Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 Mei 2011

Maaf ... (dan perhatian kepada Telekom Malaysia) ...

... kerana tidak sempat membalas komen-komen.  Talian internet di rumah masih bermasalah.  Mungkin kena tukar dari Streamyx ke Unifi seperti yang disarankan oleh Dr Singa.  Setiap hari telefon ke talian 100, jawapan yang diberi membuatkan kesabaran yang semakin menipis ini menjadi lebih nipis dari segala yang nipis!  Jangan hanya berbangga dengan bilangan pengguna  yang ramai tapi layanan kepada pengguna yang merupakan pelanggan tidak diambil berat (marah ni tau!!!!).  Kena tunggu 72 jam jugakah baru tindakan akan diambil??  Huh!

Harapnya hari ini lebih baik dari semalam!


"Mak saya tu, kalau dah marah - hantu pun cabut lari tau!"




46 ulasan:

  1. begitulah hakikat sebenarnya mutu perkhidmatan internet di negara kita. kalau tengok pakej dan janji2 manis mereka, perghh macam ape ntah. akhirnya....dengan sendiri seolah2 dah boleh (terpaksa) meredhakan aje lah

    BalasPadam
  2. Adik... bagi emak air sejuk bagi cool sikit. Tapi kalau auntie pun marah juga sebab dah lama benar ia berlarutan....

    Tukar saja kakcik...

    BalasPadam
  3. eelobor...

    mungkin syarikat2 gergasi ini merasakan kalau setakat seorang dua yang komplen dan menarik diri dari melanggan, mereka tidak akan rugi apa2... :(

    BalasPadam
  4. Kakzakie...

    Along pun memang dah berura2 nak tukar talian jalur lebar tu. Tunggu dia ada duit, katanya. Baru-baru ni dia dah berhabis ribuan ringgit untuk beli komputer baru dan upgrade komputer lama.

    Setakat minum air sejuk tu, buat tersedak je.. hehehe...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mama
    cheqna baru berkira2 mau pasang streamyx di rumah...
    huhuhuhu

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam cheqna...

    mama rasa, tiada salah mencuba. Tapi janganlah terlalu mengharap pada keindahan yang belum dilihat... :)

    BalasPadam
  7. susah saya nak bayangkan makcik dalam keadaan marah~~

    BalasPadam
  8. memang nak kena TM ni. time promo lembut gigi dari lidah. lepas tu hamfes....

    tukar je kakcik!

    BalasPadam
  9. mmm.... sepatutnya mereka amek kira masalah ni kan kakcik. bila dah ramai pelanggan dorang pegang, hati pelanggan kena la amek tau.

    tapi unifi mmg terbaik setakat ini...

    BalasPadam
  10. sabar ya kakcik.

    Tapi kalau di tempat yus ni biasa streamyx problem cepat je settle. Mungkin lain kawasan lain kot..

    BalasPadam
  11. steamyx kat rumah kita ok lagi

    mungkin pasai baru lagi kot

    tapi bila dtg hujan skit
    pasti putus2

    BalasPadam
  12. dial 100 ~ tunggu nak bercakap dengan manusia punyaaaalah lama kan!!!!
    rasa nak debik je!!

    kursus lagi Kak??
    :)

    minum kopi banyak-banyak ya!!

    BalasPadam
  13. bujal x...

    makcik kalau marah, jadi incredible hulk tau! :)

    BalasPadam
  14. gB...

    besar kemungkinan akan ditukar. :)

    BalasPadam
  15. Niez...

    pelanggan sebenarnya adalah 'raja', tapi bila dah ramai - hanya dipandang sebagai sampah sahaja satu dua kes yang kononnya 'terpencil'.

    BalasPadam
  16. AM...

    tak mengapa kalau rupanya tidak indah asalkan pekertinya baik!

    BalasPadam
  17. ~ yus ~...

    agaknya pelanggan lama tidak lagi berharga. :(

    BalasPadam
  18. Ati...

    menurut yang menjawab tu 'pengguna 03 sangat ramai' jadi perkhidmatan tidak dapat dipercepatkan. :(

    BalasPadam
  19. Dr Singa...

    macam nak berasap telinga!

    Masih berkursus (agaknya kakcik tak pandai BERUNDING dengan TM kot - itu sebab lambat!) - sekarang tea break, jengah blog jap.

    Menguap tu dah tak boleh kira dengan jari!!!

    BalasPadam
  20. saya dah berapa kali tukar broadband.... semua macam hampeh....

