Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Mac 2011

Berhenti...


Gambar diambil dari web JPJ dengan sesuka hati
 di jalan yang sempit
kita baru hendak mengensot masuk
terlihat dari depan
ada yang sudah separuh jalan
menuju ke arah kita
yang baru hendak bermula

apa salahnya kita berhenti seketika
berikan laluan agar sama-sama rasa selesa
mengapa harus merasa besar diri
dengan angkuh memaki-maki
apakah di dunia ini
kita hidup hanya sendiri-sendiri


62 ulasan:

  1. kite langgo je!!!

    bila dia mati nanti suh dia korek kubur sendiri. grrrr~

    BalasPadam
  2. gB...

    wah! dah kalah si Usop la pulak!! :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,

    manusia sekarang makin pentingkan diri sendiri

    BalasPadam
  4. kejamnya gadia bunga hehe..


    p/s: jemput join contest sinar raudah

    BalasPadam
  5. kak..nak sokong GB akak marah tak..hehehe..kita langgor jee... kaseh selalu kena macam ni..tiap2 pagii tau,..

    BalasPadam
  6. pg2 dah kena cenggini rasa mcm tak best jer kan..

    BalasPadam
  7. terima kasih .. gambar dah keluar.

    agaknya si dia tu (tak pasti mamat ke minah) nak cepat ke sungai !

    BalasPadam
  8. Azween...

    wa'alaikummussalam. Semua orang nak cepat tapi tidak mahu merancang masa sendiri....

    BalasPadam
  9. Amy...

    gB tu cakap je. Takkan dia nak buat betul2... :)

    BalasPadam
  10. Kaseh...

    nanti Kaseh juga kena keluo duit untuk repair kereta.. :)

    BalasPadam
  11. Kanda AL...

    kalau kat kampung saya, orang sebut 'nak kayo' (ke ayo/sungai - bukan kaya).... :)

    Apa yang saya catat itu secara spontan sahaja sebenarnya.

    BalasPadam
  12. mmg tensionkan bile berlaku mcm ni...

    kadang2 kite la terpaksa mengalah...malas nk layan org mcm tu...

    BalasPadam
  13. kalau pesen kiasu himpit² kereta orang dengan takde signal, tak kuasa nak berhenti heh...

    BalasPadam
  14. mesti tuan punya diri tu tengah sakit perut nak cepat le tu...

    BalasPadam
  15. sesak kat dunia dorang nak amuk, esok sesak masa akhirat, habis... dah takde jalan pintas nak potong.

    BalasPadam
  16. kalau tak langgo bak kata si GB,

    kita bakor aje kereta dia..
    kihkih.. sama2 kijam! =)

    BalasPadam
  17. kite langgo je... tapi kalau dia lebih besor dari kita, kita lak yang kena lanyak..

    bagi je lah dia jalan dulu, dia dah nak terkucil benar tu

    BalasPadam
  18. semua nak cepat
    pentingkan diri sendiri

    kalo ikut rasa marah dan geram
    memang nak laggar jer orang2 camni
    tapi - tak pasal2 plak keta masuk workshop kan???

    BalasPadam
  19. ramai org yg selfish dlm dunia ni kak cik.. takkan dia berhenti punya...

    BalasPadam
  20. orang malaysia bila pegang stereng, perangai terus berubah. Bukan semua, tapi majoriti

    BalasPadam
  21. pengalaman saya kakcik(wlp saya tak reti memandu)...saya rempuh jer org yg nak merempuh sgt. kalau saya elak, sidurjana tu selamat tapi saya pulak merempuh org lain yg tak berdosa....

    Ha...dia 'nak' sangat kan, saya pun mmg tak boleh nak elak, drp saya melanggar org lain yg tak bersalah lebih baik saya ajar dia yg cari masalah, jadi kira nasiblah...sama-sama terkopak...kereta kami cuma calar sikit, kereta dia terangkat bonet depan..teruk!

    dia bising2 cakap, kereta encik keras, kereta saya lembut...akak pun jawablah (merangkap s/u), kalau dah sedar kereta lembut kenapa tak reti nak bersabar? jangan ingat kami nak elak dan akibatnya dia terlepas org lain pulak terlibat...dia mintak dia dapat...

    nak ganti rugi pulak tu konon...kami tak mintak ganti kat dia pun dah bagus...betul tak?

    "kalau orang lain merasa dirinya betul, jangan sesekali merasa diri sendiri bersalah."

    BalasPadam
  22. salam kenal...
    suka dgn kata2 kak cik dalam blog nih...simple je tapi maksudnya mendalam...

    BalasPadam
  23. Ainnoraini...

    kalau kita ada sedikit kesabaran, mungkin kita akan rasakan juga sedikit ketenangan. :)

    BalasPadam
  24. KOG...

    nanti kereta kita juga yang calar balar... :)

    BalasPadam
  25. saya tak suka berenti.sebab bila nak mula balik saya jadi malas~haih~~

    BalasPadam
  26. JunAina...

    kisah sebenarnya ialah : pagi tadi kakcik berselisih dengan seseorang di laluan pejalan kaki yang sempit. Lalu dengan spontan kakcik mendapat ilham untuk membuat catatan ini. :)

    BalasPadam
  27. NM02...

    manusia selalu bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan sebab dan akibat....

