... bukan untuk menjaring umpat dan nista
bukan untuk orang lain menambah dosa
kalau suka - baca
kalau sebaliknya - janganlah menyuakan muka
kalau enggan mendengar - tutuplah telinga
aku bercerita
sekadar meluah apa yang terbuku di dada
bukan simpati yang cuba dipinta
hanya melepaskan sesak yang meronta
aku bercerita
seolah-olah berkata tanpa suara
dalam diam mengesat mata
hanya aku yang mengerti diriku jua ...
jangan sedih-sedih kakcik... yg pasti kalu saya ada masa memang blog kakcik antara yg akan saya baca :)
BalasPadamhuh.........
BalasPadambiasalah tu kak cik
BalasPadamakan ada yg begitu
terhadap kita
abaikan aje kak
lagipun berblog ini
salah satu terapi minda
terapi cara millenium..
kdg2 tak mudah bg kita
berbicara dari muka ke muka
lebih mudah rasanya
berbicara dari skrin laptop atau desktop ajo kan..mesra gitu...
sabar yer kak..
teruslah bercerita kakcik...
BalasPadamandai itu bisa meredakan tangismu...
bisa dan pedih tak mampu dikongsi
hanya dirasa sendiri-sendiri...
tidak seperti indahnya bunga
tidak seperti manisnya gula
mudah digambarkan dengan mata
mudah dirasakan di dalam jiwa
pasti masa akan mengubat
kesal dan kilan yang kini membebat
sementara menanti sampainya saat
banyakkan istighfar salam dan selawat...
tidak teruji iman kita selagi kita tidak diuji....bersabar selalu, ingat segala kasih sayangNya...ada lagi insan yang lebih azab dari kita di luar sana...
luahan ini kupuja,
BalasPadamterpendam sejuta rasa,
biarlah di sini luahan pena,
sesungguhnya segalanya terlepas jua.
saya suka coretan ini.
gramatis..
luahan lah berjuta-juta rasa
kerna yang membaca itu mereka yang sealiran dgnmu.. yang memahami, yang segalanya.
Cerita pengalaman apa pun tetap, beri panduan kpd pembaca..
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamBercerita ni boleh membuangkan sesak di dada.
Jangan simpan sendiri dihati. Itulah guna seorang sahabat untuk mendengar segala yang tersurat dan tersirat.
kak cik
BalasPadamhidup kena positif selalu, kita happy2 ye..jom..
senyum sikit!! cak!!
blog yg mesti sya singgah setiap kali ada entri terbaru...
BalasPadamBetul kata ImanShah tu.
BalasPadamKenapa di panggil semyum kambing,
sebab cuma ada 2 batang gigi,
cuba pandang cermin di dinding,
dan sebut G G G G....
Jangan marah...aaa....
assalamualaikum kakcik
BalasPadamayu minta maaf..
lama tak singgah sini..
ayu betul2 sibuk..
rasanya kalau keadaan tak sesuai ayu kena off dari blog....
PS: kakcik, ayu faham situasi kakcik....tabah ya.. sabar ya
Assalamualaikum Kakcik, sabar jer ler...
BalasPadamSalam..
BalasPadamLauhkan apa yang terbuku di hati.. InsyaAllah sedikit sebanyak lega sikit rasanya..
:)
as-salam kakcik..
BalasPadamjangan sedih2 lagi..cerita kakcik tetap saya baca cuma waktu je kadang-kadang sangat terhad..so, bila ada kelapangan..memang saya jengah dan baca cerita kawan-kawan..termasuk lah kakcik....luahkan saja apa yang terbuku di hati...
Assalamualaikum my lovely sis..
BalasPadamfaham apa yang dirasai...
InsyaAllah..andai berkesempatan..pasti meluangkan masa ke sini & kan sentiasa sedia mendengar cerita & luahan hati akak..
jangan sedih2 ya kak..bimbang juga akan beri kesan pd kesihatan akak..!Take care
apa khabar kak cik ..
BalasPadammoga kak cik sentiasa dilindungi Allah dan sihat ye...
jaga diri..
yg pergi tetap tak kembali..
kitalah yg meneruskan perjuangan..
moga sentiasa kuat menghadapi cabaran...ameen..
Kak Cik bercerita..
BalasPadammelepas beban di kepala..
meringan bahu memikul duka..
Jangan berhenti bercerita..
Kerana kak cik punya peminat setia..
Yang sudi berkongsi derita..
Agar terus sembuh luka.
memang betul, kita perlu bercerita, utk luahkan apa saja yang terbuku didada. semoga kak cik tabah hadapi setiap dugaan yg mendtg
BalasPadamsiapa yang menguris hati kak chik lagi? Biarlah kak chik selagi namanya manusia , itu jelah kebanyakannya tahu megumpat mengeji sesuka hati. sabar ye kak chik.
BalasPadamKakCik ok???
BalasPadamLuahkan lah saja..Di sini ada telinga yg sudi mendengar, ada hati yang memahami..mengikuti perkembangan dlm diam dan kadang2 meninggalkan jejak juga..kerana di sini kita serupa, menyuratkan apa yang tersirat..
BalasPadamceritalah kakcik .. sekurang2nya ringan sikit beban yang terpaksa di tanggung.
BalasPadamsaya ada tanya kat fb kakck. dah terima kad ke belum ?
Kanda AL...
BalasPadamsaya dah terima kad itu. Terima kasih. Andai berkesempatan, saya akan cuba menghadirkan diri. Banyak rupanya jemputan pada tarikh yang sama termasuk dari saudara mara...