah lena.. hehehe

    kak...........
    terbaiklah menu2 di ole nyiur ikan bakar..
    menyelerakan

    BalasPadam
  27. Memetik kata-kata KakCik:"Melayu, India dan China tanpa mengira bangsa atau slogan apa-apa." - Sblm ni tak pernah terfikir bhw makanan bole menyatukan pelbagai bangsa tanpa perlu slogan 1Malaysia.

    BalasPadam
  28. pukul 3.49 pagi ni cik ina rasa lapar plak bila nengok ikan bakar tu.

    BalasPadam
  29. Anaa...

    wakakaka.. macam kepala kucing??? Nasib baik tak sebut macam kepala u**r.... Ngeri weh! ;-)

    BalasPadam
  30. Qema...

    bila badan dah penat, cuaca pulak panas - nak makan pun jadi tak lalu! :)

    BalasPadam
  31. Suri...

    kenalah menyeberang ke Perlis/Kedah. :)

    BalasPadam
  32. Rinna...

    kakcik lebih suka ikan pari sebenarnya. :)

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam Tinie sayang...

    kakcik tak perasan ada budu atau tidak. Tapiiiii.. tempoyak ada! :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Ween...

    bila balik, muka ibu dah jelaga kena panahan matahari! :)

    BalasPadam
  35. ibuintan...

    suami kakcik ambil yang besar sebab kongsi berdua, kalau ikut kakcik - lebih suka yang agak kecil. :)

    BalasPadam
  36. Q...

    sebenarnya, kakcik tak pernah 'berani' ungtuk menyentuh keli yang masih hidup apatah lagi hendak menyiangnya. Kakcik makan bila dah siap dimasak. Hehehe...

    Kakcik ambil gambar sambil bersembang dengan pekerja kat situ. Siap bagi tahu nak masukkan dalam 'internet'. :)

    BalasPadam
  37. Selamat pagi Ayu...

    semoga Ayu sihat dan ceria sentiasa.

    Makanan kampung yang disediakan di situ memang boleh memikat selera. :)

    BalasPadam
  38. Ate...

    sebenarnya tanpa apa2 slogan pun, kita telah sekian lama hidup dengan aman. :)

    BalasPadam
  39. Cik Ina...

    awalnya bangun atau masih belum tidur di waktu itu? Kalau makan saat Cik Ina bangun tu, kira bersahur la... :)

    BalasPadam
  40. tu sebabnya kalau makan kat rumah lagi syelesya kan??? kadang2 bila makan dgn orang lain, kari kepala ikan tu pun segan nak cuit..hehehehehee

    BalasPadam
  41. Fa...

    betul syesyangat tu - kat rumah, nak makan sampai comot pipi pun tak apa! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com