maka lain yang direncana
lain pula yang ternyata
hendak di tulis ini
ianya menjadi kini
hendak ditaip itu
yang keluar menjadi pintu
berkali-kali membuat pembetulan
kadangkala menjadi bosan
mungkin apa yang ada difikiran
tidak seperti yang ingin dinyatakan
bila jari menari-nari
seronoknya dapat menyatakan isi hati
namun bagai bukan semua yang akan mengerti
begitu juga dengan perkataan yang tidak selari
bila jari dan otak tidak sealiran
lahirlah perkataan yang bukan-bukan
walau mereka datang dari satu badan
itu bukanlah tiket sebuah penyatuan
Adik beradik yang lahir dari rahim yang sama pun sering tidak bersependapat, apatah lagi jari dan otak...Hmmmmm....
BalasPadamAzieeeee...
BalasPadamweh! ke mana gerangan lama tidak kelihatan? :)
Itu belum lagi kisah lidah dan hati, kan?
jangan pulak nak pergi seremban
BalasPadamtetapi tersesat sampai kat kuantan
jangan pulak nak pergi jumpa norijan
tetapi bertemu dengan cik sri bulan !
kak cik, saya pun kebelakangan ni selalu macam tu..
BalasPadamhmm.. kenapa ye..
adakah petanda pertambahan usia?
sebelum magrib singgah sini
BalasPadamsinggah sini sebab dah tertawan
setuju anatar otak dan jari
bukan tak sehaluan tapi tak satu cawan!!!
selamat malam kak
salam
BalasPadamya kan.kadang2 fikir lain lain yang jadi, kadang2 rancang lain, lain yang mucul, kadang2 mengimpikan lain, lain yang dapat :)
Assalamu'alaikum kakcik,
BalasPadamotak berfikir, hati berdetik
jejari mengetik, mata tajam tertancap padu arah monitor
kepuasan tidak diperolehi
masih mencari lagi
tak tahu apa.....
kakak pun samalah juga....
Kanda AL...
BalasPadamseiring dengan pengingkatan usia
banyaknya masalah dalam kepala
sampai keliru mana nak mula
janganlah sampai ke hospital bahagia... :)
h4ni3...
BalasPadamkalaulah kakcik tak semak semula tulisan kakcik sebelum diterbitkan, entah apa2 sahaja yang akan dihasilkan. Hmmm.... betul - kakcik semakin tua...
Selamat malam Ayu...
BalasPadamotak dan jari tidak sehaluan
bukan bermakna mereka tak berkawan
tapi dalam diam ada rasa terkilan
kerana masing2 punya pendirian... :)
Mohamadazhan...
BalasPadamsalam kembali. Walaupun lain diidam, lain yang dapat tapi biarlah yang kita dapat itu bukan sesuatu yang 'bersifat jahat'. :)
Wa'alaikummussalam Kakzakie...
BalasPadamKadang2 bila menaip dan semak semula tengok yang keluar entah apa-apa, rasa tak hendak teruskan saja... :)
Tapi - sehari nak menulis, bagai ada yang tidak lengkap.
ahakz....gigi n lidah pun tak bersatu...kadang2 kena gigit...ahakz
BalasPadamjeBateja...
BalasPadamkalau 'tertelan' lidah, lagi buruk akibatnya! :)
Salam Kak Cik..
BalasPadamTak sempurna itu adalah kesempurnaan manusia. Tak salah dan tak silap kita tersalah dan tersilap...
sama la saya jugak kakcik....kdg2 fikir lain, tulis lain. last2 terus kelaut. huhuhu~
BalasPadamAssalamualaikum kakcik..
BalasPadamItu tandanya kakcik letih, kena rihat tu..:)
Assalamu'alaikum Kakcik Seroja, semoga sihat selalu...
BalasPadammemang betul kata Ustaz Razak tu... kakcik kena rehat...
lepas rehat kakcik kena ikut petua saya kalau nak jari sekata dengan otak...
1) laptop letak atas lantai dan menaip sambil baring...
atau...
2) letak laptop atas meja makan dan menaip sambil bersila atas lantai...
insyaALLAH kedudukan jari sekata dengan otak...
hehee.. OK tak petua saya...?
abgreds (siapa agaknya abgreds ni ya? boleh kakcik kenal tak?)...
BalasPadamkita cuma manusia yang lemah dan kadangkala kita enggan mengaku hakikat itu. :)
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadammungkin juga. Tapi bila dalam 'kesegaran' pun masih juga tidak sekata, mungkin agaknya kakcik patut bersara. :)
Wa'alaikummussalam Dinda RKA...
BalasPadambagus juga idea dinda itu. Tapi, kakcik tak guna laptop sebab tak selesa. Kakcik cuma guna desktop buruk ni. Jadi nak bagi sekata, desktop atas meja, kakcik duduk bersila atas lantai - baru jari dan otak jadi selari kot! hehehe....
gadisBunga...
BalasPadamkalau ke laut, kita bermandi mandalah pula! :)
Salam Kak Cik...
BalasPadamKena tarik nafas dalam-dalam tu... biar tenang fikiran.. barulah semuanya sehala dan sealiran.. :)
Nida...
BalasPadamsalam kembali. Nak kata fikiran selalu tidak tenang, tidak juga. Mungkin disebabkan jari yang tidak bermata mengetik huruf sesedap rasa. :)