Kawan-kawan kakcik

Khamis, 19 Mei 2011

Aku bukan sibijak pandai...

... namun itu bukan bermakna aku bodoh!

kau boleh memalukan aku
kau boleh mempertikaikan kemampuanku
kau boleh berkata apa saja tentang diriku

tapi ...
jangan cuba-cuba kau sentuh keluarga yang kujaga
jangan sewenang-wenangnya kau perlekehkan maruah mereka
bukan aku membela membabi buta
bukan aku menentang secara suka-suka

kalau salah ...
tegurlah secara berhemah
bukan menghamburkan sumpah seranah
sehingga tidak dapatku faham mana biji mana buah
lalu aku akan ikut melatah

jangan agama dijadikan permainan
menegur konon untuk kebaikan
di sebaliknya ada agenda yang kau sembunyikan
mungkin ingin menunjuk diri yang terasa dilupakan


Segagah mana pun sebuah gunung, tidak tertepisnya awan yang datang melindung...

nota hati :  dalam riangku, ada hati yang kadangkala beku - yang tidak akan terbuka walau diketuk bertalu-talu. Dalam diamku, ada jiwa yang tiba-tiba menjadi sayu - cair sendiri meski tiada yang memujuk rayu.



38 ulasan:

  1. Ate tak mengerti apa yg bermain di perasaan Kak Chik..apa pun Ate doakan kebaikan dan kesabaran buat Kak Chik.

    BalasPadam
  2. huwaaaa... nota hati KS membuatkan saya pilu....

    BalasPadam
  3. kakcik, tiap baris ayat yang kakcik susun, mmg membuatkan sesapa yang membaca menjadi touching

    BalasPadam
  4. sabar kakcik...

    banyak dugaan yg kakcik hadapi sekarang..namun harapnya dgn menulis diblog, sedikit sebanyak dapat melepaskan tension...

    BalasPadam
  5. luahkan apa yg terbuku kak cik..
    luahan kak cik begitu berhemahhh..

    harap yg berkenaan akan mengerti
    segala isi hati kak cik..

    org lain hanya faham yg tersurat
    kita yg menanggungnya akan fhm secara tersiratttt...

    BalasPadam
  6. Ate...

    kakcik menulis mengikut apa yang lahir dari hati kakcik. Mungkin orang lain tidak mengerti kerana kakcik hanya mengikut rentak sendiri. :)

    BalasPadam
  7. MLD...

    adakah kakcik telah menyentuh hatimu?

    BalasPadam
  8. Niez...

    bukan senang untuk membuatkan orang mengerti, silap2 menambahkan benci!

    BalasPadam
  9. Hanya kakcik yang mengerti. Bersabarlah banyak2 atas apa yang berlaku.

    BalasPadam
  10. Dr DZ...

    bagi kakcik, menulis adalah satu terapi - tapi, tidak semuanya sesuai untuk kakcik siarkan...

    BalasPadam
  11. SN...

    percaya tak - kadangkala apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang kita luahkan!

    BalasPadam
  12. AzMask...

    ada orang yang lebih suka menuangkan garam ke atas luka kita dari cuba menyembuhkannya...

    BalasPadam
  13. touching lah kak cik .. kenapa nie .. hope kak chik selalu kuat ok ..

    we have to :) jgn susah kerana org .. insyaallah setiap yg berlaku ada jalan penyelesaiannya ..
    suke NK akak tuu :)

    BalasPadam
  14. ieda...

    kakcik ni kan spesis jiwang2 walaupun nampak kasar! hehehe....

    BalasPadam
  15. teringat pertama kali kite berjumpa,such a sweet person,stay strong sista!

    BalasPadam
  16. Sabar ye kakcik..orang blh je kata & buat suka hati, yang menanggungnya kita sendiri..
    Harap kakcik diberi ekuatan untuk lalui semua tu..

    BalasPadam
  17. Berapa insan turut nangis, bila tengok dalam Tv nangis..huk huk sob sob,

    BalasPadam
  18. Qema...

    bukan tiada orang yang sentiasa mengintai langkah kita - andai sumbang, ketawalah mereka. Jika betul pun, dicari2 salah silap dengan sengaja. Biasalah bila namanya sebuah kehidupan.

    BalasPadam
  19. Zeq...

    kering airmata, lupalah semuanya...

    BalasPadam
  20. Kacik, apapun, saya doakan semuga Kacik sentiasa baik dan dilindungi Allah s.w.t. Kita doakan juga untuk orang yang mengutuk dan mengeji tu mendapat rahmat dari Allah juga.

    BalasPadam
  21. salam kakcik,

    dalam maksud yg tersirat tu

    BalasPadam
  22. Ati...

    ada waktunya kita bercakap secara nyata, orang tak faham juga. :(

    BalasPadam
  23. saya percaya ada seseorang yang kakcik boleh luahkan apa yang terbuku dia hati.

    BalasPadam
  24. ~yus~

    sekali kepercayaan diselewengkan, tidak mudah mempercayai lagi...

    BalasPadam
  25. Biar apapun pandangan orang lain tapi kalau ikut mata hari kakak, kakcik ini kuat. Itu kurniaanNya. Walau ada airmata disebalik kekuatan itu.....

    BalasPadam
  26. assalamualaikum

    ibu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  27. sabar ye kak cik..
    harap kakcik tabah dan berbayak2 sabar...

    BalasPadam
  28. Kakzakie...

    sekuat mana pun seorang wanita, airmata tetap juga menjadi teman setia...

    BalasPadam
  29. Azween...

    wa'alaikummussalam. Kenapa, nak?

    BalasPadam
  30. Ainnoraini...

    sabar juga punya batasan, dik. ;-)

    BalasPadam
  31. kak chik samalah cam cik ina, kalau dorang nak kutuk, keji kita tak pe, jangan pada keluarga kita, naik marah jadinya.Sabar ye kak chik.

    BalasPadam
  32. Segagah mana pun sebuah gunung, tidak tertepisnya awan yang datang melindung...

    salam kakcik,
    suka Fa kat ayat ni.....take care!

    BalasPadam
  33. salam kak cik..

    tenang ye..bawak beristighrafar byk2..

    yg mana boleh diabaikan..abaikan je lah..

    mulut org..gitulah gayanya

    BalasPadam
  34. Cik Ina...

    betul - kakcik sangat tak suka kalau orang lain mengutuk ahli keluarga kakcik sesedap rasa - rasa macam hati kakcik yang disiat sama.

    BalasPadam
  35. Fa...

    jadi , apalah hendak dibangga dengan kelebihan yang kita ada kerana kekurangan itu tetap nyata, kan? :)

    BalasPadam
  36. PB...

    mulut tempayan pun kadang2 terbuka tutupnya tanpa sengaja, kan? ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com