tapi di belakang mengapa beriya-iya kau mengata
kau bercerita dengan wajah yang ceria
seolah semua itu bukan suatu dosa
tidak mengapa kalau kepadaku kau tidak suka
tonjollah kebaikanmu kepada sesiapa sahaja
tapi di hadapanku tidak perlulah kau berpura-pura
seolah-olah deritaku kau turut merasa
sanggup kau makan daging saudaramu
dan darahnya kau hirup semahu-mahu
kau tersenyum di sebalik wajah yang konon sendu
dan suaramu pun sengaja mendayu-dayu
aku bukan manusia suci
yang di hatiku tak pernah ada benci
namun kucuba untuk mengerti
bahawa hidup ini ujian yang hakiki
lantaran masa tak mungkin kembali
segala yang perit tetap juga aku hadapi
mengharap setitis kemanisan sebelum pergi
dan semoga kesumat tidak kekal di dalam hati
sikap manusia kan kakcik
BalasPadamduri dalam daging
gunting dlm lipatan
Biasalah tu kak cik dalam dunia pentas lakonan ni banyak manusia yang pandai berlakon dan bermuka-muka. Jadi kak chik berhati-hatilah. Jangan ambik port orang cam ni, selalunya orang cam ni, kalau dia cakap , cik ina dengar tapi masuk telinga kiri keluar telinga kananlah jawapannya.Sabar ye kak chik
BalasPadamtak tahu nak komen apa cuma berharap kakcik bersabar ya...
BalasPadamSetiap perbuatan ada balasannya, cepat atau lambat saja...
hati busuk penuh dengan kepuraan dan hipokrit itu teman manusia , ibu..
BalasPadamatas kita sama ada menjadi hamba perasaan itu atau mengawalnya
Hidup ini ujian yang hakiki..
BalasPadamMaka biarlah mereka mengata, kita tidak minta syurga pada mereka. Hanya Redha Allah yang kita minta.
Moga KakCik tetap tabah dlm menghadapi apa jua ujian.
ayat "sendu" macam pernah dengar jer..
BalasPadam"mendayu-dayu"???
sambil menangis teresak-esak melembutkan kata2??
BalasPadamselamat malam kakcik
BalasPadamtak suka dgn sahabat, saudara yang suka berbelah muka...
seolah2 rasa seronok bila antara mereka bermasam muka
PS: dan tak suka orang yang jadi pak turut dan sentiasa mengiakan ibarat lalang dihujung sana
semoga tabah menghadapai kerenah manusia yg pelbagai ragam dan cara...sabarr itu kuncinya..=)
BalasPadamTalam dua muka tak best.
BalasPadamKuih Talam best kan?
Itu suatu fitnah, kan?
BalasPadamYa Allah, Kau lindungilah aku dan ahli keluargaku daripada perasaan hasad dengki, busuk hati dan mereka2 yang bersifat munafik.
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamDalam berkawan dan bersahabat bila ada jenis yang tikam belakang, memang sakit.
Semoga kakcik sabar dan doa semoga dia berubah dan insaf atas apa yang dia lakukan tu melukakan hati orang dan menambah dosa dia.
Nanti tak pasal2 dia muflis di sana nanti.
Banyak bersabar kakcik. Dang pun pernah kena mcm ni. Darah daging sendiri.
BalasPadam