Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Mei 2011

Benarkah?? ...



Bukan kakcik mempertikaikan komen Ayu, tapi benarkah apa yang ditulis dalam Harian Metro itu? Berapa ramai agaknya ibubapa yang enjoy sewaktu muda berbanding dengan ibubapa yang berkorban segala-galanya untuk anak-anak dan keluarga tercinta? 


nota hati : hari ini dan esok, kakcik akan menghadiri 'Kursus Kemahiran Rundingan'.  Mulai Khamis, kakcik akan bercuti selama seminggu.

Hari ini, masuk hari ketiga sreamyx buat hal (mungkin masalah modem), jadi kakcik langsung tidak dapat melayari internet dari rumah. :(



28 ulasan:

  1. mama
    ada kemungkinan jugak...
    nanti cheqna wat research r

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakcik Mungkin ada kebenaran, tapi segelintir sahaja rasanya.

    Maksud enjoy masa muda mungkin kerana keruntuhan rumahtangga yang disebabkan oleh sama ada ibu atau bapa kerana salah seorang dari mereka ni lupa tanggungjawab sebagai suami dan terutamanya bapa atau ibu.

    Bila besar, mungkin anak2 yang terluka hatinya tidak dapat menerima ayah atau ibu mereka. Sebnarnya sebagai anak dia tidak patut menghukum ibu atau bapa mereka kerana penderitaan masa silam.

    Tugas anak menjaga ibubapa, kalau ibubapa gagal menjalankan tanggungjawab mereka pada anak-anak, biar Allah yang menentukannya. Sebagai anak kita jalan tugas kita.

    BalasPadam
  3. "suka enjoy" tu tak kira bangsa rasanya...

    BalasPadam
  4. gerun pulak bc entry nih... melayu mudah lupa eks..

    BalasPadam
  5. Ayah kakak org S'pore. Tapi kerana anak sulung dlm keluarga kena masuk M'sia jaga semua urusan tanah di Johor. Menikah org Johor (emak) menyara 8 anak. Tidak punya masa langsung utk enjoy kerana kekakangan kewangan menyara 8 anak.

    Kini dia tinggal juga di kg tanpa anak-anak. Suruh tinggal dgn anak tak mahu. Anaklah yg kena menziarah selalu. Tapi sedih kadang-kadang rasa dia lebih banyak sendiri melainkan waktu cuti ada anak-anak yg pulang.

    Anak kena jaga ayah itu yg pasti....

    BalasPadam
  6. bagi iols - tak semua macam tu...
    ada jugak yg ingat nasib anak dimasa depan
    kebajikan anak2 tak penah diabaikan - apatah lagi bab ilmu... dunia dan akhirat...

    dan bagi iols - juga hanya segelintir sahaja yg suka enjoy sampai lupa dunia - lupa diri... regardless bangsa atau agama...

    BalasPadam
  7. maybe itu org tua yg kurang agamanya, so kurang mendidik anak2 tentang agama, maka bila anak besar mereka lebih mengejar dunia dari nak kisahkan hal org tua mereka.
    apa pon... bg saya ler... one day, bila dah tua, rasanya saya lebih suka duduk di rumah org tua/pondok, supaya lebih banyak masa untuk beribadah, dari nak sibukkan dengan hal anak cucu.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Ada kebenarannya dan ia merupakan kafarah kepada kelakuan yang pernah mereka perbuat dahulu. Moga mereka semua ambil kesempatan yang tersedia itu untuk berbekal

    BalasPadam
  9. kemungkinan enjoy masa muda tu sikit je berbanding anak yg tak sanggup jaga mak ayah sekarang ni..

    BalasPadam
  10. ya, kita tak boleh ketepikan itu sebagai salah satu faktor penyumbang. Mungkin masa mudanya tak tahu menyimpan wang, rumah pun tak beli..so bila dah tua, anak anak pula tak 'menjadi orang' atau abaikan ibubapa...maka mereka akhirnya akan ke rumah orang tua tua..