    BalasPadam
  28. h4ni3...

    ate? nanti kita pulak 'ke dalam'... abih tu cemana gayenye.... :)

    BalasPadam
  29. ibuintan...

    ramai juga yang setuju dengan Kaseh. Ganas juga blogger2 ni, ya? :)

    Patutnya kalau dalam kecemasan tu, telefon je 999 minta bantuan polis pengiring - boleh tak? hehehe...

    BalasPadam
  30. miloais...

    tulah pasalnya. Kalau tak menyusahkan tak apalah juga. Ini nanti, banyak pulak rentetan2 yang tak diingini, kan?

    BalasPadam
  31. PB...

    betul. Kalau kita tengok kat jalanraya tu, macam tak sayang nyawa je - selagi boleh celah, pemaqndu akan mencelah padahal bawa kereta besar gedabak!

    BalasPadam
  32. Dr DZ...

    itu yang peliknya. Bila pegang stereng je kangkung boleh jadi batang balak - sangat berbeza karektor bila memandu!

    BalasPadam
  33. Q...

    kalau dah sampai melibatkan nyawa orang lain yang tidak bersalah, hendak tak hendak terpaksalah juga kita menjadi ganas, kan? Bukan kerana nak tunjuk lagak - tapi dah tak boleh hendak mengelak! :)

    BalasPadam
  34. Azian...

    salam kenal dan terima kasih kerana sudi singgah serta meninggalakn komen di blog kakcik ini. :)

    BalasPadam
  35. bujal x...

    kalau kamu TERberhenti, adakah kamu akan terus tidur di situ??? Hihihi...

    BalasPadam
  36. kak chik semalam dah terjadi ngan kawan .Orang lelaki tu sanggup tak bagi kereta kawan makcik memotong , sehingga kereta dia bercalar kena geser ngan kereta kancil kawan makcik.Masa tu makcik pun ada dalam kereta tu. Padam muka, ego tinggi, kereta ko bercalar, dah lah kereta baru.kawan makcik kereta lama.

    BalasPadam
  37. Elok gak berhenti sekejap, berehat lepaskan lelah.

    Minum air seteko dua.. hehehehe

    BalasPadam
  38. Cik Ina...

    ha.. bila dah kena macam tu, bak kata budak2 sekarang .. baru ada akai kot! Apalah susahnya nak bertolak ansur, kan?

    BalasPadam
  39. Azie...

    kalo dah minum ayo seteko dua - mahulah melilau pulak mencari tempat membuang!! :)

    BalasPadam
  40. Semoga kita semua dijauhkan berperagai begitu..

    BalasPadam
  41. ada yang nak menunjuk hero,
    ada juga yang merasakan HAKnya
    ada pula keras kepala,
    dan ada juga merasa buat apa aku nak mengalah....

    BalasPadam
  42. salam kak cik..budi bahasa budaya kita huhu..penat siti nyanyikan..kadang tu dah kita beralah..dia boleh buat tak heran kt kita,,ishk2

    BalasPadam
  43. salam KC..pe khabar??lama tak singgah..semput!!!!

    BalasPadam
  44. AKT...

    siap tunjuk muka sombong lagi, kan? :(

    BalasPadam
  45. eelobor...

    entah apa yang dibanggakan dengan sifat sombong dan bongkak, kan?

    BalasPadam
  46. Suri...

    orang Melayu sekarang lebih tidak berbudi bahasa dari bangsa lain (psssttt.. nanti ada pulak yang sensitif, ni)... :(

    BalasPadam
  47. Imanshah...

    Alhamdulillah, sehari dua ni kakcik rasa sihat. Kakcik jengah juga ke rumah Iman, tapi tak tahu nak komen... :)

    BalasPadam
  48. suka entri kakcik ni..simbolik betul!
    mengalah tidak bererti kalah, dan tidak juga bermaksud salah.

    BalasPadam
  49. siti murni...

    tiada ruginya kita mengalah untuk membiarkan orang lain merasakan diri mereka menang kerana kebenaran tetap akan terbukti juga.... :)

    BalasPadam
  50. maaf...sakit perut nih! dah tak boleh tahan...

    BalasPadam
  51. kakcik..takpe..anggap je la die ade hei yang penting..idok boleh tangguh2.. hihihi..

    BalasPadam
  52. kakcik..suka dgn ayat simbolik dan putismu...

    apapun berhenti sebelum terkena...

    BalasPadam
  53. IM...

    jangan sampai berterabur di tengah jalan... :)

    BalasPadam
  54. Dik Mad...

    hei tu hei juge.. buatnya jadi hei lain yang lagi beso, idokkke naya je? :)

    BalasPadam
  55. Ayu...

    ramai juga lebih rela berhenti setelah terkena dan akhirnya langsung tidak ke mana2...

    BalasPadam
  56. Salam Kak Cik

    Kalau nak maju ke depan takde masalah.. cuma yang masalahnya, orang yang di depan selalu menindas yang belakang agar mereka boleh terus maju.. dan yang belakang akan terus mengundur atau statik

    BalasPadam
  57. Nida...

    salam kembali dan semoga sihat sejahtera sentiasa. :)

    Kalau orang belakang hendak ke depan, kenalah agresif dan bertindak tegas... :)

    BalasPadam
  58. NzA...

    kemalangan ada di mana2, jadi kita kena berhati2 sentiasa. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com