Tiada lagi iklan
dengan harapan blog ini lebih ringan
ada juga rasa terkilan
bila blog ini bagai lebih muatan
tiada lagi kotak jerit
dengan harapan tiada lagi yang menyumpit
sudahlah rumah ini cukup sempit
dibeban pula dengan entah akar apa yang membelit
kepada rakan-rakan
bukan ku tak sudi melayan bualan
tapi sesetengah yang datang membuatkanku hairan
entah virus apa yang cuba disebarkan....
dengan harapan blog ini lebih ringan
ada juga rasa terkilan
bila blog ini bagai lebih muatan
tiada lagi kotak jerit
dengan harapan tiada lagi yang menyumpit
sudahlah rumah ini cukup sempit
dibeban pula dengan entah akar apa yang membelit
kepada rakan-rakan
bukan ku tak sudi melayan bualan
tapi sesetengah yang datang membuatkanku hairan
entah virus apa yang cuba disebarkan....
eh, selama ni saya bukak blog kakcik, macam ok jer
BalasPadam(err.. tapi baru jer lagi mula bertandang... hehehe)
biasa la kak cik..... sy pon tengah dok pik nak simpan ke tak kotak tu, tp masih tak banyak negatif, sy simpan dulu lah....huhu
BalasPadamsetuju apa yang h4ni3 komen
BalasPadamayu pun tak ada masalah..
blog nie ringan...looding pun laju
h4ni3...
BalasPadambetul ke? Tapi bila kakcik sendiri buka entah apa-apa iklan turut muncul sama. :(
Bagaimanapun kakcik sangat terharu bila h4ni3 sudi singgah dann terus bertandang ke sini. :)
Ayushida...
BalasPadambila tengok ada nama minah2 saleh entah dari ceruk mana dunia tu, tak tahu apa yang mereka cuba bawa. Ada juga nama Melayu, bila kakcik klik entah apa-apa pula web yang menjelma. :(
Ayu...
BalasPadamalamak! bila Ayu dan h4ni3 bertahu hal yang sama, macam menyesal pulak kakcik buang kotak jerit tu. Tak apa, tengok dulu macam mana, mungkin kemudian nanti kakcik pasang semula.
salam,
BalasPadamsinggah kejap
saya pun takde kotak jerit...tak sopan, terjerit2
BalasPadamsalam kak cik..blog akak ni cepat je loading..kak cik buang kotak sembang tak bestlah,,suri seronok..kadang rasa mcm duk cakap dpn kak cik betul...
BalasPadamIE...
BalasPadamke'bizi'an ya? :)
Imanshah...
BalasPadammemang tidak sopan menjerit2... :)
Suri...
BalasPadammungkin nanti kakcik adakan balik kotak tu. Sabar ya? Tapi masih boleh 'bercakap' dengan kakcik di kotak komen ni. :)
bagi IM, IM singgah bukan untuk diminta layan. kak cik adalah antara rakan blog IM yang terawal.
BalasPadamso, IM hargai kak cik. rakan blogger sezaman kak cik ramai yang dah menghilang diri.
tapi kalau kak cik layan IM lagi bagus keh..keh..
dapat cucur bawang pun ok dah le tu...
assalam..
BalasPadamkene virus ke.. sy msuk sini ok je.. sy pun nk buang sket kat blog
datang bertandang ke blog k'cik..salam kenal yek..
BalasPadamrumahku pun takder iklan miklan
BalasPadambuatku lebih relax, langsung tak terkilan
biarpun tak popular sikitpun ku tak heran
almaklum kawanku cuma dapur, cili dan belacan...
aku pun takder kotak jerit
terjerit-jerit tekakku perit
macam tersedak kuih semperit
jangan sampai terdesak minum air parit
hati-hati dalam berkawan
ada yang menjulang setinggi awan
ada yang menghempas sebagai lawan
awas, jangan sampai tertawan
aku menulis suka-suka
tak ada pembaca pun tak apa
semua tulisan suka dan duka
panduan ku sendiri agar tak alpa
sekianlah dulu wahai kakcik
corat coret petang Isnin yang mendung
tersilap kata hatimu janganlah kecik
adat berjalan pasti sesekali tersadung
anak ayam anak...
eh eh..cukup2lah tu! kang tak habis-habis pulak..lenguh dah nih!
E, lupalah pulak...
BalasPadamdidoakan semoga along selamat menunaikan umrah dan selamat kembali kepangkuan ayah dan bondanya serta ahli keluarga yg lain, insyaAllah, amin.
rasa ringan sikit Kak!!
BalasPadam:)
Ok jer dulu pun kak...
BalasPadamumah saya pun tak der iklan bagai...apa pun tak..kosonnnggg jer...minimalis la katakan...
betul tu kak cik..trkdg byk yg hantar tah apa2 kt kotak sembang tu...
BalasPadamKadang-kadang perlu kotak sembang tu nak menegur tuan rumah. Tapi jika tuan rumah memilih utk tidak menggunakannya harus dihormati kehendaknya.
BalasPadamEntri terbaru saya Batal air sembahyang saya
wah kakchik..
BalasPadamperubahan drastik..
nnti TK pun nk buat langkah yg sama..
saya pun rasa nak buang juga, ada juga nama melayu bila kita ke blognya... rupanya blog tak senonoh
BalasPadamsaya masih belum buang iklan dan kotak jerit..sayang pulak rasanya. harap2 kawan2 tak ada masalah nak bertandang ke blog saya..mana tau kot2 lambat loading nyer...:(
BalasPadammakcik rasa ringan je ,sebelum ni kalau masuk blog kak chik. Ada orang komplin ke , blog kak chik berat, atau kak chik tak nak rasa serabut ngan iklan dan kotak sembang tu. Buat apa patut janji kak chik happy.
