Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Mac 2011

Sudah sarapan???...

Alhamdulillah sekiranya sudah
jangan mengeluh sekiranya belum
mungkin hanya sebentar lagi
perut akan kekenyangan diisi

pernahkah kita terfikir
sebenarnya kita bersifat kikir
tidak pernah teringat kepada fakir
yang menekan perut sambil menggigil...





54 ulasan:

  1. :) sedapnya nasi lemak.
    terliur.
    bersyukur kerana kita masih mampu menjamah makanan berbanding yg tidak mampu :)

    BalasPadam
  2. Kakak minum milo masuk sekali quaker oat.....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...saya pun dah sarapan.
    Hari ni mee goreng dengan milo kosong......

    BalasPadam
  4. rezeki itu hendaklah dikongsi biarpun sedikit
    kelak terhindar dirimu dari sebarang penyakit
    kalau semuanya hendak dikaut masuk ke perut
    maka nantikan saatnya kesihatanmu dijerut

    janganlah tamak jangan haloba
    kalau hidupmu inginkan laba
    mungkin di dunia tidak terlihat
    tunggu saja di sana alam akhirat

    aku dah jumpa ramainya orang
    kaya raya tapi dengan penyakit mereka berperang
    punya rumah besar dan gadang
    hospital jua tempat bertandang

    yang suka berkongsi apa yang ada
    banyak dilapah sedikit di cicah
    hidup gembira bahagia di dada
    senang beribadat bertambah baraqah.

    Dah makan nasi lemak sepinggan,
    air yang cukup dilupa jangan
    jangan kejap buat kejap dilupakan
    kalau tak sehat sendiri punya tanggungan....ingatan ikhlas dari diriku...Q.

    BalasPadam
  5. selamat pagi kakcik...

    pagi-pagi jalan dah padat
    buat hati membara didada
    nak beli tapi tak sempat
    makan aje la ape yang ada

    *sempat minum milo jer kakcik...

    BalasPadam
  6. dah sarapan
    seperti biasa - roti bakar 3 keping + nescafe panas satu mug

    alhamdulillah...!

    BalasPadam
  7. nari kita posa lah kak.

    sempat makan roti keras cicah milo aje buat sahur tadi.

    BalasPadam
  8. makan jemput2 beberapa ketul dan air kosong je~
    alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Air mata saya mengalir bila baca entry ni.

    Bukan sebab saya belum sarapan lagi.

    Bukan sebab makan tengahari atau malam yang belum pasti.

    Tapi terkenangkan orang-orang yang lagi susah dari saya. Yang ibu tunggal dalam BersamaMu malam tadi, anaknya si Azam tu, ibu tua yang diingati hanya pada hari raya, bayi-bayi tak berdosa yang bersepah-sepah dan pemuda-pemudi yang takde sapa nak pimpin selain megarahkan mereka ke dalam penjara atau ke kaki lima.

    Bahkan, seleaps menulis komen ini, air mata mengalir lebih laju lagi....


    Terima kasih Kak. Saya amat perlukan "sarapan" ini...

    Terima Kasih...

    http://aderberani.blogspot.com/2011/03/komen-kepada-sudah-sarapan.html

    BalasPadam
  10. ui aiii kak...sedapnya plak nasi lemak...
    lama x makan

    BalasPadam
  11. saya minum teh tarik segelas je makcik~~

    BalasPadam
  12. alhamdulillah sbb dah bersarapan .. :) syukur kerana allah masih berikan deria makan kepada saya

    BalasPadam
  13. berat breakfast kak cik

    ati baru minum milo jer

    BalasPadam
  14. السلم عليكم ورحمة الله

    Sebelum subuh tadi dah makan oat dan telur...

    BalasPadam
  15. assalamualaikum,

    selalu fikir,
    bila pose,
    deme kata kikir,
    ape base?

    BalasPadam
  16. nasi lemak buah bidara
    syg selasih hamba lurutkan
    buang emak buang saudara
    kerana kekasih hamba turutkan.

    hari ni cuma mkn kuih 3 ketul je...

    BalasPadam
  17. pagi tadi kaseh bfast meehoon goreng..esok baru nasi lemak..sebab ofis belanja nasi lemak esok mueheheh

    BalasPadam
  18. saya bekpes kul 7.40am tadi..mkn nasi ayam kari terus...pekena ngan air kopi o..

    skrg lapa lak..jap agi nk mkn..

    **syukur alhamdulillah dgn rezeki yg Allah taala berikan..

    BalasPadam
  19. intai.maisarah...

    syukurlah, walau tak mewah - sekurang2nya rezeki kita tetap ada :)

    BalasPadam
  20. Kakzakie...

    kakcik pun minum milo tapi makan nasi goreng. :)

    BalasPadam
  21. Arizakiah...

    ramai juga peminat milo nampaknya... :)

    BalasPadam
  22. sedappppp nya nasik lemak tu kakcik...lapoo

    BalasPadam
  23. Q...

    terima kasih kerana turut memberi peringatan.