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Kakcik,

    Susah juga kalau selalu bermasaalah. Di rumah steamyx ok pulak.

    BalasPadam
  22. salam kakcik,

    boleh kakcik emailkan no phone tersebut kat email saya di wna5776@yahoo.com mungkin saya boleh usahan. terima kasih :)

    BalasPadam
  23. memang bengang kalau masalah macam tu kan. Tapi kat tempat saya, cepat je diorang setel kan. Jarang pulak ada masalah.

    Tak pe. Sabar..... tak salah juga kalau nak cuba yang lain. Kita kan pengguna ?

    BalasPadam
  24. AKT...

    kakcik baru lepas melepaskan kemarahan kepada telefonis (atau siapapu dia) TM ni... takkan nak tunggu sampai tamat tempoh 72 jam baru nak dtg kot... grrrr....

    BalasPadam
  25. Hehehe....anakanda rileks je tu kakcik, tak cabut lari pun...:D

    mutu perkhidmatan internet kita masih tak boleh dibanggakan..mana2 service provider pun lebih kurang je..

    BalasPadam
  26. TRR...

    Dian P Ramlee ke? ;-)

    Masalahnya modem tu dah rosak agaknya. Lampu2nya tak menyala. :(

    BalasPadam
  27. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    baru dalam 3 hari ni, modem tu buat hal. Telefon ke TM setiap hari, penyelesaiannya tiada!

    BalasPadam
  28. Ayu...

    agaknya semua juruteknik TM sedang bercuti!

    BalasPadam
  29. jinkamen...

    kakcik dah bagi nombor telefon tu di kotak komen.

    BalasPadam
  30. Siti...

    anakanda tak lari sebab masa tu mak dia siuman lagi. :)

    BalasPadam
  31. kat area rumah Chik Na pun line tenet selalu down jugak... geram kan!!!!

    BalasPadam
  32. kakcik
    saya selalu dgr org komplen tak puas hati pasal streamyx. Saya punya streamyx pulak masih ok, masih laju. Harap2 masalah macam ni dapat segera di atasi. Almaklumler setiap sen bil yang di bayar tu sangat bernilai kan.

    BalasPadam
  33. wah kak....dah jadi mcm saya plak...call 100...yg akaun kata KeROSAkaN....kEROSAKAN kata....AKAUN...adehhh

    BalasPadam
  34. saya pun camtu jugak..kalau marah jadi hijau mcm incredible hulk..tapi tak de siapa yg takut pun..

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum kakcik.
    Bukan masalah kat tempat kakcik sahaja tu.
    Dulu pernah juga berlaku di tempat saya. Paling ' boring' kalau kabel kena curi. Kena tunggu sampai satu bulan baru boleh pakai balik. Sebab tu saya daftar juga 'broadband' yang kawan-kawan kata 'berok ben' sebab perkhidmatan tidak memuaskan.

    Perkongsian.

    TQ

    BalasPadam
  36. samalah...
    tiap kali ayu ada masa (time malam). time tulah internet down..
    menyampah nya dgn TM..

    BalasPadam
  37. kakakku kakcik.. sebelum tu nak cakap, balik kg nanti saya nak intai2 rumah pusaka kakcik tu..

    saya pun pakai streamyx.. alhamdulillah.. laju je.. err.. mcm jelebo adanya.. hihihi

    BalasPadam
  38. bila lambat dia tidak di pangil mutu sebab mutu laju je..itu tahap siput kizir di punya lembab..apa puna net kat malaysia ni

    BalasPadam
  39. salam kenal kakcik! haha comel je terbayang antu cabut lari bila kakcik marah heheh garang tuuu!

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum Kakcik, gitu ker? Tapi Broadband Digi kat Bandar Muadzam ni laju jer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, nak tanya. betul ke broadband digi kat muadzam syah lagu?

      Padam
  41. agaknya kita ni sama kot..bak kata anak2..ibu bila naik hantu..hantu pun cabut lari..

    biasalah kakcik..belum dpt tabur janji manis..bila bermasalah mcm2 mslh pulak ditimbulkan..

    BalasPadam
  42. salam,
    saya sbg salah seorang staff TM
    ( bukan bahagian teknikal ek..) ingin memaklumkan bahawa sehingga kini pihak TM sedang sedaya upaya berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

    Pihak kami sedang memperkenalkan UNIFI kepada pengguna baru. Ini menyebabkan menerima aduan lebih daripada 1000 panggilan dalam 1 hari.

    Harap teman2 dapat bersabar..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com