BalasPadamMakcik pun kadang-kadang rasa rimas kat ngan kotak sembang kat rumah makcik, penuh ngan iklan.
Ahakz....sama lah dengan h4ni3 n citarasa rinduan...ngak ada apa2 masalah pun....laju mcm biasa
BalasPadamsaya juga mengambil pendekatan yang sama beberapa minggu lepas dengan membuang kotak iklan. rasanya itu yang lebih baik buat blog Sekadar Berkongsi
BalasPadamas salam kakcik
BalasPadammanje pon takde kota jerit tu...
serik nak letak dah... ~
IM...
BalasPadamAlhamdulillah. Kakcik dan IM masih di sini. Andai tiada halangan, rumah IM tetap kakcik jengah. Sayangnya kakcik dah kehilangan nombor hp IM, kalau tidak boleh juga kita makan2 cucur kodok bila kakcik ke Utara lagi nanti. :)
Maiyah...
BalasPadamw/salam dik. Pagi ini, kakcik rasa blog kakcik lebih 'ringan'. :)
Kotak jerit itu kadangkala mengundang 'jangkitan' yang tidak kita sedari... :(
Princess Nur...
BalasPadamJangan serik untuk datang lagi, ya? Selamat berkenalan. :)
komen saya semalam hilang!!!
BalasPadammesti sebab line siput !!
.
.
ringan kak!!
lajuuuuu je!
Q...
BalasPadamaduhai syhadu rasanya hatiku
membaca coretanmu bagai berlagu
cuma aku tetpa ingin kau tahu
ke rumahmu diriku tak pernah jemu
ada kawan yang sangat ikhlas
ada juga yang niatnya untuk mengilas
biasalah hati manusia tak pernah puas
janganlah kita berniat untuk membalas
ada yang datang ada yang pergi
mungkin ada yang terasa hati
namun bagaimanalah untukku mengerti
andai tidak berbicara hati ke hati
dah tua2 ni sensitifnya lain, Q... :)
Q...
BalasPadamterima kasih doa untuk Along itu. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin. :)
Cerita Hidupku...
BalasPadamAlhamdulillah. :)
Cikgu Nurin...
BalasPadamrasanya lebih laju dan ringan bila dah tak ada iklan. :)
NzA...
BalasPadamkalau yang nama 'omputeh' memang kakcik tak klik, tapi kalau nama Melayu, kakcik klik juga. Sedihnya, kadangkala yang keluar entahm apa2.. :(
Azwan...
BalasPadamkakcik tahu ada yang suka bersembang di kotak jerit tu. Tapi nak buat macam mana ... ada yang menggunakannya untuk menghantar entah apa2.. :(
TK...
BalasPadamtiba2 kakcik rasa lega - sebab blog ni pun rasa 'ringan' je.. :)
ibuintan...
BalasPadamitulah pasalnya. Kita nak bertenang2 dan nak cari kawan bersembang, tapi lain pula jadinya. :(
Siti...
BalasPadamkakcik kadang2 dapat rasa sendiri, ada iklan atau sebagainya yang tak diperlukan - tiba2 muncul (pop up) bila kakcik klik blog kakick ni... :(
Cik Ina...
BalasPadamada juga yang menegur tentang ada spam kat blog kakcik ni. Kakcik pun tak tahu dari mana datangnya. Sebagai penyelesaian, kakcik buang je iklan dan kotak jerit tu. :)
jeBateja...
BalasPadamok ek? Sekarang lagi ok kut.. :)
eelobor...
BalasPadambukan tandanya tak sayang kawan, kan? :)
w/salam Manje...
BalasPadamada yang cuba mengganggu, ya? ;-)
Pn Dr...
BalasPadamyang ringan tu sekarang atau sebelum ini? :)
Kakcik rasa sekarang kan? Tersangat ringan...
Kak cik. Baik hati. Mesra alam.
BalasPadam(jgnla pulak balas pujian, mcm pujian berantai)
Kan ada sesuatu yg tak kena, auto advert..bila dibuka.
kakcik,
BalasPadamsebelum ni kakpah datang sini mudah je tapi memang ada satu iklan hinggap sama. Sekarang pun masih ada.
KAK CIK.... sebenarnya saya pun tak berapa gemar bab bila komen ada widget segala. Terganggu.
BalasPadamShoutbox pun saya takda, bukan ganggu, tapi saya takda masa nak respons.
Apapun, buatlah apa saja asal selesa KAK CIK.
Zeq...
BalasPadamitulah - ada iklan yang mengganggu. Kakick tak tahu apa puncanya. Harap selepas ini, kalau tidak terhapus pun tapi tidaklah memudaratkan blog kakcik ini. (Banyak yang kakcik tak reti sebenarnya)...
Kakpah...
BalasPadamalaaa... nak buat macam mana iklan tu ya? Hmmm... nanti gerun pulak orang nak masuk ke blog kakcik ni... :(
Azie...
BalasPadamyang penting, kakcik mahu kawan2 yang berkunjung ke sini selesa. Kalau berat sangat, siapa ada masa nak tunggu lama2 untuk membaca coretan kakcik yang entah apa2 tu, kan? :)