    Kalau kita terlalu kenyang
    matapun terasa berat
    segala hiruk pikuk bagaikan hilang lalu kita lupakan segala yang kelat....

    (rupa2nya kelat itu tetap melekat malah mungkin bertukar menjadi pahit andai kita tetap leka...)

    Kakcik dah minum air yang agak banyak pagi ini.. :)

    BalasPadam
  24. ainnoraini...

    hehehe.. seorang lagi 'peminat' milo. Syukurlah kerana masih sempat mengalas perut. :)

    BalasPadam
  25. Hamizah...

    roti canai buatan sendiri, ya? :)

    BalasPadam
  26. miloais...

    weh! nama milo tapi minum nescafe... hehehe... :)

    Roti bakar - sedap tu. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  27. Reen...

    kalau kakcik kira, hampir kesemua yang memberi komen, adalah 'peminum' milo. :)

    Reen puasa, ya? Alhamdulillah.

    BalasPadam
  28. alien...

    Alhamdulillah. Tetap ada makanan untuk mengisi ruang kosong dalam perut. :)

    BalasPadam
  29. Irwan...

    walaupun gambar Irwan itu kelihatan ganas, rupanya hati Irwan tetap punya kelembutan. Terima kasih dik kerana memahami mesej kakcik.

    BalasPadam
  30. Mimi...

    gambar nasi lemak itu sebenarnya kakcik rakam beberapa bulan lalu di sebuah kopitiam di Utara Tanahair. Pagi ini kakcik makan nasi goreng bersama sambal sotong. (Berat sarapan pagi kakcik, kan?)

    BalasPadam
  31. bujal x...

    tidak masuk anginkah perut kamu? :)

    BalasPadam
  32. ieda...

    Alhamdulillah. Semoga rezeki yang makan adalah rezeki yang berkat dan menjadi darah daging yang sihat. :)

    BalasPadam
  33. Ati...

    iya, agak berat sarapan pagi kakcik walaupun bukanlah nasi lemak. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    berpuasa hari ini, ya? Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  35. CGG...

    Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang dilimpahkanNya. :)

    BalasPadam
  36. Wa'alaikummussalam Myri...

    bukan apa - mereka cuma buat-buat tak reti base...

    BalasPadam
  37. Zue...

    hendaknya pantun itu sekadar pantun yang tidak direalisasikan...

    Masih adakah kuih yang nilainya 3 seringgit dengan saiz seperti dahulu (sangat mengenyangkan walau 3 ketul cuma)...

    BalasPadam
  38. Kaseh...

    esok pagi, InsyaAllah di pejabat kakcik pun ada majlis makan-makan ungtuk meraikan staff yang bertukar balik negeri. :)

    BalasPadam
  39. SN...

    nasi ayam kari? wah.. macam makan tengahari tu... :)

    BalasPadam
  40. Dr DZ...

    jangan terpedaya dengan gambar.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  41. nasib baik masa tgk gambo ni saya dah makan kenyang-kenyang. heheheh~

    BalasPadam
  42. saya membaca entri ini
    sambil-sambil makan nasi
    yang makngahnya bekali
    tapi gambar tak kunjung tiba
    hitam legam dengan pangkah sahaja.

    BalasPadam
  43. gB...

    mungkin nasi yang dimakan pada 'malam itu' lebih menggoda rasanya dari nasi yang di dalam gambar di atas! :)

    BalasPadam
  44. Kanda AL...

    kalau ada keluar 'warning' kat sebelah atas tu, kena klik 'display blocked content'. Saya dah terkena berkali-kali. :(

    BalasPadam
  45. assalam kakcik...

    menu sarapan nasi lemak tuu nampk menarik...tp td saya bersarapan dgn nasi kerabuuuu....hehe

    BalasPadam
  46. salam kak chik..

    sy dah 2x mkn...pagi td sarapan dirumah,sekejap td di opis..alhamdulillah rezekia dariNYA,kenyang

    BalasPadam
  47. Adinda Amy...

    w/salam. Kakcik suka nasi kerabu yang banyak kerabunya dan ada kuah tumisan tu.. :)

    BalasPadam
  48. Wati...

    salam kembali. Kakcik sarapan nasi goreng pagi tadi. Tengahari pula kakcik makan cokelat (fikir2 balik, harga cokelat tu sepatutnya kakcik boleh dapat sepinggan nasi dengan seketul ikan dan kuah).

    BalasPadam
  49. Sedapnyaa..nasik lemak.kakcik..sungguh menyelerkan laa.. :)

    BalasPadam
  50. Rinna...

    kakcik ni memang suka makanan yang berlemak dan berkrim. :)

    BalasPadam
  51. Nasi Lemak tu nampak ok, tapi tang Timun tu.. oh out! Macam timun tua.

    BalasPadam
  52. Azie...

    timun tua buat masak lemak sedap tau. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com