    BalasPadam
  11. so, pengajarannya ialah .. gunakan sebaiknya masa muda ni utk mengingati hari tua.

    BalasPadam
  12. 80% macam tu kak chik. ada terjadi pada saudara cik ina terdekat. masa senang boros, lepas tu dah susah, mestilah anak-anak marah.sapa yang nak tanggung sedsangkan anak dah berkeluarga bukan hidup senang. Pada ibu bapa sepatutnya simpan untuk kemudian hari, kalau sakit pening sapa yang susah , tak kan nak mengharapkan anak 100%.

    BalasPadam
  13. salam akak..

    ape kabar?emm...beringat sebelum kene kan..peringatan utk diri sy gak..kene menyimpan dan beringat di masa sekarang..

    la ni xmo boros2 lg..la ni semua brg naik arga..

    BalasPadam
  14. lepas ni .. kakCik mahirlah berunding kan!!! hehehe..

    upgrade ke unifai kak!!

    BalasPadam
  15. mungkin ada gak sesetgh yg begitu..

    ada yg tidak..sb anak sndiri..

    renung2kanlah utk pegjrn bagi kita..

    BalasPadam
  16. Mungkin ada sesetengah je begitu dan setengah lagi mungkin tidak...

    Selamat berkursus kak..

    BalasPadam
  17. Mungkin ada kebenarannya tapi mungkin juga tak begitu tepat. Kalau orang Indonesia depa suka tanya "ada statistic?"

    Selamat Berkursus Kakcik.

    BalasPadam
  18. Mungkin sebahagian je tu kakcik..spt biasanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga..tak semua macam tu.

    apa2 pun...selamat berkursus ya kakcik...jaga diri! :)

    BalasPadam
  19. assalamualaikum kak chik
    erm mungkin maksud enjoy tu
    mereka abaikan pendidikan anak2
    dan mungkin berlakunya perceraian

    selamat berkursus kak chik

    BalasPadam
  20. bagi GB itu adalah personal diorang. kalau diorg ada anak tapi anak taruk kat rumah org tua dan x jenguk langsung atas sebab nak lari dari tanggungjawab, anak tu tetap berdosa walau mcm mana sekalipun parents diorg masa muda...

    BalasPadam
  21. kakcik..
    selamat berkursus..


    PS: ayu masa baca, mmg agak tekejut,, sebab itu adalah kisah benar..

    warga tua.. asalnya kaya raya. dgn bisness yang maju..
    tertipu..
    dan tuanya merempat..
    anak2 pun tak mengaku ibubapa mereka...

    BalasPadam
  22. ada benarnya juga..

    selamat berkursus dan seterusnya bercuti kakcik... lapangkan hati dan rehatkan diri

    BalasPadam
  23. mudah2an kita semua tak jadi macam ni lah.. mau yg terbaik buat ibu bapa, diri sendir, anak2 dan keluarga..INSYALAH.

    BalasPadam
  24. ermm... ramai yg sy nampak.. yg kawin muda lupa tanggungjawab dn anggap kawin itu mcm perkara biasa...

    tapi ada juga yg bertanggungjawab dn mampu urus keluarga walaupun muda...

    faktor ekonomi byk mempengaruhi semua ini.. perkembangan era globalisasi tutur memainkan peranannya tersendiri... sbg manusia, kita kena bijak.. (peringatan utk diri).. renungkan diri sndiri mampu atau tidak melaksanakan..

    BalasPadam
  25. kakakku kakcik..
    maafkan saya jika saya berpendapat statement metro itu agak biadap.. jgn terlalu menghukum mereka.. jgn ditanya sejarah silam mereka.. setiap kita pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan pada masa silam.. siapa pun ibu bapa kita, kita mesti mengambil tanggungjawab membela nasib mereka.

    siapa kita untuk mengeluarkan kata-kata yg seolah2 menjadi tuhan.. kononnya mereka itu telah berdosa ???

    BalasPadam
  26. kadang2 ia hadir sebagai ujian kepada kita sebagai hambanya. bukan hanya pada empunya badan tetapi juga pada anak2...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com